Perfectionist

Assalamualaikum admin. Harap dapatlah siarkan tentang pengalaman berhadapan dengan orang yang lain dari yg lain ni. Mana tahu readers dapat beri pendapat adakah kisah ni biasa atau luar biasa.

Semua orang suka sempurna, tetapi jika terlalu pentingkan kesempurnaan bagaimana? Rasanya kisah ni lebih mudah kalau di sebutkan sebagai perfectionist. Kisah ini terjadi kepada keluargaku sebelah ibu.

Aku saja hendak share mana tau andai ada pembaca yg mengalami nasib yg sama. Kisah ni dah terjadi bertahun lamanya hingga sekarang. Terlalu obses kesempurnaan sehingga retak hubungan keluargaan.

Ini mengenai makcik aku yg terlalu obses dengan kebersihan, kesempurnaan. Sakit kepala aku kalau mak ajak pergi melawat rumah dia. Tak kisahlah waktu musim perayaan ka, waktu kenduri ka atau bila bila sahaja yg boleh membuatkan aku berhadapan dgn makcik aku sorang ni.

Kalau ikutkan hati banyak yang nak diceritakan mengenai peel dia yg sangat meruntun hati ni. Tetapi aku perkecilkan point bagi jadi ringkas memandangkan boleh letih nak type panjang panjang tentang perangai dia yg pelik ni.

Makcik aku nie mmg jenis tak akan bagi tetamu yg datang duduk diruang tamu beliau. Memang tersangat sakit hati kalau di paksa pergi rumah dia. Kami kena duduk di lantai. Walaupun sebelah terdapat sofa sebesar alam tersergam indah, kami sekeluarga yang berkunjung cuma dapat telan air liur ja kena duduk di bawah. Bukan nak mengada cuma kasihankan mak sebab dia sakit kaki. Senang cerita sofa tu hanya hiasan semata mata. Tetamu wajib duduk dekat bawah. Kau orang tua, kau orang muda, kau sakit kaki, kau ada anak kecil … hell no… Duduk bawah!

Alasan sofa dia tak boleh duduk ialah nanti renyuk pada pandangan mata dia. Bantal petak segi yg kecik hiasan sofa tu pun jangan harap boleh sentuh. Ada sekali waktu kami berkunjung pada waktu hari raya, sepupu aku tanpa rasa bersalah dah pergi pegang bantal dekat sofa tu. Tu pun pegang peluk sekejap je tapi apa yg makcik aku buat? Dia pergi rampas balik bantal tu dan letakkan kembali. Dia cakap dekat sepupu bantal ni tak boleh pegang sebab dia dah letak cantik atas sofa. Kau rasa??? mmg malu besar la sepupu aku tu. Hahaha..Kesian kau nurul..Masih terngiang ngiang kenangan tu.

Yang satu hal ni lagi pulak, penyapu harian di rumah selepas digunakan seharian wajib di buang. Setiap hari without failure! Pakcik aku pagi pagi dah kena pergi beli penyapu baru. Kira sehari dia hanya akan guna sebatang penyapu lantai sahaja. Sebab dia kata dah kotor. Padahal sapu dalam rumah saja pun.

Kalian bayangkan la usia dia dah 60an tapi sikap kesempurnaan dia tu membuatkan pakcik yg cuma kerja makan gaji saja terpaksa laburkan duit setiap hari beli untuk beli penyapu baru.. Entah apa yg kotor sangat dekat penyapu tu pun tak pasti la sampai tak boleh guna lebih dari sehari. Lantai rumah dia tak payah cakap la memang sentiasa berkilat macam cermin.. Memang hobi dia menyapu mop saja.. Makcik aku nie surirumah. Memang sepenuh masa dia akan habiskan dengan membersih rumah tak kira waktu.

Yang paling bestnya makcik aku ni dah tetapkan undang undang untuk rumah dia. Sesiapa yg hendak masuk wajib pakai kasut khas untuk dalam rumah. Cara nak masuk jika baru sampai rumah adalah melalui pintu belakang. Memang tak la dia nak benarkan anak anak dan suami dia masuk melalui pintu depan. Alasan? Takut rumah kotor sebab dia dah cuci bersih. Memang makan hati la anak anak dia.. Hahaha…

Aku yang sebagai sepupu kepada anak dia ni dah berbulu telinga asyik kena dengar luahan perasaan tentang perangai pelik mak dia ni. Sudah la kena masuk ikut pintu belakang lepas tu terus kena masuk toilet mandi siap siap untuk bersihkan badan sekali. Haihh..kesian la nasib kau sepupu..Tak dapat den nak nolong.

Nak bagi nasihat pun tak ada idea apa yang boleh aku pesan dekat sepupu aku, cuma selalu cakap bawak bawak bersabar ja lah dan kahwin cepat cepat baru la boleh keluar dari rumah mak dia.

Kadang kadang sampai naik penat dengar sepupu aku ni merungut yang banyak barang dia dah kena buang dengan mak dia.. Bila nak cari dah banyak benda yang masuk dalam tong sampah. Sampaikan stokin kerja yang baru guna pun ghaib mak dia kerjakan. Mak dia mewajibkan stokin kerja hanya boleh digunakan sehari sekali sahaja. Lepas tu kena buang. Tidak dibenarkan basuh. Kadang kadang pernah juga la dia selamatkan barang barang dia untuk di cuci. Tapi kalau mak dia nampak macam biasalah, mak dia akan gunakan modal menangis sebab anak anak dia tak nak dengar cakap dia.

Jadi anak anak dia dengan perasaan serba salahnya pun terpaksalah buang balik. Sedih memang sedih sebab dengan ekonomi yg semakin mencabar ni bukan senang nak dapatkan duit. Tapi anak anak dia terpaksa habiskan duit untuk beli benda yang tak penting.

Kalau kalian nak tahu makcik aku ni basuh baju guna tangan tau. Bila nak mengosok wajib ikut arah jam. Kalu sental pelbagai arah tidak dibenarkan. Sebab apa kena ikut arah jam? Sebab nanti air kotor dan sabun akan kena bahagian yang dah dibersihkan.Tak ke pelik tu? Ataupun aku saje yang rasa pelik?

Bila masuk je dapur rumah makcik aku ni dapat la tengok cawan, pinggan, segala peralatan yg didapur di susun dengan penuh sistematik. Kalau kau ambil jangan cuba cuba lupa nak letak di posisi masa yang ambil sebelum tu balik. Kalau tak memang menyembur makcik aku fire.

Ikhlas aku cakap macamana otak makcik aku berfungsi sampai dia ingat location pinggan mangkok dia semua dan dia dapat letak dikedudukan yang sama balik. Memang tak boleh berubah apa pun. Semua wajib dalam keadaan sempurna. Rak no berapa, tingkat no berapa, gambar bunga yang kt tepi cawan mengadap ke mana, piring menghala kemana, pusing keposisi mana. Keliru??? Aku lagi keliru.

Nie lagi serabut, sepupu aku hari hari menagis cerita hal yg sama. Asal aku tengok ja muka dia mesti muka lepas menagis sebab anak anak dia tak boleh memasak. Kadang diorang nak tunjuk skill masak tapi tak boleh nak cuba sebab mak dia memang tak benarkan. Anak anak makcik aku ni dah la majoriti perempuan.Tapi diorang tak boleh memasak sebab mak dia takut anak anak dia kotorkan dapur dia.

Jadi makcik akulah yang akan masak setiap hari. Anak anak dia tak payah susah hati takut kena tolong buat kerja rumah sebab mak dia tak benarkan pun diorang masuk dapur dia. Dapur tu akan di cuci setiap hari dari dapur gas, ke rak pinggan, ke dinding dapur sampai ke dalam sinki semua akan disental. Segala pencuci jenama macam macam dia akan guna. Kalau sepupu aku baru balik kerja tengah malam sekali pun, kalau selesai makan, kena cuci pinggan maka wajib sekali kena sental sinki balik. Walaupun mak dia dah sental pada hari yang sama.

Pernah sekali hidung makcik aku berdarah ketika mencuci, agaknya organ dalaman dah sensitive bau chemical. Malam tu jugak dikejarkan ke hospital. Nasib baik tak “gol” terus…

Bila cakap Hari Raya menjadi ketakutan untuk anak anak dia sebab makcik aku akan suruh buang sofa lepas seminggu raya. Alasan?? Of course la ramai sanak saudara yang datang berkunjung dan dah mengotorkan sofa tersebut. Kira dah jadi yearly routine untuk semua anak anak dia kongsi duit untuk beli sofa yang baru.Kalau la kata anak anak dia tak nak beli mak dia akan menggunakan modal menangis dekat anak anak dia katakan diorang tak sayang dekat mak dia lagi. Sampai la mereka adik beradik beli ganti. Dan sofa lama buang begitu sahaja. Tak lah lama mana pun semua sofa kiranya baru guna setahun jela. Pelik kan?

Pakcik aku lagi la kesian, pernah sekali sepupu aku tercerita yang ayah dia tak boleh baring atas katil kalau makcik aku dah mengemas bilik. Pakcik aku kena baring atas lantai kalau nak berehat. Bantal kepala dan bantal peluk tak boleh usik. Cadar katil dah diseterika dan kena cekang selalu. Kalau rasa nak bergolek golek atas katil tidak dibenarkan. Baju pakcik pernah kena buang tanpa ditanya terlebih dahulu. Alasan makcik aku buang sebab ada kotoran dekat baju suaminya. Tak pasti la berapa banyak baju suami dia yang dah di buang tu.. Hehehe.. Sadis sangat la makcik aku yang comel ni. Untung la makcik aku dapat suami dan anak anak yang sentiasa melayani karenah dia.

Masuk pulak ke bab pengalaman kami ke rumah makcik beberapa tahun lepas waktu kenduri di rumah dia. Kami dah dipaksa sama sama gotong royong potong sayur bawang semua. Walaupun hati ni tak ikhlas nak tolong tapi terpaksa ikut juga sebab nak jaga hati mak ayah.

Dah la kena potong sayur dekat luar rumah dia, masa tu panas terik. Nak harap buat keja dalam kawasan umah dia memang minta maaf banyak banyak la. Ayah aku pulak di tugaskan menggoreng ayam. Ketika mengoreng tu ayah aku di pelawa untuk rasa leher ayam yang baru di goreng, sekali makcik aku ternampak.

Disindirnya direct dekat ayah aku dan seorang lagi pakcik aku. Makcik aku cakap “ni yang dia paling tak suka curi curi makan”. Sedih kecewa terhina semua tu keluarga kami rasa. Adakah dengan hilangnya leher ayam 2 ketul tu hidup dia rasa tak sempurna lagi? Dah la kami datang tolong gotong royong pun tak di jamu apa apa. Tapi layanan macam ni yang kami dapat.

Dalam keluarga besar kami semua orang tak betul kecuali keluarga dia sahaja. Anak anak dia sahaja yg betul, berkerjaya, naik kereta import.

Kami adik beradik, sepupu sepapat yg lain naik kereta buatan tempatan memang akan dapat kencaman yang hebat. Gaji menantu dia beribu ribu. Menantu dia kerja bagus, ada bonus, beli rumah beribu ribu, binggit telinga aku woiii. Asyik buat siaran ulangan tentang kejayaan anak menantu dia.

Tak apalah makcikku, kami anak anak yang lain buatlah macamana pun. Kalau dah nampak tak elok tu tetap la tak elok.

Tapi memang tak patut sangat makcik aku ni suka control life kami yang lain. Nak cari jodoh untuk kami la alih alih yang mana makcik aku cari jodoh tu habis semua tak kekal. Ingat dia nak rasa bersalah. Tapi dia gigih jugak cari jodoh untuk orang lain pula. Yang mana tak kekal tu dia ajak bawa pergi jumpa bomoh untuk bagi ada tuah balik.

Tak ke kes naya ja semua ni. Nasib la aku selamat dari kena match maker sebab mak aku tak setuju dengan pilihan pilihan keluarga nie terutamanya kalau pilihan makcik aku tu. Syukur sangat.

Seingat aku masa makcik nak jodohkan tu masa aku baru je masuk 20 tahun. Dia dah pandai pandai carikan jodoh. Apa ingat aku tak laku ke sampai nak kena kenen kenenkan.

Akhirnya makin lama family aku makin tak rapat dengan mereka. Dek kerana mulut dengan perangai sama seiringan. Sebab aku akan bising awal awal kalau lagi kalau sesiapa nak ajak singgah ke rumah dia. Aku akan bangkang habis habisan.

Kalau boleh dah tak nak makan hati dengan karenah dia. Ketika aku masih kecil dan remaja boleh la, sekarang aku dah dewasa aku tak benarkan mak ayah aku pergi rumah mereka. Kalau kata aku jahat, memutuskan silaturahim pun tak mengapa la, janji aku tak nak tengok mak ayah kena kecam macam macam.

Tapi akhirnya mereka pula yang datang ke rumah kami. Dirunggutnya macam macam tentang rumah kami cakap rumah kami semak, serabut, dapur tak kemas, kotor. Nasib baik la time tu aku tengah keja.

Aku rasa makcik aku nie mengalami sakit jiwa ataupun dia bagi orang lain sakit jiwa dengan perangai dia tu. Ada sesapa tak boleh explain actually orang yang kategori perfectionist ni memang banyak wujud ke atau segelintir sahaja yang macam ni?

Sebab kalau spesis ni ada banyak bolehla aku abaikan.Tapi kalau spesis ni terancam boleh la aku suruh anak dia bawak mak dia pergi berubat agar tak ada lagi hati yang dia sakiti tanpa sengaja dan disengajakan ..

Sekian..

– anak menakan yg tertindas

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit