Perhatian Keluarga

assalammualaikum…terima kasih admin kalau postkan kisah saya…maaflah kalau cerita aku agak membosankan juga..baru2 nii aku ada terbaca post mengenai MOTHER LOVE kat sini.. bezanya situasi aku dari keluarga yang kurang didikan agama….!!! aku anak ke 4 antara 6 adik beradik…ayah aku dulu pergi kerja subuh balik mesti lepas isyak…dan aku kalau pergi sekolah antara orang yang paling awal sampai sebelum pukul 6 pagi…dari situ korang boleh nampak yang kami kurang perhatian dari seorang ayah tapi bab makan kami xpernah kelaparan dan sentiasa cukup..

even rumah kami dekat dengan masjid ayah dan ibu xpernah jejak kaki kat masjid. aku xpernah lihat ibu sembahyang sampai la aku dewasa baru ada itu pon jarang sangat. ibu aku kerja shift under goverment. perangai ibu aku dekat tempat kerja sangat2 berbeza. aku amik side positif yg ibu aku ni sangat2 profesional. hal rumah xkan dia bawa ke kerja. tapi 1 masalah hal kerja mesti die bawa lepas ke rumah…

ibu aku akan lebihkan anak2 lelaki berbanding perempuan. aku dapat adik perempuan bila aku masuk sekolah menengah. beza usia aku dengan adik 12 tahun. masa aku tiada adik aku ingat aku akan paling disayangi sebab aku bongsu tapi aku silap. aku jadi mangsa tempat ibu lepas geram balik dari kerja. ibu jenis suka mengapikan antara kami adik beradik. dan ibu juga jenis suka doa yang bukan2 dekat kami semua. suka keluar kata kesat2..

sampai tahap aku sendiri benci dan minta mereka mati cepat. aku seorang yang sangat aktif, pernah sekali aku main dekat luar dengan jiran2 die panggil balik dan marah aku dan keluar kata2 kesat seperti “pantat da berdarah sibuk dok terkinja” abang aku agak nakal. ponteng kelas, cabut sekolah, lepak luar tapi mak aku xtahu dan xpernah naik tangan..bila part aku kantoi panjat rumah, panjat pokok, main hujan, xlipat baju, xkemas rumah aku akan kena belasah secukupnya tambah dengan doa bukan2 dan makian.. ibu aku selalu doakan aku dilenyek lori. dan keluarkan kata2 yg die mengharapkan aku sepatutnyaa mati masa kecik lagi. aku pernah dibelasah dengan rotan. ibu xpuas hati lagi dia lempar nyaa iron board dekat aku sampai tersoyat kulit tangan, baling kerusi plastik, terbalikan almari baju aku dan selagi aku xbuat2 menangis kesakitan dia akan terus pukul sampai aku menangis merayu. hanya kerana aku xlipat baju bila habis kena marah abang2 akan datang masuk bilik mengejek aku. ibu akan membezakan kami adik beradik. kalau anak lelaki sejahat mana pon mereka ibu tetap tunaikan ape sahaja mereka nak.

bila aku nak pergi kelas mengaji minta duit dia akan suruh aku minta dekat ayah. abang aku yang belajar xberapa pandai suka ponteng kelas die hantar pergi tusyen bila aku minta nak ade kelas tusyen dia akan suruh aku minta duit dekat ayah. sampai pakaian aku yang lusuh aku minta ibu belikan die akan suruh aku pakai baju yang kakak xmuat.sampai tahap aku curi duit ibu untuk beli apa aku nak dan buat duit belanja sekolah. aku nekad lari rumah semasa darjah 4 lagi. xtahan dengan perangai ibu. bila dapat adik aku ingat beban aku berkurang. tapi aku silap. penderaan fizikal, mental dan emosi aku xpernah berakhir sampai ibu da xlarat nak naik tangan kerana dimamah usia, TAPI ibu akan buat cerita sampai abang sendiri pukul aku. aku ingat masa aku nak seminggu lagi SPM aku tengah study dalam bilik, abang balik dari kerja dengar ibu menangis2 cerita pasal aku tiba abang masuk bilik hayun helmet dekat kepala aku 2 kali. akak hanya mampu tengok, aku pula terdiam dan tertanya2 apa salah aku. sekali lagi aku cuba lari dari rumah, disitulah ayah mula masuk campur dan aku luahkan segalanya. ayah aku hanya mampu terdiam dan menyesal kerana utamakan kerja dari keluarga.

sekarang bila usia aku da meningkat 25 aku sudah pon mendirikan rumah tangga aku banyak bawa diri dan jarang balik kampung melawat mereka. tapi aku selalu dengar cerita dari adik2 ibu masih lagi xberubah..masih lagi suka memburukkan kami sesama adik beradik dan mengapi2 kan kami semua sehingga kami xboleh bersemuka kalau x mesti jadi gaduh..ibu juga cerita buruk pasal ayah dekat kami sehinggakan kakak membenci dan xbertegur dengan ayah hampir 15 tahun.

bila aku sudah kawin. baru aku faham ibu buat semua ni sebab dia kurang perhatian..kurang kasih sayang…hanya cara ni sahaja dia dapat luahkan. anak2 semua betul2 bawa diri lepas besar. anak lelaki yang dia sanjung2 sudah kawen utamakan isteri dari die. aku pula ada terikut2 perangai ibu dan hidup aku jadi seorang yang kasar dan baran. doakan aku supaya berubah. doakan aku supaya hidup bahagia dan xterikut perangai ibu ku.. panjang lagi sebenarnya aku nak luah hinggalah lepas kahwin tapi masa xmengizinkan. terima kasih semua.

– insan hina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit