Peristiwa Di Surau

Cerita ni benar-benar berlaku kat diri aku. Kejadian adalah ditempat yang sama, salah sebuah surau kat Kuala Lumpur. Surau yang tak besar mana dan sunyi sikit. Aku dan suami hari-hari akan singgah solat asar kat sini selepas balik dari kerja. Aku suka surau ni sebab jarak antara tempat parking-dewan solat-tandas lelaki dan perempuan semua dekat-dekat, jimat masa berjalan, surau ni juga satu jalan je dengan tempat pengasuh anak. Dah dekat 4 bulan aku solat asar kat sini sejak dari surau kat ofis tu ada renovate sikit. Aku fikir baik jugak aku solat kat sini walaupun surau kat ofis tu dah siap sebab tak tahan sejuknya. Selalu aku sampai surau dekat-dekat pukul 6 ptg, sunyi je, Jemaah semua dah balik, kadang-kadang ada la sorang dua dok tidur ke baca quran ke, xpun technician atau pak imam cek tabung.

Surau ni toilet perempuan ada 2 biji je tau, A ngan B. Aku selalu masuk B sbb A tu kerjanya rosak je. Ada satu hari tu, elok je aku keluar dari B, tiba-tiba bunyi flush dari A. Ai bukanke rosak tandas A ni, aku x berani nak tolak ke apa ke pintu A tu, aku dahla penakut, dibuatnya ntah apa-apa yang keluar, mampus aku. Jadi aku amik keputusan untuk biarkan dan amik wudhu’ terus, laju-laju taw. Hahaha. Sambil-sambil tu aku tunggu jugak kot memang ada orang dalam A tu. Hampeh wey, lepas bunyi flush tu, mmg senyap sunyi tandas tu. Last2 sampai aku dah nak balik pun aku x nampak kelibat orang perempuan selain aku. Hmmmm.

Kisah kedua pulak masa aku tengah ambil wudhu pada hari lain la tapi masih waktu asar. Paip aku tu membelakangi toilet. Tiba-tiba aku dengar orang jalan tapi bunyi selipar tu lain. Aku tahula selipar apa je ada kat surau ni, manada bunyi macam tu kalau jalan. Jadi aku bengang la kot-kot orang lain selamba je masuk pakai kasut sendiri sbb malas nk buka masa masuk toilet tadi. Tapi bila aku pandang, aik x ada orang. Aku tunggu sikit, dalam 10 saat, x ada orang pun. Pastu aku pun amik wudhu balik. Tiba-tiba paip belakang aku macam ada orang buka, sekejap je, kali ni aku terus pandang. PUN x ada orang jugak, aku tengok la kat bawah paip-paip tu kot-kot aku salah dengar bunyi air. Tapi betul la ada orang bukak air tadi ni sebab ada basah sikit. Lepastu aku amik wudhu dan pergi solat terus. Masa solat tu, aku suruh suami aku solat betul-betul depan tirai pembahagi tu, dan aku pulak betul2 belakang dia, rasa selamat sikit. Hahaha.

Kali ketiga, terjadi kat tandas A. masa aku nak masuk toilet tu, ada sorang perempuan keluar dari A. Eh dah elok tandas ni, aku pun masuk sebab aku lebih prefer tandas cangkung ni. B duduk. Dah selesai aktiviti aku dalam toilet, aku nak keluar tu aku terpandang tulisan kat pintu. Otak aku kata macam biasa sangat baca tulisan ni sebab ada ejaan dia yang salah tu yang buatkan aku ingat. Tapi sampai sekarang aku x boleh nk tangkap kat mana aku pernah tengok tulisan tu. Walhal toilet tu aku x pernah masuk sebab asyik rosak ataupun pintu tertutup. Aku fikir fikir fikir sampai dah habis solat, jalan menuju ke kereta pun aku masih fikir sampai terlanggar tiang. Hahaha.

Kali keempat ni terjadi kat dalam dewan solat. Aku solat betul2 kat depan dinding kaca, boleh Nampak luar. Minggu tu aku terseliuh, jadi aku solat atas kerusi, kerusi pulak berat, aku x angkat pun letak bawah kipas tempat aku biasa solat tapi aku biarkan je depan dinding kaca tu dan aku solat la sampai habis. Habis je aku solat pe semua tu, aku bangun nak lipat telekung, sekali aku tengok belakang aku (luar dinding kaca), ada seorang lelaki tengah solat. Aku x syak apa la sebab biasala ada orang nk solat kat dalam, ada yang nk kat luar. Lepas tu aku keluar dari dewan solat, aku usha balik tempat yang lelaki tu solat. Yang peliknya, aku tengok tempat tu berdebu sangat, laki tadi x ada sejadah tau, dan dia x ada dah pun masa aku keluar tu. Macamana la dia boleh solat kat situ. Yang aku lagi hairan, belakang dinding kaca tu sebenarnya ada kerusi plastik disusun tinggi-tinggi. Tapi macamana aku boleh nampak lelaki tadi tanpa ada sebarang halangan.

Sebenarnya banyak la lagi yang pelik-pelik terjadi, tapi aku cuma kata “perasaan je kooot”. Kalau jadi benda pelik, aku selalu flashback masa aku solat terawikh kat surau ni, ada ramai orang, bising dan riuh, jadi aku taklah takut sangat. Hehehe.
Suami aku tahu cerita2 ni tapi dia salahkan aku sebab penakut sangat. Dia pun geram sebab malam-malam dia yang kena tutup lampu nak tidur, aku kelam kabut suruh dia naik katil cepat sebab aku takut. Selalu dia kenakan aku bila dah tutup lampu, mula la dia tetiba dahaga la, tertinggal fon kat bawah la, terlupa kunci pintu pagar la, anak tertidur kat bawah la, dia saja nak tinggal aku dalam bilik gelap sorang-sorang. Ada satu malam tu, dia tutup lampu, dia kata dia terlupa makan supplement, pastu dia turun, x lama tu aku dengar orang buka TV, bunyi channel sport tau, aku pun apa lagi, dengan bantal selimut aku turun layankan dia punya “supplement” tu. Hampeh betul. Dia memang x akan layan la kalau aku suruh dia tutup TV dan tidur segera sebab aku tengok dah tersedia secawan nescafe atas meja tu.

Jadi, kepada pembaca semua tolong doakan aku semoga menjadi lebih berani! Sebab aku takut terjangkit pulak kat anak-anak aku. Kesiaan diorang nanti. Aku confess sini bukan nak takutkan korang nk solat kat surau atau masjid, kalau korang taknak kena, solatlah awal masa Jemaah tengah ramai. Solat berjemaah. Selalunya lepas kejadian2 ni, aku akan terlupa sekejap lepas jemput anak aku kat pengasuh, tu sebabnya aku masih lagi solat kat situ. Hehe.

– Sofiah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit