Pesakit & Penjaga

Salam. Saya mulakan dengan perkenalkan diri saya. Saya Rara. Saya bertugas sebagai jururawat di hospital awam dia utara semenanjung. Kisah ini berdasarkan pemerhatian saya sepanjang 7 tahun berkecimpung dalam pekerjaan ini di wad pembedahan.

Secara asasnya, pesakit-pesakit yang menghuni wad ini adalah dari berbagai-bagai latarbelakang penyakit. Namun, kisah saya bukanlah bisar secara langsung berkenaan pesakit itu sendiri. Tapi berkenaan penjaga kepada pesakit tersebut. Diharapkan kita yang sihat walafiat ni mengambil iktibar sebelum kita ditimpa musibah nanti.

Kita biasa dengar kisah yang tular berkenaan waris pesakit yang tidak mengambil berat berkenaan pesakit yg terlantar. Segalanya diserahkan kepada jururawat yang bertugas sehinggakan tugas istinjak ibu/bapa/suami/isteri/anak laki-laki/anak perempuan sendiri pun diserahkan kepada jururawat. Entahlah, mungkin sebab tidak kena pada batang hidung sendiri. Bila kena barulah tahu perasaan malu apabila orang yang tidak dikenali mencuci kencing dan berak kita. Siapa suka apabila terpaksa menayangkan bahagian tubuh yang sulit kepada orang yang tidak dikenali?

Tapi, macam yang saya katakan tadi, ini bukan kisah pesakit tu. Dalam beribu-ribu pesakit, ramai yang ditakdirkan mendapat waris yang sebegitu rupa. Namun, tidak kurang juga pesakit yang tidak memahami perasaan penjaga yang menjaganya. Perasaan. Bukan orang yang sakit (saya kira sebagai kekurangan atau kurang upaya) yang kita perlu jaga perasaannya.

Kepada pesakit-pesakit, beringatlah. Orang yang menguruskan anda itu juga punya perasaan. Ya, dia tidak ditimpa penyakit yang anda hadapi. Namun, anda juga tidak pernah berada di tempat beliau. Ramai pesakit yang terlantar (bedridden) mengami depression sehinggakan penjaganya terpaksa berhempas pulas menjaga beliau.

Wahai pesakit, ketahuilah bahawa beliau juga punya perasaan. Beliau juga punya emosi yang perlu dijaga. Seringkali saya melihat penjaga yang dimarahi oleh pesakit terapi akhirnya dalam babak tersebut, pesakit tersebut yang menangis kerana kononnya tiada sesiapa yang memahaminya kerana tidak kesakitan sepertinya. Akhirnya penjaga tersebut yang meminta maaf bagi mengelakkan pesakit terus tertekan.

Tapi pesakit, penjaga anda perlukan kestabilan dan kekuatan mental untuk menjaga anda. Tidak boleh kah kamu hargai sumbangan penjaga tersebut? Adakah kamu tahu berapa banyak kekuatan fizikal yang telah dia keluarkan untuk membantu kamu? Adakah kamu tahu bagaimana sukar untuk dia kekal senyum di hadapan kamu? Ya, dia tidak mengalami kesakitan seperti kamu. Tapi, dia juga ada saluran lain yang menyebabkan dia tertekan. Apa kamu tahu sekiranya dia baru saja dimarahi oleh majikan ditempat kerja? Ada kamu tahu prestasi dan disiplin dia di tempat kerja kian merosot untuk menjaga kamu? Apa kamu kisah?

Sekian. Diharap semua pembaca memahami tujuan confession saya ni. Jikalau saya salah menimbulkan isu ini, sila betulkan.

Terima kasih.

– Rara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit