Pesanan Kepada Peniaga Makanan Sejagat

Assalammualaikum pembaca semua.

Aku ni nak berpesan kepada para peniaga makanan tak kira lah yang berada di mana pun asalkan berpasak kat muka bumi. Pesanan yang aku titipkan ni bukanlah suatu yang susah pun nak dibuat, malah mudah, menjamin kualiti kedai makan korang dan insyaAllah, jika betul caranya, korang menjemput rezeki untuk masuk.

Apa yang aku perasan orang-orang kita ni kalau berniaga makanan, tak pernah berminat untuk buat survey tentang macam mana kualiti makanan yang diorang hidangkan. Jarang sekali kita duduk kat kedai makan, tuan punya kedai bertanyakan tentang rasa makanan yang dihidangkan, servis dan kepuasan hati kita. Ada kedai yang 10, 20 tahun bukak pun, tak pernah sekali pun nak tanya pelanggan.

Jadi aku nak berpesan lah kepada tuan-tuan empunya kedai makan, cuba-cuba lah bertanya kalau ada apa-apa yang kurang tentang makanan yang dihidangkan. Sekali pun kedai makan kita dah bukak 20 tahun pun, x menjamin yang masakan kita kekal sedap sampai bila-bila.

Dan bila dah bertanya, dapat jawapan yang kurang memuaskan, jangan lah pulak korang pegi buat bukan-bukan. Pegi santau kat orang tu lah, pasang pelaris lah. Kan ke pelanggan tu dah jujur. Sekurangnya dia membantu korang jugak.

Aku ni cakap sebab aku pun ada kedai makan. Tak pernah lagi kalau aku tanya elok-elok, pelanggan jawab dengan kasar. Paling kurang pun, masih ada ruang untuk aku perbaiki mutu masakan. Kadang-kadang pelanggan ni takut nak jujur sebab jenis orang kita ni suka sangat buat benda-benda khurafat yang bukan-bukan ni. Dan bila dah dapat jawapan tu, selalunya aku akan balas balik,

“Terima kasih encik, jangan lah serik untuk datang lagi ya. InsyaAllah saya akan usaha untuk perbaiki”

Tak de maknanya depa tu nak serik. Makin diajak kawan-kawan, sedara-mara, sepupu ikan sepat lagi datang ada la. Kadang-kadang, budi bahasa kita lah penarik untuk orang datang kedai kita. Tak payahlah kita nak pasang pelaris yang tak rupa manusia tu.

Tak berkat kalau kita ni meniaga asal boleh. Terima la kekurangan dan perbaiki mutu masakan. Sedangkan kfc, mcd, pizza hut francais yang besar-besar tu pun masih menerima maklum balas pelanggan, tak kan kita yang meniaga kecik-kecik tepi jalan ni nak mendabik dada konon makanan dah sedap sejak azali. Sekian lah nasihat dari aku.

Tuan kedai makan yang prihatin.

– Pinggan Mangkuk

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit