Pilih Bos, Bukan Kerja

First off all, aku tak tau la cerita aku ni di publish atau tak. If yes, tenkius. Cuma nak luahkan apa yg terjadi kat aku sejak start bekerja ni. Cerita ni 2 3 tahun lepas. Belum sempat aku grad which means aku dah hbs belajar tp belum officially graduates. Aku ditawarkan berkerja di sebuah syarikat besar yg belum pernah aku bekerja sebelum ni. Sebelum ni kerja butik, kedai buku dll. Aku bersyukur sgt ditawarkan bekerja selepas berjaya temuduga. Tapi terpaksa berjauhan dgn family la. Aku ni dah la perempuan, blh dikatakan mmg tak boleh jauh dgn family. Sejak hbs sekolah aku belajar dkt dgn family. Selalunya kan bdk lps spm nak belajar jauh dari family kan, tp aku tak.

Berbalik kepada kerja ni ha di company (R). 3 bulan pertama is okay la, dpt sesuai kan diri dgn officemates dan jgk kerja even mmg susah sgt aku nak hadam dlm tempoh 3 bln, yg kerja 6 thn pun tak semua dia tau. After 3 bulan, bos tukarkan aku di bahagian lain, scope kerja yg berbeza sedikit tp yg ni lagi overall punya system. Perghhh aku mmg sgt tension kot.

Di sini lah, bermulanya kisah blue black aku (belum hitam lagi) hehe. Bygkan aku kena hadam semua system dlm masa 2 bulan. Dikatakan aku dah lama bekerja, dah nak masuk 5 bulan tp still x fhm2. Aku pun tak fhm dgn lead aku ni, ke dia buat x fhm. Mmg la aku kerja dah lama tp scope kerja aku 3 bln lps berbeza kot. Yg ni scope kerja lain yg lg heavy aku nak pickup and 2 bulan je ko bg masa kt aku then ko kata aku tak reti buat kerje? wtf. Tp aku mcm biasa aku seorg yg boleh control emosi, tp lead aku tak. Nampak sgt muka tak puas hati. Ye aku fhm, dia lead aku tp dia ptt adil. Kenapa aku kata dia tak adil?

Dia lempar buku nota aku dpn semua staff, marah aku, aku? aku terima teguran. Time aku dlm kesusahan, dia boleh sakitkan hati aku. Time tu aku nak pergi kerja, moto pulak tak boleh hidup. Moto pun satu hal, asyik2 buat hal lps aku excident moto langsung bermasalah tp nak buat mcmana lagi. Moto tu la satu satunya yg aku guna utk ke kerje. Aku call lead, aku bgtau yg moto problem aku mintak lewat 30min sbb nak cari teksi. Boleh dia ckp apa? “Agak2 la nak lewat pun”. Aku sedih sgt. Sbb ada staff lain yg dtg lewat dia tak tegur apa pun. Bahkan lewat sejam kot. Aku ni?.

Buat pengetahuan korang, lead aku ni andartu, bila dgn staff lelaki kemain even dia tu kategori ‘tudung labuh’. Dia bangga yg dia belajar tak pyh bayar apa sbb biasiswa. Dia bangga yg dia pandai/bijak. Yes aku mengaku yg dia mmg genius. Semua system dia tau, bos pun syg dia. Ibarat kalau bos takde dia lah jd org rujukan staff. Dia ingat dia sorang boleh bangga. Aku tak boleh bangga? Tp family aku dah ajar jgn suka banggakan diri.

Actually byk lagi kes yg aku ni di’anjingkan oleh dia. Kena marah sbb whatsapp dgn staff lelaki di office. Demi Allah, aku tanyakan benda berkaitan kerja pada staff tu. Bukan tak nak tanya terus tp bila ko dlm keadaan semua nak cari masalah ko. Ko diam2 tanya soal kerja pun jadi isu. Lastly aku dpt tahu yg lead aku ni syoq kt staff si laki tu. Nampak sgt marah soal personal kan.

Aku tak tahan, aku luah pd family. Aku nak resign, family aku mcm 50/50. Yela, zmn sekarang susah nak dpt kerja lagi2 company besar. Aku solat dan terus berdoa, time tu time kemuncak aku down. Boleh dikatakan setiap hari aku dianjingkan dpn semua staff. Aku dah tekad nak resign. Cuba apply kerja lain tp asyik kena reject.

Tp kalau itu bkn rezeki aku terima, aku mmg serah bulat2 pada Allah, aku lemah aku tak kuat aku sorang disini, aku tak ada sesiapa kecuali Allah yg dgr apa yg aku luah setiap masa. Alhamdulillah tak lama lepas tu, company (N) yg reject aku tu call tanya sama ada aku berminat atau tak. Of course lah ya!!!! Tp masalahnya diorg nak aku masuk asap. Oleh sbb notis sebulan aku ttp tak boleh nak buat apa, kwn yg lain suruh aku berambus je. Aku walaupun sakit hati tp aku tetap ikut rules, aku cuba bincang dgn HR company N utk bg masa sebulan utk aku. Time tu mmg aku berharap sgt diorg tunggu, dan alhamdulillah diorg ok.

Masa utk bagi resign letter pd bos. Resign letter mmg aku letak dlm bag cuma tgu masa berani skit je. Bila betul2 brave baru aku jumpa bos. Nak tau bila tu? Bila lead aku cari pasal lagi, dia perli aku pasal cara kerja aku. Aku buat kerja pakai nota. Apa salahnya aku pakai nota evn org lain pun pakai. Asalkan kerja jalan. Time tu dlm hati mmg panas terus pegi jumpa bos after settle keje.
Bagi resign letter jadi isu jgk tau. Sbb apa sbb tak bagi tau lead nak resign. Hahaha. Ko tu lead je bkn bos takyah touching sgt berdrama dpn semua staff mcm ko tu mangsa. Aku ni mangsa ko. Last day aku kt situ, aku pegi salam semua termasuk dia, dia tau last day aku tp buat taktau. Aku pegi kt dia minta maaf bagai sbb taknak la bermusuh lah apa lah sbb aku nak start new life new environment, ikhlas aku nak 0/0 dah. Tau dia kata apa “nt kt keja baru, belajar terima teguran”. Ya Allah, selama ni aku terima teguran dia walaupun kdg2 benda tu aku rasa tak berasas. Apa lg la andartu niha. – Muka hampa

Company N, kerja baru tp scope yg sama mcm company sebelum ni. Alhamdulillah aku boleh kerja dgn senang tanpa ada gangguan seperti sebelum ni. Tp bila dah dkt setahun kerja kt situ, baru officemate aku cerita yg masa aku mula2 masuk kerja semua pandang serong kt aku. Nak tau tak? Bos company (R) bgtau bos N yg aku ni perempuan yg suka bersosial, perempuan gatal, permpuan buas. Siap hasut HR N jgn ambik aku bekerja. Tp lama kelamaan officemates N pun luah, diorg tau siapa jahat siapa tak. Tgk la busuk hati sungguh, tak pdn dgn tudung labuh. – Muka hampa

– Nurun

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit