Propaganda Syaitan

Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab menerima karangan saya. Saya ialah seorang alumni sekolah agama. Sedang menunggu keputusan SPM pada bulan 3 nanti. Pertama sekali, saya bukan nak burukkan atau aibkan sesiapapun tetapi ambil ia sebagai iktibar agar kita tidak menyimpan dendam sehingga berlaku perpecahan yang berlaku dulu ketika Zaman Ummayah, berlakunya kerana perpecahan dan tidak sehaluan.

Saya sudah 11 tahun disini. Sejak darjah 1 sampailah tingkatan 5 saya memang serahkan segala waktu tumbesaran saya disini, dan ketika tadika juga saya di tadika agama. Mungkin Allah memilih saya mendapat ilmu agama yang cukup dan tinggi untuk melalui pancaroba kehidupan pascaglobalisasi yang sudah teramat pesat dan mencabar. Keluarga saya bukanlah daripada kalangan yang kuat agamanya, tetapi kami memang tidak melakukan perkara2 yang melencong atau sampai buat dosa besar kerana ayah saya keturunan serambi mekah, dan ibu saya keturunan wadana siliwangi. Terutama dari keturunan ibu saya, kalau kami melakukan perzinaan, seumur hidup kami akan dirundung malang atau dengan kata lain sial *boleh buka sejarah.

Sekolah disini bukanlah sekolah pondok yang hanya mementingkan ilmu deeniah semata2, memegang visi sebagai sekolah holistik yang seimbang antara ilmu dunia dan akhirat. Masa sekolah rendah, biasalah gaduh-gaduh, tak nak kawan dan juga ejekan. Saya memang dari kecil seorang pemalu, jadi agak susah nak bergaul, dan mungkin kerana itu mula darjah empat saya mula diasingkan.

Masuk ke sekolah menengah, saya sudah mula untuk keluar dari kepompong malu untuk memperluas lagi wawasan saya, tatapi masa remaja, terutamanya umur 13 adalah sangat memcabar bagi saya. Dulu saya memang gila facebook, balik sekolah je nak buka dan post sesuatu kat situ. 8 mac 2012, tarikh gelap waktu itu, terjadi salah faham yang kesannya sampai sekarang. Saya yakin saya berada di tempat yang benar, tetapi kita memang tak akan mampu berdebat walau 1 orang bodoh. Waktu itu di group batch, seperti biasa saya chat dengan mereka, dan tiba2 ada seorang tulis saya ni bajet baik sebab saya nak berdamai dengan musuh saya. Niat saya baik, tetapi disebabkan orang lain meremehkan niat saya, saya tak mampu lagi untuk menahan kesabaran dan saya pun menulis ‘tak malu ke kalau ada batch lain kata batch kita ni b****”. Itu semua saya tulis kerana saya tak sanggup lagi jika diri saya diremehkan orang lain. Tetapi sememangnya, saya dikecam teruk kerana tulisan saya dan batch saya mendiskriminasikan saya selama 2 minggu. Saya rasa terpuruk sehingga saya tak tahu sebenarnya siapa yang salah.

Pada akhir tingkatan 1, saya belajar bahawa walau apapun orang nak kata atau buat, diam saja supaya kita ‘selamat’. Saya pegang pada prinsip itu selama 2 tahun. Dan ternyata sangkaan saya sangatlah teruk, mana boleh kita mendiamkan diri jika kita dizalimi. Ketika saya tingkatan 3, saya belajar bahawa setiap muslim diharamkan 3 perkara, darah, maruah dan harta. Maruah saya dizalimi! Saya yang tak bersalah terpaksa mendiamkan diri atas diskriminasi yang mereka lakukan. Sejak dari situ saya mula menyimpan dendam, amarah dan benci yang tiada kesudahan. Saya selalu cuba untuk meluahkan rasa kesal saya kepada mereka, tetapi lidah ini kelu. Entah kenapa, mungkin kerana saya lebih suka buat berbanding cakap. Saya cuba untuk merosakkan meja mereka dan apa saja yang dapat memporak perandakan mereka, tetapi seperti ada sesuatu di hati dan bahu saya untuk menahan saya daripada melakukan perkara bejat itu. Dan akhirnya saya lebih suka bergaul bersama senior dan naqib saya kerana hanya mereka yang lebih berpengalaman dan memiliki ilmu yang lebih tinggi daripada umur saya ketika itu. Ketika itu juga guru2 memilih pelajar untuk pemilihan pengawas dan yang terpilih ialah mereka yang mendiskriminasikan saya, bukanlah saya! Sedangkan saya rasa saya lebih baik daripada mereka dan kerana itu dendam saya semakin membara. Guru2 sentiasa memilih orang2 yang lebih menonjol walaupun sifat mereka yang tak keruan untuk menjadi pemimpin, dan saya terima kerana mengaku saya seorang yang pemalu dan susah menonjolkan diri, tetapi kenapa harus mereka?! Semakin lama semakin dendam ini sudah berada diparas bahaya apabila mereka selalu menggunakan istilah ukhuwah dalam setiap acara apapun. Saya rasa fed-up dan muak dengan ayat ‘ukhuwah till jannah’ kerana apa yang mereka katakan itu semua sandiwara, bualan tiada erti dan hanya mampu berdebat dengan orang yang tuli tanpa mengharapkan suatu perubahan berlaku. Rakan2 karib saya juga diperlakukan sebegitu, tapi kami membalas dendam kami dengan membuat prestasi di sekolah. Kami bersaing dengan mereka dalam setiap aktiviti pdp dan koku. Dan alhamdulillah kami tersebut di”terima” kehadiran mereka dikalangan pelajar ketika tingkatan 4 tetapi saya tetap diasingkan. Mereka hanya perlu saya ketika ada sesuatu dan pergi jika sudah selesai.

Mungkin saya masih boleh bersabar ketika orang mendiskriminasikan saya, tetapi masakan kita harus berdiam diri jika orang yang paling kita sayangi dicerca oleh mereka? Masa kawan saya ingin membeli makanan di kantin, dia beratur dibelakang sekumpulan pengawas, sama tingkatan. Mereka mengumpat ibu saya dan memanggilnya kupu-kupu malam hanya kerana ibu saya tidak memakai tudung labuh seperti ahli2 keluarga mereka. Kejahilan dan kekafiran apakah ini sampai mereka yang bersekolah agama dan menjawat jawatan pengawas, dengan teganya mengatakan seperti itu?! Kesabaran saya tak dapat dibendung lagi, saya memberitahu masalah itu kepada ustazah melalui perantaraan kawan yang juga seorang pengawas, tetapi dia menyampaikan, maafkan saja mereka, mungkin ketika itu mereka khilaf dan lupa, dan kalau mereka mengulanginya lagi, sesungguhnya janji Allah itu benar! Tetapi walau mendengar nasihatnya, hati saya memberontak, amarah harimau siliwangi tak dapat dipujuk lagi tetapi sekali lagi, ada sesuatu yang menarik bahu saya untuk berhenti walaupun diri ini sudah terbakar api kebencian.

Ketika saya di tahun akhir, Allah menguji saya, pertarungan antara hidup dan mati. Tetapi mereka tidak menanyakan khabar saya, kemana saja saya selama ini saya tak bersekolah sudah sekian lama. Dan sebenarnya, sampai saat ini pun, ditemani hujan rintik-rintik membasahi bumi sambil jari tetap mengetik, mereka masih tak tahu amarah dan dendam saya. Walaupun mereka sudah memohon maaf ketika seminggu sebelum SPM, saya tak yakin dengan permohonan maaf mereka kerana bahasa tubuh mereka tak menunjukkan seperti itu walau mulut berkomat-kamit memadahkan kata.

Apa saya nak bertahu kepada pembaca ialah, siapapun awak, mahu awak seorang yang kuat agama atau tak, pakai jubah labuh atau gaya k-pop, hati lembut atau hati besi, jadilah seorang yang baik kemanapun dan dimanapun awak pergi dan berada ketika ini. Tak perlu tunggu gaya pakaian dah berubah baru nak solat, ingatlah, hablu minallah dan hablu minanas! Jagalah hubungan awak dengan Allah tanpa menyakiti manusia. Setinggi2 ilmu apapun awak belajar, tapi kalau awak tak amalkan, lebih2 lagi ilmu agama, sia2 saja masa, tenaga dan harta awak keluarkan. Tak perlu banyak memberi janji2 manis tetapi perbuatan kita tak sama seperti yang kita katakan. Jangan ego dengan ilmu yang dimiliki, kerana ketika di sana mungkin ilmu2 kitalah yang memakan diri kita sendiri kerana kita orang yang yang pandai tetapi tidak bermanfaat.

Satu hal lagi, jangan contohi saya yang menyimpan dendam kerana dendam itu menyakitkan diri dan juga orang lain. Keluarkan amarah kita dengan membuat prestasi yang dapat membanggakan diri, keluarga, masyarakat dan agama!

Jika di dunia ini hanya ada propaganda syaitan, munculkan diri awak sebagai orang yang jujur dan lebih baik kerana yang batil itu sentiasa kalah dengan cahaya haq!

TALK LESS DO MORE!
TALK LESS DO MORE!
TALK LESS DO MORE!

Semoga cahaya kebenaran sentiasa menaungi kita dan sandiwara syaitan akhirnya terbongkar. Amin

– IX

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit