Property: Duit Pergi Mana?

Assalamualaikum and Hello.

I am back. Aku gatal tangan lagi nak share. Dari rakyat marhaen ke rakyat marhaen yang lain. Before that, aku nak clarify few things pasal confession Duit Pergi Mana.

1. Sorry. Ada typo error. Semua patut per 10. Ada yang aku tertulis per 5. Aku nervous masa tulis tu. Ada kerja mendatang. Tapi dah type panjang. Jadi aku type laju sampai melalut. Letih tahu type panjang tapi tak submit.

2. Pasal credit card. Jujurnya aku ada credit card tapi bukan seawal tahun pertama kerja. Aku setuju credit card banyak kelebihan. Tapi, nak ada credit card harus ada ilmu dan keimanan. Untuk tahu credit card apa yang sesuai dengan keperluan, tolong refer pada website iMoney. Banyak guideline kat situ. Setahun juga aku survey dan fikir sebelum apply. Alhamdulillah tak ada outstanding dekat credit card sebab masa pegang tu darah muda dah tak ada.

Berbalik kepada property. Apa yang aku nak kongsi ni adalah pengalaman sendiri mencari property selepas berkahwin. Walaupun rumah aku hanya apartment kecil di Setia Alam, aku happy. Alhamdulillah setahun lebih ada rumah sendiri.

Sewa sebiji rumah teres bukaan 2000sqft di Setia Alam masih boleh jumpa lagi yang RM1500 tapi susah la. Average RM1800. Rumah apartment kami suami isteri 1000sqft bulan-bulan dalam RM1200 . Rumah kecil. Tapi aku puas. Sebab rumah kami. Pastu tak ada perasaan risau kena halau bila tuan rumah nak jual rumah atau nak bagi anak dia duduk rumah tu. Kami pernah kena kick dua kali atas sebab di atas.

Aku ada pesanan kepada orang-orang muda yang nak membeli rumah untuk tinggal sendiri. Siapa yang beli untuk investment tu selalunya duit boleh buat kipas. Kau orang tak applicable la sebab kau orang lagi terrer dari aku. Aku tak mampu nak rolling duit untuk property investment.

Ini lah pesanan dari noob macam aku :

1. Jangan sesekali tipu untuk dapat loan. Ada orang pernah offer aku untuk dapatkan loan dari satu officer ni. ‘Kabel’ gajah. Aku refuse. Sebab aku tahu aku tak lepas sebab dari perkiraan Bank Negara aku tak mampu. Kalau loan tak approve dan kau tak ada duit cash untuk topup, lupakan dulu niat nak beli. Atau downgrade sikit lah rumah yang kau nak pada yang lebih murah.

2. Beli property baru beli kereta canggih. Kalau kau layak, utamakan property. Kereta tu wear and tear. Pakai la kereta biasa dulu. Property kalau di Malaysia ni asset. Kelayakan loan boleh check di iMoney.com. Kau nak tunggu harga jatuh? Mungkin satu hari nanti bila kucing aku dah ada janggut.

3. Cuba deal dengan agent untuk dapatkan 100% loan. Lepas tu keluarkan EPF akaun dua guna form deposit rumah.Duit tu boleh beli fittings, fixtures, furniture atau minor renovation. Bergantung pada jumlah EPF akaun dua kau. Rumah aku yang kecik tuek ni pun dekat RM1,800 kipas dengan lampu. Aku beli yang elok dekat House of Lighting Puchong. Harga memang antara yang terbaik.Selebihnya kami buat kitchen cabinet dan wardrobe yang customized untuk jimat ruang. Nasib baik laki bini anak melayu pure yang tak suka aircond dan air panas. Kalau tak terbang lagi duit.

4. Lepas dua tahun, duit EPF akaun dua akan recover balik. Keluarkan lagi untuk pengurangan baki bayaran. Manage duit ni betul-betul. Jangan buat joli sakan pula. Kalau ada lebih boleh la joli sedikit.SEDIKIT. Lagi bagus simpan.

5. Pemilihan property ni macam pemilihan jodoh. You can’t have it all darling. Macam laki aku. Baik, rajin tolong, bertanggungjawab tapi Allahurabbi tak romantik langsung. Tapi aku terima. Dari dapat laki tak bagi nafkah tapi romantik kan. Sebab aku dah la sengkek yang kedekut, memang tak la nak tanggung laki. Itu contoh ye. Setengah perempuan suka tanggung laki.

6. Berbalik kepada pemilihan property. Ada tiga ciri utama. Budget, Lokasi dan Rumah Idaman. Untuk manusia baru hidup dan gaji taraf rakyat marhaen kau boleh dapat maksimum dua ciri.

7. Aku bagi contoh. Rumah teres dua tingkat dekat Wangsa Maju. Lokasi dan rumah cantik. Tapi harga dia RM800k. Bab budget dah out. Ataupun rumah teres dua tingkat harga RM400k. Budget dan rumah cantik. Tapi lokasi dekat Kuang. One way pergi kerja dah 2 jam tak masuk jammed dekat tol Rawang. Dengan lokasi agak ulu. Semua kemudahan jauh. Itu contoh. Rawang convenient untuk setengah orang. Bukan aku.

8. Aku korbankan rumah idaman. Aku memang nak teres dua tingkat. Tapi loan reject. Jadi dengan kemampuan sekarang, aku berani ambil rumah kecil yang menepati budget kami suami isteri. Lokasi bagus. Dekat dengan taska, mall dan major highways. Kemudahan pun dekat. Bagi aku budget dan lokasi paling penting. Aku tak suka nak commute jauh pergi office.

9. Dari ambil MRTT/MRTA, cuba usahakan untuk ambil insurance rumah yang boleh dijadikan investment. Bila dah matang insurance tu dan kau masih hidup, boleh lah buat bekalan hari tua atau untuk kenduri anak kau. Tak payah nak tekan menantu kau dengan hantaran mengarut untuk kenduri.

10. Property protection + investment insurance ni memang mahal. Tapi bila kau 50-50 laki bini, Insya Allah okay. Yang aku ambil RM220/month. Banyak insurance yang Islamic sekarang ni.

11. Aku tahu, duit sendiri dan kemampuan sendiri. Tapi aku memang tak boleh brain orang yang sanggup berhabis untuk kereta dari rumah. Kat apartment aku ada je yang bawa kereta besar. Alphard ada. VW Jetta ada. Hmmmm BMW 5 series pun ada. Rasa kerdil nya kereta nasional MPV aku.Tapi tu lah, poket masing-masing.

11. Disclaimer : Orang kaya duit berkepuk tidak applicable dalam pesanan perempuan noob macam aku ni. Kepada yang tak berkemampuan, bertabahlah. Jangan lupa selalu survey rumah Selangorku. Kalau kau orang tak duduk Selangor, cari lah inisiatif lain.

Sekian bebelan aku. Anak dah meloncat. Bye.

– Hakunamatata

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit