Racist

Racist

Assalamualaikum semua,

Terima kasih admin sebab siarkan cerita ini. Tajuk pun dah panas kan? Mari lah kita mula. Aku bekerja di sebuah syarikat biasa di Selangor. Pejam celik pejam celik dah tiga tahun aku kerja kat sini. Dari ‘single’ sampai nak jadi mak orang dah tak lama lagi (doakan aku). Kerjaya ini kira pengalaman bekerja aku yang pertama la dari habis belajar, maaf bukan graduan UIA. Seronok juga kerja dalam syarikat kecil macam ini, boss pun sempoi baik.

Permulaan cerita aku, dalam pejabat kami, hanya ada 7 orang staff admin dan yang lain bahagian operasi (tempat kerja lain-lain) di mana 6 orang nya adalah satu dominasi kaum dan hanya aku je minoriti dalam pejabat ini. Aku tiada masalah pun jadi minoriti dalam pejabat ini, kalau tak, takkan 3 tahun masih bertahan kan?

Kembali ke topik, racist ke? Soalan ini sebenarnya asyik buat aku terfikir, aku yang minoriti ni yang racist ke atau orang yang majoriti dalam pejabat ni racist? Dah tiga tahun aku tunggu kalau-kalau boss aku nak tambah orang yg boleh aku solat sama-sama ke, makan sama-sama ke? Sebelum ini bukan tak ada, ada lah seorang dua tapi semua part-timer. Habis je contract, bersendiri lah aku.

Tapi aku perasan la, sejak 3 bulan aku jadi minoriti dalam pejabat ni kan, mereka yang lain ini mula menunjukkan sikap yang aku kurang gemar. Nak tahu apa dia? Mereka semua gemar berbicara dalam bahasa mereka sendiri yang aku tak faham langsung. Tak kisah la pasal kerja ke semalam masak apa ke online shop ada buat promosi ke, pun masih mereka TIDAK AKAN berbahasa yang aku faham. Terasa? Sungguh aku terasa weh. Kalau kerja 8 pagi sampai 6 petang, kau duduk je hadap komputer, kau nak berborak dengan siapa?

Pernah sekali aku suarakan ketidak puas hati aku akan perkara ini tapi tahu apa yang salah seorang daripada mereka, aku panggil Soy (bukan nama sebenar). Tahu tak apa Soy balas? “I thought you understand our language since you learned it from your university, well it stated on your resume right?” Aku pernah belajar bahasa mereka ini tapi for the sake untuk pass credit je. Tak ada la aku fasih pun. But still? Kadang-kadang aku dipulaukan waktu lunch atas alasan mereka semua nak pergi makan benda yang aku tak boleh nak makan. Sebab asyik makan seorang, aku pun bawa bekal dari rumah, makan seorang kat pejabat sambil layan drama online. Ada lah seorang dua dari mereka pernah teman aku makan lunch tapi sangat la jarang.

Tadi pasal sosial kat pejabat, yang ini pasal kerja pula. Dah nak dua tahun aku buat jobscope yang sama je, tak ada la nak tambah atau ajar aku pasal kerja lain. Aku bukan tak bersyukur tapi bidang yang aku kerja ni memerlukan lebih banyak pendedahan, bukan aku tak cuba tanya, dah tanya tapi diam je semua orang especially Soy sebab position dia kat sini senior, aku junior je. Aku perasan mereka ni semua ada masalah trust issue nak bagi aku handle sesuatu kerja ni. Pernah boss suruh aku kumpul maklumat untuk satu issue ni, aku buat la dari perspektif aku dah boss terang dia nak macam mana tapi dalam diam sebenarnya dah ada orang dah buat kerja tu, siapa lagi kalau bukan Soy.

Soy ni pula sebab dia rasa dia senior dalam jawatan ni, semua dia nak handle walaupun sebenarnya dia tak tahu pun benda tu sebab dia baru masuk kerja syarikat ni setahun lepas. Soy kawan kepada kawan boss aku. Berapa kali aku gaduh dengan Soy ni sebab bila dia salah buat task dia akan kata aku yang ajar dia, walhal team aku cakap sebaliknya. Soy tak akan mengaku yang dia buat salah. Boss pun pernah kene tuduh salah sebab tersalah bagi tahu maklumat tapi kami yang lain ni diam je tak bagitahu boss yang Soy tuduh dia sebab dia kawan boss. Macam mana mereka ni nampak salah Soy tapi mereka tetap tidak akan suarakan kat boss, aku je yang macam lawan kalau kene tuduh siap tunjuk bukti kerja aku lagi untuk teguh pendirian yang aku tak salah. Oh ya, kalau setiap kali meeting atau perbincangan team, Soy WAJIB akan cakap atau tanya dalam bahasa mother tongue dia. Kadang-kadang sampai habis meeting, aku tak dapat input sebabnya mereka bincang sesama mereka, boss la yang tolong translate kan kat aku.

Kenapa tak berhenti kerja je? Iya, aku memang dah fikir benda ni 365 kali sepanjang dua tahun lepas. Tapi mama aku tanya balik, berbaloi ke aku berhenti? Hanya sebab Soy? Hanya sebab alasan tak ada orang nak layan kau masa kerja je? Kat luar tu berapa ramai org menganggur tak ada kerja tapi memang betul, aku minta kerja lain langsung tak ada panggilan untuk temu duga. sedih. Aku tahu kalau aku kerja kat tempat lain pon, aku tetap akan jumpa spesies macam Soy ni. Dengar kata spesies ni berada di mana-mana. Aku tetap tak boleh elak. Lagi satu, bahagian operasi lebih suka kongsi dengan aku kalau ada apa-apa issue berbanding direct kat Soy sebab Soy ni cerita banyak kali pun akan beralih cerita tu kat boss. Tak pasti ada sama dia tak faham atau dia memang suka ubah cerita.

Virus nya syarikat yang aku kerja ni hanya satu je iaitu Soy, ramai yang admit tapi tak tahu kenapa mereka yang lain lebih rela diam. Mungkin sebab jawatan Soy ni atau pun dia kawan kepada kawan boss. Sejujurnya aku tak ada niat nak burukkan Soy pun, cuma nak berkongsi je dengan readers apa yang aku alami bila kita jadi minoriti dalam sesuatu komuniti. Aku masih struggle nak betulkan keadaan walaupun susah. Jangan risau, boss aku baik siap bagi bilik nak solat dan suruh aku tampal arah kiblat walaupun aku seorang je yang solat kat pejabat ni. Yang lain pun baik tak ada masalah, puasa ke raya ke masih hormat aku. Mungkin ini habuan aku dalam kerjaya, nak ajar aku bermacam-macam rupa manusia aku boleh jumpa. Aku okay je tapi kalau ada yang nak bagi tips pun aku terima. Doakan aku.

Panjang sangat ni. Semoga sesiapa yang membaca cerita ini terus sukses dalam kerjaya masing-masing. dengan izinNya.

terima kasih, admin dan readers!

– Betty

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments