Rahsia Bilik Kita

Rahsia Bilik Kita

Assalamualaikum semua. First of all tak rasa nak bercerita dekat sini tapi sejak tiba tiba viral pasal rumah sewa yang bersepah dan kotor (lepas tu kantoi dengan owner rumah), rasa tergerak hati nak bercerita pengalaman sendiri.

Ok, sebelum masuk universiti aku merupakan budak asrama penuh. Macam macam ragam manusia aku dah jumpa dekat sana. Antaranya, of course lah yang jenis pengemas gila. Golongan ni aku rimas sikit sebab pantang lah nampak habuk sikit, pantang nampak cadar katil tak tegang, habislah muncung depa panjang sedepa. Lepas tu perli perli ditambah pulak dengan kemas barang hempas hempas. Come on, kalau tak suka, tak payah buat kot.

Tu annoying nya golongan pengemas. Yang sejenis penyepah pulak, aku masih ok. Kalau jenis suka sepah sepah barang, tapi tak kacau orang lain ni aku ok sikit. And please lah, kau nak sepah macam mana pun, tolong lah jangan sepah benda yang berkepam contohnya macam stokin kau buat main futsal ke, baju sekolah seminggu tak basuh ke, towel basah lempar dekat katil sampai cadar kau kuning ke. Tu double ewww and kalau kau perempuan dok buat perangai macam ni, memang teruk lah.

Last but not least, golongan pengotor. Pengotor ni aku rasa kalau dia pergi mana mana memang tak boleh in dengan semua orang. Aku berani bet. And actually, aku nak cerita pengalaman aku jumpa dengan roommate pengotor. Ok, as usual kalau stay dekat asrama, mostly dia buat style dorm. Dorm aku ada lah dalam 10 orang time tu. Semua satu batch yakni sebaya. So memang tak de masalah kalau nak tegur if ada kawan kawan jenis penyepah. Kalau sebilik dengan senior payah sikit nak tegur sebab asrama aku ni tebal sikit “senior-junior” diorang. Silap silap kau kena panggil dengan senior sebab kurang ajar.

Berbalik kepada cerita aku. Dorm aku dekat tingkat 3 hostel. Which is tingkat paling atas lah. Sebaris dengan dorm senior. So kiranya tiap tingkat ada 8 bilik. Dekat tingkat tiga tu cuma ada dua bilik untuk budak budak sebaya aku. Selebihnya bilik senior. Mula mula aku dok dalam bilik aku tu, tenang je. Kawan kawan semua sekepala. Kebersihan memang tip top. Kalau tiap kali ada pertandingan keceriaan, dorm aku akan menang untuk kategori dorm terbersih tingkat tiga.

Suddenly, satu masa ni terus berubah bila ada sorang kawan dalam bilik aku cerita dia selalu nampak kelibat kelibat yang tak sepatutnya lepak dalam bilik kitorang. Kawan aku ni memang ada kebolehan nampak benda benda halus ni. At first aku malas nak percaya apa dia cakap. Tapi selama seminggu, budak bilik aku sorang sorang kena cakar. Bermula dengan katil paling hujung dekat dengan tingkap. Berturutan ke budak katil bawah dia, katil sebelah and goes on. Aku still sedapkan hati diorang and cakap maybe tu kesan korang garu lepas tu luka. Tapi aku memang rasa tak sedap hati sebab kesan cakar tu sama! Ada tiga garis kesan cakar tu. Nampak macam tangan kecik je. Aku boleh cakap macam kesan kalau dicakar dengan kaki ayam (estimated size dia).

Tambah mengeruhkan keadaan bila senior lalu je depan bilik kitorang, diorang akan tegur bilik kitorang bau busuk sangat. Bau yang bukan datang dari tong sampah sebab hari hari kitorang bersihkan tong sampah dalam bilik and tak pernah miss buang sampah. Mustahil kan boleh ada bau busuk? Aku memang jenis tak puas hati selagi aku tak jumpa apa yang aku nak. So first step kitorang, kawan aku suggest untuk baca yassin keliling bilik. Nak pagar lah kononnya. Masing masing denggan tak de ilmu, pagar lah bilik tu. Malam tu, keadaan jadi makin teruk. Dua tiga orang kawan sebilik aku nampak kelibat yang selama ni kawan aku yang sorang tu cerita. Menurut apa yang kawan kawan aku cerita, benda tu mintak keluar dari bilik tapi tak boleh sebab dah kena pagar. And benda tu semacam bagi hint bila keep berlegar legar dekat locker. Jeng jeng jeng. Hehe

So esoknya kitorang buat meeting bilik tergempar. Aku tak ingat siapa yang cadangkan untuk spot check locker semua orang and perlaksanaannya akan dibuat ASAP! Kitorang semua setuju sebab dah buntu gila weh. Tak tau nak buat apa. Kebetulan pulak, keesokan harinya, sekolah kitorang cuti. So boleh lah gotong royong ramai ramai bersihkan bilik.

Hari yang ditunggu tunggu pun tiba. Sorang roommate aku pagi pagi lagi dah ke library. Aku anggap dia tak minat lah nak gotong royong. Ok move on and gerak jelah dengan budak budak yang ada. Aku tak kesah kalau ada yang tak join. Janji diorang tak lupa nak tinggal or bukak kunci locker masing masing. So bermula lah sesi spot check. Tiap sorang yang ada kena bukak pintu locker orang lain and try hirup dalam dalam aroma locker kawan korang. Mana lah tau, bau busuk selama ni datang daripada mana mana locker kan. Ke ada roommate aku yang psiko dok simpan mayat dalam locker ke. Kita tak tau kan? Haha

9 locker dah selamat dihidu and semuanya lulus. Termasuk lah locker aku. Kitorang terus move on to locker paling dekat dengan pintu bilik kitorang. And orang yang bertanggungjawab untuk hidu aroma locker terakhir tu tak lain dan tak bukan, aku lah orangnya. Dengan confident aku bukak locker dia dan tarik nafas dalam dalam. Once aku bukak je locker dia, muka aku biru beb. Kawan belakang aku terus termuntah. Direct dekat lantai bilik. Kau tau bau apa? Bau macam benda reput. Benda reput apa? Kau tau bangkai? Serious kuat gila bau tu. Aku still boleh described macam mana bau tu. Yes locker dia bau bangkai. Lepas hilang loya, aku dengan kawan kawan aku yang lain kumpul kekuatan untuk geledah locker budak ni. Korang kuat lagi tak nak baca?

Selongkar punya selongkar, first thing yang kitorang jumpa is uniform sekolah dia yang berdarah. Baju kurung sekolah yang ada tompok darah. Kitorang assume tu darah period dia sebab ada dekat kain sekolah and dekat bahagian belakang baju kurung dia. Banyak beb darah dia!. Selongkar lagi, jumpa lah dalam 5 helai baju kurung yang berdarah. Baju dia, dia main timbun je beb dalam locker dia. Tak lipat, tak gantung. Memang membukit. So kitorang gigih lah keluarkan satu satu. The best part is, bawah sekali dekat timbunan baju baju dia, dia simpan pad berdarah. Aku lost count sebab rasa nak mati bila dapat tau dia simpan benda macam tu dekat dalam locker. No wonder lah senior cakap macam ada benda mati dalam bilik kitorang.

Aku dengan kawan kawan aku longgok “benda benda berharga” budak tu dekat tengah bilik. Akhirnya, dia balik dari library dengan muka stone tak de perasaan. Aku memang membebel kasi ayat padu padu and suruh budak tu kutip segala khazanah dia. Surprisingly, dia kutip dengan muka langsung tak bersalah. Seminggu lepas tu, mak dia datang amek dia and keluar asrama. Aku dah tak dengar apa apa story pasal dia lepas tu.

So, lepas baca confession aku, korang bersyukur tak dapat kawan penyepah tapi tak pengotor? Ke korang sendiri dah tau, apa roommate korang simpan dalam locker? Jaga jaga

– Jack

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments