Real Or Not

Assalamualaikum, hai saya soib, terima kasih tidak terhingga sekiranya cerita saya dikeluarkan. Ok sekarang saya mulakan cerita saya, pada waktu ni saya baru sahaja memulakan persekolahan di sebuah sekolah asrama di johor. Pada awal kemasukan saya di sekolah saya ni memang seorang yang susah nak berkawan sebab susah nak mulakan perbualan, tapi bila dah rapat bru tahu macam mana, hahahahahahaha.

Ok2 kita teruskan, selepas 3 hingga 4 bulan sekolah di situ aku dilantik sebagai imam sekolah, aku bukan gempak agama pun, solat pun kdg2 miss, tapi setakat basic tu boleh lah sebab belajar dari kecik cuma jarang diamalkan. Aku dilantik pun mungkin sebab bacaan aku teratur dan sedap didengar, bagi aku biasa je, aku hanya ikut panjang pendek harkat dalam suatu ayat.

Hah baru mula, budak sekolah aku ni gaduh memang kuat, biasalah asrama, dan aku memang tak pernah masuk campur sebab aku memang jenis senyap. Gaduh tu satu hal, yang lagi satu hal, diorng ni gila isim. Isim ni macam biar kan diri dirasuk lah, senang cite macam orang main kuda kepang, itu yang aku taulah.

Setiap malam jumaat diorang akan main, kadang2 kalau gaduh pun diorng pakai isim, kononnya masing2 ada saka lah, hahahahahaha. Nak dijadikan cerita satu malam ni, aku cuba lah nak tengok diorng main isim, waktu tu nama aku dah naik sikit, sebab aku imam sekolah, so semua kenal. Itu cara aku, suka naik slow2, hahahaha. Ok teruskan dengan satu malam tu. Aku pun masuklah satu bilik dalam asrama, bilik tu gelap gila, tapi dalam samar2 lampu jalan, boleh nampak ramai lah budak2 asrama dekat dalam bilik tu.

Aku pun perhatikan jelah, mula2 ada sorang tanya siapa nak mula, wahhhhhhh macam main kejar2, lepastu aku pun tengoklah, ada yang tergaru garu, ada yang melompat dari atas almari ke almari lain, aku tak pasti lah betul ke tidak, sebenarnya aku datang malam tu nak kaji sendiri diorng ni benar2 berisim atau tidak, sebab ada budak bgtau aku yang diorng menipu, aku pun perhati lah keletah dan gelagat mereka, lepas sorang2 masuk isim cukup sampai tiga, ada yang mcm beruk, ada yg mcm rimau, ular lah, isim pocong lah.

Pastu hah ni kemuncak dia, dalam aku tengah seronok tengok diorng aku teringin nak tahu diorng ni real ke tidak, sebab mmber aku cakap kalau diorng dh masuk isim, bom sebelah pun diorng tak sedar, hanya orang yang pandai je boleh sedar kan mereka. Lepas tu, ini kalilah aku nak beraksi, waktu tu aku bersandar dekat tepi katil, diorng main kat tengah2 bilik, aku pun terfikir satu idea cara nak detect diorng ni real or not. Aku pun diri tegak je dlm gelap tu, pastu dengan tiba2 aku buat2 rebah pengsan, bayangkan aku dari tegak terus tumbang badan, aku ni bab lakonan memang mantap sikit, hahahagaga. Setakat jatuh mcm tu aku tak rasa sakit sangat sebab aku memang latih badan aku untuk biasa dengan sakit sebab aku belajar silat.

Lepas aku pengsan, semua perasan diorng terus pergi dekat aku, hahahahahaha. Aku pun mulakan scene kemuncak, aku buat2 meracau dengan suara acah2 garau rimau. Aku pun meronta, diorng pegang aku gila2 aku berbadan besar so bila meronta memang ramai yang pegang, yang pelik yg tgh isim pun dok pegang aku dah, hahahahahahahahahaha. Tadi elok dok terlompat lompat, terus pegang aku.

Pastu tak smpi lima minit ada sorang yang macam reti bab2 isim ni datang baca2 something dekat tepi telinga aku, then aku buat2 lah tersedar, aku macam buat blur2 gitu, aku tanya diorng kenapa dengan aku, semua macam taknak cerita lagi, pastu diorng pimpin aku ke bilik, malam tu trus cancel persembahan isim, hahahahahaha.
Keesokannya diorng tnya aku, macam mana aku boleh jadi macam ni. Aku pun ceritalah yg aku memang ada penjaga family, konon benda tu bertindak balas lah, hahahahahaha. Sejak dari hari tu satu sekolah tersebar pasal aku, satu sekolah kenal aku, sampailah, klau ada kes gaduh diorng ajak aku gi settle, hahahahahaha. Rasa kelakar bila ingat balik, agak2 aku ni jahat sangat ke?? Heheheheh

– Soib

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit