Repeaters

Assalamualaikum. First of all thanks to admin sekiranya confession ni disiarkan.

Ok ni aku nak cerita pasal benda yang memang korang as student akan nampak di sekitar korang iaitu repeaters. Bahasa mudahnya, student repeat.

Aku antara muka2 repeat setiap sem. Mula2 aku first sem aku dah repeat dah paper teras course aku and paper tu pulak paper berangkai so nak tak nak memang aku wajib extend 1 sem nanti. Means aku lambat habis la compare to member2 aku yg lain. Aku mengaku aku memang tak berapa nak pandai bila datang bab2 akademik ni. Dari sekolah memang macam ni haha. SPM pun so-so je. Then bila dapat offer masuk u tu perghh aku rasa macam tak percaya aku layak. Ternyata rezeki Allah memang ada untuk setiap orang.

First sem aku dah kena repeat paper. Hahaha. Kecewa tu mesti la ada. Sebab bila pertama kali repeat ni percaya la kau akan rasa kau paling tak berguna kat dunia ni lagi2 bila member2 kau yang lain lulus dengan jayanya. Macam tu la aku rasa. Down jugak la sampai aku bertekad taknak sambung dah sem 2. Aku jadi tak berapa nak betul sikit sem tu sebab frust teramat. Apa aku fikir pun tak tahu la.

Satu benda yang buat aku and aku percaya repeater2 lain pun rasa down bila masuk kelas repeat kita tu, bila dah repeat ni of course la kau kena masuk kelas junior kau kan. Aku takde hal beb nak masuk kelas banyak2 pun sebab aku suka buat kawan. Tapi tu la, bila dah nama student repeat ni, automatic pandangan junior2 kau masa kau jejak kelas tu buat kau rasa macam kau paling bodoh dalam dunia. Diorang punya tengok kau tu macam tak pernah tengok orang, dah tu, berbisik-bisik sesama sendiri sambil tengok2 kau melalui ekor mata mereka. Cewahh ayat novel kauuu. Haha. Ingat aku tak tahu kome2 dok cakap pasal aku? tapi demi nak lulus paper ni aku tahan jugak. Lepas tu kekadang paling benci bila kena form group assignment. Ha masa ni kau akan tahu apa itu maksud sebenar ‘dipulau’. Semua taknak kau macam kau ada HIV. Tengok kau pun diorang taknak. Sebab apa? Sebab nanti group diorang tak perform kalau ada repeater. Nanti markah kurang bla bla bla. Kalau kau ada geng repeat sekali dalam kelas tu memang kau akan group sekali dgn diorang. Tapi kalau kau je satu-satunya manusia repeat dalam kelas tu memang kau akan kena quarantine la jawabnya. Last2, lecturer yang masukkan kau kat mana2 group then kau hadaplah muka ‘ajak gaduh’ ahli group kau tu satu sem hahaha. Nasib aku bukan kaki gaduh, kaki makan je.

Tu bab junior, tak masuk bab lecturer pulak. Ada certain lecturer jenis membantu tu memang dia akan bantu kau. Sentiasa tanya kau dapat catch up tak apa dia ajar. Kalau tak faham dia sendiri tarik kerusi duduk sebelah kau dia ajar sampai kau faham. Sebab dia tahu student repeat ni need different attention. Different attention eh, bukan more attention. Markah tak kedekut. Senang hidup dapat lecturer macam ni.

Tapi, lecturer ni pun manusia beb. Yang jenis kedekut markah dengan student repeat tu takpe lagi, ni yang perli2 ni aku lemah. Senang cerita aku panggil lecturer jenis ni lecturer racists student(sila kecam aku sekarang). Paling tak boleh blah tu, dia racist betul dengan student repeat. Aku pun tak faham masalah dia. Bila masuk kelas dia, mesti ada je dia nak perli. Cthnya ayat2 yang sebati dalam kepala aku bila dia cakap kat kelas dia, “awak main2 saya pun mark main2. nak ke jadi macam 2,3 orang kat belakang tu?” dah semestinya kami(repeaters) la yang dia maksudkan tu. sabar je la haii. Sebab aku ingat dia lecturer aku hormat. Ilmu dia jugak yang aku tuntut. So tahan je lah. Tu cerita dulu, sekarang aku boleh dikatakan ‘master’ bab2 repeat ni sebab asyik repeat je sampai junior2 aku yg baru repeat pun apa2 hal berkaitan kelas repeat diorang rujuk aku. Bangga jap jadi sumber rujukan haha.

Sekarang ni takde dah aku nak terasa ke nak rasa down ke. Sebab dah selalu hadap so sekarang bila junior2 or lecturer yg racist ni buat apa2 pun kt aku, aku dah macam ok je takde hal pun. Kadang2 tu bila ada lecturer perli2 lagi aku anggap joke je pastu balas balik “ok la dari kena dismissed sir”. Memang nampak jahat tapi sejak tu lecturer tu dah tak perli dah lepas tu hehe. Sekarang lagi satu sem inshaAllah aku grad. Patutnya dah sem last dah tapi dah asyik repeat je kena hadap lah satu sem lagi kahkahkah.

Last aku nak cakap, korang jangan la judgemental sangat terhadap manusia2 repeat ni. Diorang pun tak nak kena repeat, kena 2,3 kali ambil benda yang sama setiap sem. Jangan la kata diorang tak cuba, kau apa tahu life diorang. Kalau yang jenis repeat sebab malas tu maybe tu memang salah dia, and aku pun mengaku aku pun agak malas dulu. Tapi korang tahu ke kalau2 certain repeaters tu ada problem lain? Family problem ke, financial problem ke, masalah dengan member lagi, awal2 sem ni biasa la bukan sure lagi orang yang sentiasa dengan kau tu akan jadi bff kau selagi tak grad. Faktor2 macam ni bagi effect jugak sikit2 dalam pembelajaran. So jangan cepat nak judge kalau tak tahu cerita, lagi2 tak kenal orang yang kau judge tu. Setiap orang tak sama.

itu je la aku nak confess. Kang panjang sangat korang tidur. Yang mana boring tu boleh pergi goreng potato. Sekian.

– Budak repeat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit