Rezeki Itu Allah Dah Atur

Assalamualaikum semua…firstly thnx admin kalau cerita aku yang tak seberapa ni disiarkan (padahal berharap sgt disiarkan kahkah xD )…apa yg nak aku ceritakan ni semua pengalaman aku sendiri, semoga dpt dijadikan semangat buat korg di luar sana yg selalu ada “up-and-down” nya dalam hidup.

Seperti apa yg aku ckp tadi, aku nak berkongsi pengalaman sepanjang usia yg baru 22 tahun ni..mostly pasal perjuangan hidup aku selepas SPM. Firstly, pasal sambung study..aku bukanlah lepasan pelajar Universiti terkemuka dunia, dan juga Malaysia. Aku cuma lepasan Politeknik je.. Ya, sama seperti lepasan SPM yg lainnya, aku pun tak terkecuali utk isi UPU untuk masuk Universiti. Time tu Alhamdulillah dah ada lesen kereta, jadi punya bersungguh nak isi UPU tu sanggup pegi rumah kawan, kebetulan dia ada wifi, laptop dan printer, jadi mudah utk aku isi form. Masa tu bukan taknak pegi Cyber Cafe, tapi tak terbiasa ke CC, yelah perempuan kan. Takut nak pegi sendiri. Aku igt lagi aku apply utk masuk ke UPSI. Masa tu aku punya minat utk jadi tenaga pengajar tu membuak2.. Tapi malangnya utk penggal pertama nama aku tak tersenarai dlm universiti pilihan aku. Ahh, sempat give up masa tu, tapi isi juga utk permohonan rayuan. Alhamdulillah dpt jugak aku sambung pengajian walaupun aku dpt kos yg aku tak aim langsung, kt Poli pulak tuhh. Aduhh.Jujurlah masa sepanjang masa tu, aku sedih bila tgok kawan2 yg lain dah mula lanjutkan pengajian. Ada yg smbg matriks, tak kurang juga Uni dan Kolej. (jealous sikit time tu sebab penggal kedua dpt Poli je)

Tapi siapa sangka, di Poli yg aku anggap tak ‘curlas’ tu jugaklah aku belajar hidup berdikari. Jauh dari keluarga yg menetap di Selatan, aku bawa diri menuntut ilmu di Utara. Susahnya tu Allah je tau. Bukan je belajar hidup berdikari, Alhamdulillah tiap semester aku ni dpt Anugerah Ketua Jabatan – atau Dekan. Rasa brsyukur sgt2. Belajar jauh dari keluarga buat aku ada masa utk fokus study. Yelah, bila dekat dgn family tiap minggu mesti ulang-alik, belum lagi tanggungjawab sebagai anak di rumah. Ye aku tak salahkan mereka yg kerap balik utk luangkan masa dgn family, cuma point aku kt sini, bila jauh semangat nak study tu membuak-buak bila igtkan susahnya mak bapak aku hantar jauh2 ke Utara.

Siapa sangka, kos yg memang aku tak minat langsung tuh, aku dpt perform jauh lebih baik dari mereka yg mmg ada background dlm bidang tu. Manakan tak, aku kelas aliran Sains Tulen kt sekolah, tapi dapat sambung dalam kos Pengajian Perniagaan. Subjek Akaun dan Ekonomi buat aku jadi blur. Kat sekolah belajar atom lah, organ la, velocity laah…tapi kt Poli belajar akaun, belajar equilibrium. Ya, mula2 mmg blur, tapi Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.

Seterusnya, bila nak apply utk Latihan Industri. Ini adalah ujian terbesar sepanjang belajar kt poli dulu hehe. Manakan tidak, deadline beberapa minggu sebelum final exam tu aku masih belum dpt company utk LI !! Lagi la berserabut kepala ni mikir. Punyalah penat send resume via post&email, call setiap company yg aku tau, masih tak dpt respon. And again, pilihan terakhir aku, kt Pihak Berkuasa Tempatan area rumah aku. Yes, aku dpt LI kt situ and guess what ? Aku belajar byk sgt benda kt situ, dpt pula officemate yg tersangatlah baik. Bersyukur aku. Sekali lagi Allah permudahkan urusan aku setiap kali aku mula rasa nak give up.

Lastly, survival aku utk cari kerja. Zaman sekarang wehh, susaaaaaah sgt nak cari kerja. Setiap hari mesti aku apply at least satu company. Sebenarnya dari LI lagi aku dah apply kerja kt tmpt aku LI, tapi takda rezeki kt situ. Grad awal bulan disember yg lepas, aku mula cari kerja. Bak kata org, kayuh pelan-pelan. Ye, nampak luaran aku cool, tapi dalaman ? Setiap hari belek 1 Klassified, asal ada kerja kosong, call utk appoinment iv, sampai habis duit simpanan beli topup utk call. Laman web jobstreet, maukerja, job indeed dan lain2 dah penat dah scroll hari2. Kadang2 tu sampai takbole tidur malam memikirkan nasib ‘tanam anggur’ ni. Ya, ada yg kata baru berapa bulan grad, rilex dulu la apa la, tapi aku ni dah gatal sgt nak ada duit sendiri. Zaman sekarang, persaingan ketat. Susah sgt nak dpt kerja.

Macam2 keja aku apply, start dari kerja jaga kaunter tiket bas, cikgu tadika, pembantu kedai, dah macam2 aku mintak. Sekali lagi aku give up. Takde satu pun aku dapat. Lagi membara rasa sesal dalam hati ni bila kawan2 lain dah kerja, dah mula update dunia kerja mereka kt wicet, fb,insta.. Aaargghhh nak kerja jugakk !! Mungkin aku mudah terpengaruh dgn org lain, tapi bukan tu je, niat aku nak rasa titik pelu sendiri tu buat aku tamak utk cari kerja secepat mungkin. Namun aku cuba juga positif kan diri, mungkin buat masa ni Allah nak aku rehat, Allah nak aku teman mak borak kat rumah. Dan Alhamdulillah, sekali lagi Allah bangkitkan semangat aku semula bila permohonan kerja aku diterima. Siapa sangka, hari tu aku temankan mak ke pasar, jenuh dengan naik bas angkut ikan sayur (kebetulan mak nak sangat merasa naik bas tambang hari tu)aku tak dengar call dari company ni.

Ahh aku tak puas hati. Aku call semula company tu dan cuba utk tanya kenapa pihak mereka call aku. Tapi masa aku call tu person in charge dia takde, jadi mereka yg lain pun cadangkan aku utk tunggu dihubungi semula oleh org tu. Sedih beb bila office hour takde panggilan langsung. Tapi zupppp selepas aku solat Maghrib, aku dihubungi semula oleh org tu, katanya aku hanya perlu bawa resume dan terus masuk kera, tanpa iv langsung !

Ya Allah, rasa bersyukur sgt2.. Allah atur semuanya untuk aku..cantik sgt peraturan yg Allah dah tetapkan. Jadi buat semua kt luar sana yg tengah diselubungi masalah, ingatlah Allah takkan uji hambaNya melebihi kudratnya…Setiap org lain ujiannya, dan aku doakan agar Allah permudahkan urusan kita semua :)

– Berlian

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit