Rezeki Sempit

Assalamualaikum. Aku ada terbaca post pasal “minyak kereta”, so aku jadi tergerak hati nak share aku punya kisah hidup kat sini. Thankyou admin kalau approve cerita ni, and sorry sebab post ni agak panjang. Aku taktau nak cakap kat siapa dah, so aku confess sini.

Aku ni bukan lah anak orang kaya, nak kata miskin pun tak jugak. Yang sedang sedang je lah. Mak ayah aku dua dua kerja bank, tapi dah lama cerai. Ayah aku kahwin lain, so ada lah adik beradik tambahan yg lain. Nak tau kaitannya, baca sampai habis dulu.

Parents aku gaji boleh tahan lah jugak, tapi maybe sebab sekarang ni ekonomi gawat semua benda naik harga. Benda yg tak dulunya cukup dah jadi tak cukup. Mak aku gaji RM3000 lebih kurang, bapak aku gaji 5 angka jugak lah. Tapi yg peliknya, bapak aku selalu merungut dia takda duit. Okay fine, aku faham lah anak yg ramai macam satu team bola ni banyak nak pakai duit. Mana taknya, aku yg degree ni lagi nak pakai duit. Adik adik aku semua tu sekolah lagi. Ada sorang baru masuk tadika, and paling bongsu belum tadika lagi (tapi still duit keluar kan nak beli pampers susu semua). Aku macam pelik lah, mana pergi duit bapak aku banyak banyak tu semua, kereta bukan besar pun. Biasa je. Rumah pun sewa je. FYI, aku duduk dengan mak aku. Bapak aku yg sewa rumah lain.

Nak dijadikan cerita, aku yg degree ni pun terkesan dengan kata kata bapak aku yg selalu merungut takda duit tu. Aku memang fully depend on PTPTN je. Lepas tolak yuran, boleh lah nak hidup sebulan dua dengan baki yg ada tu. Tapi nak cerita sebenarnya, RM2000 tu sebulan pun belum tentu cukup. Serious wei. Okay aku bagitahu eh.

Dulu masa memula aku masuk degree, bapak aku janji nak bagi aku seminggu RM100 buat belanja. Dia kata RM50 buat isi minyak kereta, RM50 lagi buat belanja makan. Yes aku ada kereta sendiri. Tapi kereta secondhand je, mak tiri aku punya. Dah tukar nama aku, so bulan bulan bapak aku yg bayar. Lepastu mak aku pun bagi jugak lah every week RM50. Okay aku pun fikir lebih drpd cukup lah seminggu RM150 tu kalau aku reti jimat minyak kan. TAPI…..cakap sekadar cakap je lah bapak aku tu. Satu sen pun dia tak bagi wei. Mak aku je bagi setiap minggu consistently even aku tak mintak. Bapak aku contact aku tanya khabar pun tak, apatah lagi nak bank in duit kat aku. Tu pun aku husnudzhon dia busy lah adik adik aku lagi banyak nak pakai duit lah. So aku buat relax je lah dia tak bagi aku satu sen sejak masuk degree ni. Yang aku panas hati yg amatnya, bila adik adik aku yg EVERY WEEK bapak aku pergi jumpa tu, update kat Instagram siot! Diorang makan luar beb, TETIAP MINGGU! Kau rasa?! Aku kat sini terkapai kapai ikat perut, tanya khabar sepatah pun tak. Aku jenis tak suka melawan, memberontak dlm diam je. So aku senyap je lah. Sakit hati sensorang.

Kau rasa dengan duit PTPTN yg sekadar cukup makan tu dengan duit RM50 mak aku bagi setiap minggu tu, aku boleh tahan lama mana je? Kalau korang kenal aku, akulah manusia yg paling nak elak makan luar. Sebab aku taknak aku overrun budget aku. Tapi still rezeki aku sempit jugak. Taktau lah kenapa. Sebulan sekali aku pergi pasaraya beli barang barang peribadi semua, aku bukan jenis mekap pun. Setakat beli sabun mandi, pad, ubat gigi, bedak, and biskut sikit, sekali tu boleh habis lebih RM100 kot. Sekali sekala je aku beli McD KFC semua tu kalau teringin sangat. Mana nak isi minyak kereta lagi. Kadang tu aku careless terlanggar besi ke apa ke, dah kena bayar repair kereta pulak. Lepastu nak photostat nota lagi, beli buku rujukan lagi. And aku nak bayar bill phone aku lagi sebulan RM70 tu. Sumpah aku cakap duit tu tak cukup kot.

Aku makan maksimum RM6-7 sehari. Tu pun kalau aku makan lunch and dinner. Breakfast memang aku totally skip, kadang tu aku makan sekali je sehari. Nak jimat duit punya pasal. Sebab aku fikir kereta aku tu nak pakai duit jugak kalau nak jalan pergi kelas ke praktikal ke apa. Sampai satu tahap tu, tak sampai 2 bulan masuk sem baru semua duit simpanan aku habis kot. (FYI aku ada tabung emergency, tapi bayangkan aku punya tabung emergency tu pun sampai jadi kosong masa aku desperate tu) Memang masa tu aku bebetul ikat perut lah, sampai housemate aku pun taktau aku sakit gastrik. Diorang tanya aku dah makan ke, kadang aku tipu cakap aku puasa kadang aku tipu cakap aku dah makan walaupun hakikatnya setitis air pun aku tak jamah hari tu. Punya sedih hidup aku ni. Nak mintak bantuan kebajikan universiti, aku tak layak sebab gaji mak bapak aku tinggi. Takkan nak tipu. Tak berkat duit bantuan tu nanti.

Tapi satu hari tu aku kantoi dengan housemate aku sebab dia perasan aku tak keluar langsung beli makanan. Dia tanya aku nak bungkus apa apa tak, aku cakap takpe takpe. Tapi dia baik gila, dia bungkuskan aku nasi. Aku sebak wei. Sebab aku bukan jenis meminta minta, and aku taknak orang tahu aku susah. Aku makan nasi tu aku nangis kot. Aku kadang tu terdesak aku pinjam jugak lah housemate aku RM10-20 buat nak hidup sehari dua. Nanti duit mak aku bagi tu masuk aku bayar balik. Sebab tu duit mak aku bagi tu tak cukup wei. Asal duit masuk je, aku fikir nak bayar hutang dulu. Tak simpan sesen pun utk diri sendiri. Aku taknak mati nanti roh aku tergantung, tu aku terus bayar hutang walaupun aku sendiri takda duit.

Aku nak kerja partime pun, masa aku tak banyak. Weekend buat assignment lagi, program universiti lagi. Malam kekadang ada kelas. Nak buat bisnes, aku ni takda modal and takda benda yg nak dijual. Kang aku jual diri kang, haaaaaaa mula lah aku nak cakap macam orang takda iman ni. Stress wei hidup sekarang ni. Aku senyap je bila dengar kawan kawan aku plan nak pergi travel lah shopping lah apa lah. Aku bukan tak teringin tapi terbatas gila. Ni pun cuti sem lagi lah takda duit masuk, kerja partime aku mengasuh anak sepupu aku tapi FOC je lah takda gaji pun. Aku pun tak suka nak mintak mintak ni. Dekat mak bapak aku pun aku tak mintak, apatah lagi orang lain.

Sebelum korang judge aku, aku nak cakap aku bukan berlagak bodoh sombong tapi aku taknak susahkan mak bapak aku. Mak aku dah banyak gila berhabis utk aku sejak mak bapak aku cerai. Tahu tak bapak aku tak bagi nafkah pun utk kitorang adik beradik lepas cerai? Semua 100% duit mak aku. Tu lah aku malas dah nak mintak mak aku. Bagi aku, kira bersyukur dah mak aku bagi jugak seminggu RM50 tu walaupun tak cukup. Kalau dia pun tak kisah kat aku macam bapak aku tu, boleh mati aku! Walaupun bapak aku tak endahkan aku, mungkin sebab tu jugak lah aku pun malas nak cari bapak aku. Yelah, bagi aku, buat apa kita nak menagih simpati orang yg tak endahkan kita kan? Haa satu lagi aku lupa mention, kereta aku tu kan bapak aku bayar bulan bulan tapi bapak aku selalu bayar 2 bulan lewat. So aku selalu lah dapat call drpd bank suruh bayar duit kereta sebab dah 2 bulan tertunggak. Wei aku takda duit wei nak bayar sendiri, mana nak cari RM200 sebulan. Aku nak hidup RM50 seminggu pun sesak. So bila bank dah call aku cakap nak tarik kereta lah bagai, aku stress lah. Aku dah lah tengah praktikal nak pakai kereta ulang alik hostel-office, nak pergi kelas lagi, study lagi aku stres, stres pasal duit belanja lagi. Bila aku mesej bapak aku dia boleh reply “aku tau lah, takpayah fikir”. Kau rasa?! Dia cakap kat aku tak payah fikir sebab dia tak kena kacau dengan bank. Aku yg kena kacau mesti lah aku stres! Aku taktau nak buat apa dah dengan bapak aku tu.

Tapi bila fikir balik, aku pun takpasti kenapa rezeki aku sempit sangat. Sama ada mulut bapak aku yg selalu merungut takda duit ataupun sebab aku takpernah nak berbakti dekat parents aku. Tapi sejujurnya cakap aku dah biasa pun berlapar ni, sampai tahap aku tak kisah dah duit syiling je yg tinggal dlm purse aku. Pernah sekali tu aku pergi praktikal bawak IC dgn lesen je dlm poket, purse simpan bawah bantal. Takda guna pun bawak, duit takda. Haha. Aku dah habis redha dah ni haa hidup aku macamni.

Kalau aku nak kawen nanti, jangan risau. Aku tak mintak hantaran tinggi pun, cukup lah bakal suami aku tu sediakan makan pakai yg cukup utk aku lepas kahwin. Aku dah biasa hidup susah, dah merasa macamana takda duit, so insya Allah lepas kahwin aku takkan tetiba nak jadi manusia paling demanding.

Akhir kalam, doakan moga rezeki aku murah lepas ni.

– Sis susah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit