Rilekslah Sikit

Hi selamat sejahtera semuanya. Firstly aku nak minta maaf sebab bahasa aku tak berapa menarik, tetapi aku nak tulis juga.
Perkara ni jadi masa sem 1 degree. (sekarang aku dah habis sem2). Nak di pendekkan cerita, aku scholar under this one sponsorship agency, kira macam fast track la. Pakai results trial spm untuk pergi preparatory program to overseas. Program aku ni kira twinning la, 2 tahun local which includes one year of foundation and first year degree. Kiranya second year aku sambung overseas.

Untuk memudahkan korang faham cerita aku, aku kena lah cerita pasal program aku ni bukan aku nak kata aku study overseas atau apa, belambak kot orang study overseas. Kan? So, aku daripada form 5 masuk ke foundation di satu kolej ni, memang ada lah geng sendiri yang satu sekolah dengan aku. Lepas foundation, aku masuk satu universiti swasta, dan time ni pun aku ada angkut geng sendiri juga daripada kolej masa foundation dulu. Sebab ni program yang dah ditentukan pihak sponsorship, so memang ikut flow je lah kan.

So, masuk first year degree memang aku rilek lah kan, sebab ramai geng. Intake baru untuk semester tu dalam 200 orang, dalam 20 je perempuan. 15 daripada 20 tu geng aku sendiri. Oh yeah, aku course mechanical, tu yang ramai lelaki.

SO nak dijadikan cerita aku daftar lewat, so tak dapat lah nak satu bilik dengan geng yang lain. Tapi aku tak kisah pun since diorang semua tu bilik sebelah menyebelah je dengan aku. Cuma, aku dapat bilik 2 orang, diorang semua bilik 6 orang. Aku happy sebenarnya sebab takde lah kalut sangat kalau bilik berdua kan.
Aku nak masuk bilik for the first time ni, benda first yang aku perasan is rak kasut bilik aku dah penuh. Tak kisah lah kan, nanti aku ketepikan lah kasut dia sikit. Takkan lah roommate aku ni selfish, kan?

So masuk bilik, tengok ada sorang laki sorang perempuan. Yang laki tu tengah kemaskan barang barang the girl, the girl duk kat katil bawah (double decker). Aku salam salam je lah macam biasa, sambil angkut barang barang aku, walaupun musykil siapa lelaki yang ada tu. Aku letak barang je, terus gi berangkat ke bilik member lain sebab nak hai-hai. Then lepas tu kitorang ada briefing orentasi, so aku pergi lah dengan roommate aku ni, nama Farisa (bukan nama sebenar).

Satu, dia ni banyak cakap la. Aku baru 19 tahun, dia dah 21 and baru sahaja berkahwin seminggu lepas (yes, tadi tu suami dia). So dia macam anggap aku ni budak mentah yang tak tahu apa-apa pasal kehidupan lah. Aku macam bosan diperlakukan seperti kanak-kanak. Tapi baru first day, so aku layankan je lah dia. Masa orentasi first day tu, penghulu orentasi dilantik. Lepas tu faci suruh penghulu pilih penghuluwati sendiri. DAN AKU YANG DIPILIH, nasib baik aku tak menang undian sebab faci yang jadi emcee tu minat kat sorang lagi calon hahaha!

Balik bilik tu, Farisa ni kecoh kata aku ni comel la cantik la sebab tu penghulu pilih. Aku mula-mula rilek je, jangan lah tunjuk riak sangat kan. Tapi lama-lama memang panas telinga aku dengar dia memuji aku walaupun aku kata “dah lah, dah. Apa kata cerita pasal Farisa, bila kahwin?” tu yang dia cerita berjela macam mana dia and husband kenal sampai kahwin. Bosan! Aku banyak kali bagi signal nak tidur, tapi dia kept on going “Nanti kalau Nas nak kahwin, carilah lelaki bla bla” aku diperlakukan seperti kanak-kanak yang zero knowledge lagi.

Aku pun bodoh gak, pergi cerita pasal crush aku kat dia. Crush main-main je. Budak tu satu program dengan aku juga. Farisa ni beria ia suruh aku tackle crush aku ni, aku main-main je do??
Ok, second day ni memang haru lah. Malam sebelum nak tidur tu dia sibuk tanya aku kunci jam pukul berapa. Aku katalah sukahati dia lah kan, but dia insist nak tanya aku. Aku cakap 5.30, sebab subuh berjemaah (orentasi kan, sebab tu berjemaah) pukul 5.45am. Dia kecoh kata eh tak nak mandi dulu ke, aku yang dah lama duduk asrama ni yakinkan dia bahawa 15minit tu tersangat cukup untuk kau sucikan diri. Last-last dia kunci jam pukul 4.30. What?

Aku biarkan je, sebab dia yang nak bangun, bukan aku haha!! Tapi pukul 4.30 tu dia kejut aku! Aku dahlah tidur lambat dengar cerita CINTA dia, lepas tu dia kejut aku time yang aku obviously taknak bangun lagi! Aku buat bodoh je masa dia kejut, tapi setiap 5 minti dia akan pergi tingkap dan membebel bebel “eh mana semua orang tak bangun lagi ni”. Aku dekat katil atas yg memang sebelah je dengan tingkap, memang dengar lah kan semua bebelan dia.

At 5am, aku dah tak tahan! So aku bangun je, terus capai toiletries. Pergi toilet mandi. Dia mengekor kat belakang.
Jujur, aku serabut. Sebab aku rasa dia macam ikut aku. So aku mandi cepat-cepat, terus aku balik bilik. Tapi, rasa bersalah juga lah. So aku keluar bilik, tunggu dia dekat balkoni. Time tu memang semua orang tidur lagi. Dari balkoni, aku Nampak dia macam tercari-cari aku dalam toilet. Aku rasa nak lepuk je dahi. Then aku panggil dia. Dia balik bilik pastu tanya “Tadi tunggu Farisa ke?” aku iyakan aje.
Riadah pagi memang bosan. Aku cukup menyampah dengan faci aku, normal lah, orentasi (uni aku) memang buat perkara bodoh je most times. Nasib baik lepas mandi pukul 5 tu, aku tidur balik. Haha! So, dah lah hati bengang dengan faci, perut lapar. Makan pagi pula, faci bahagian makanan dah announce makan nasi lemak! Aku dengan geng memang gian lah nak makan. Duduk asrama selama ni memang susah nak jumpa nasi lemak as sarapan, tu yang jakun tu, haha!!
Aku tengah jalan ngan member nak pergi kafe (masa senaman pagi aku avoid Farisa tu), Farisa muncul dan tiba-tiba tarik tangan aku. Dia kata “Tak payah makan lah, nak mandi siap-siap lagi ni. Jom naik, Farisa ada roti. Nas makan roti je eh?”.

TER.KE.DU aku di situ! Geng aku pun terdiam. Aku sabarkan hati dan cakap “Nas nak makan nasi lemak”, dan aku terus chiow pergi kafe.
Balik bilik tengok dia murung, aku buat tak tahu je.
Tengah malam tu ada firedrill. Memang celaka sikit lah faci aku ni. Menjerit maki hamun juniors “CEPAT CEPAT API API!!!!” macam nak runtuh blok asrama tu. Aku dengan malasnya bangun dari tidur, dan capai cardigan. Seluar, masih seluar tidur. Pakai tudung creep asrama je. Yang kalutnya si roommate aku tu. Gelabah dia, Ya Allah! Hanya Allah sahaja yang tahu.

She was like “Eh kenapa ni! Apa jadi!” so aku terangkan lah kat dia yang ada firedrill. Yalah, mungkin dia tak pernah duduk asrama. (tapi sekolah tak berasrama pun ada firedrill en) haha biarlah, bersangka baik jelah. Lepas tu dia ribut, “nak pakai apa ni, Farisa masih pakai baju tidur” aku dengan pelik nya jawab “Lah, tukar jelah baju? Apa susah?”. Dia semakin serabut. Tak gosok gigi lagi lah, tak iron tudung lah….. dalam dia berserabut kiri kanan tu, aku dah siap dah pakai tudung. Tahu apa jadi last sekali? DIA TURUN PADANG DENGAN MEMAKAI LENGAN PENDEK DAN SELUAR TIDUR DAN TUDUNG ENTAH APA-APA! Pastu kat padang dia bising macam mana nak sorok lengan dia (habis dia duk rebut rebut belakang tudung orang lain nak buat lapik aurat dia tu.
Aku memang pelik dengan dia, kalau dia kurangkan bebelan dia, memang sempat sangat nak tukar baju lengan panjang!

Ok so next day tu, bangun lewat. Disebabkan tak ada senaman pagi or subuh jemaah, memang terkandas ah kitorang berdua. Aku bengang ngan geng aku, apasal tak kejut. Tapi diorang kata ingat aku dah bangun, sebab bilik tertutup rapat. So, aku ni sangatlah tak mahu ada isu dengan faci. So aku terus pergi toilet dan basuh muka, berus gigi (aku tinggal toiletries dekat toilet). Dia yang gelabah tu aku tinggalkan dalam bilik. Lepas tu dia mai jugak lah ke toilet. Sampai toilet, dia tengok aku berus gigi, dia tanya “Eh Nas berus gigi? Nak berus juga lah. Kejap” DIA PUN PERGI BERJALAN LENGGANG KE BILIK UNTUK AMBIL BERUS GIGI DIA Ya Tuhan dia ingat banyak masa?

Dia siap pesan suruh tunggu dia. Lepas siap kat toilet, aku pun cepat cepat tukar baju semua. Dia masih kat toilet. Aku ni memang pantang tunggu orang. So aku pun suruh dia cepat. Dia pun acah-acah cepat. Tapi dia lilit selendang dia tu Ya ampun, bukan main lama. So cerita dia, memang kitorang lewat pagi tu. 5 minit lewat. Sebab dia pakai shawl.
Masa last day orentasi, ada jamuan lah petang tu. Aku dengan 2 orang member aku tapau bawa naik bilik. So, makan dalam bilik aku. Memang dah rutin lah, sejak sekolah/kolej lagi makan sama-sama gitu. Normal kan? Tapi Farisa tu pandang semacam je. Dia duduk dekat katil dia, while kitorang duduk bersila atas lantai. Aku terfikir, dia ni mesti tak biasa suasana macam ni, tengok kitorang selamba kongsi air, kongsi ayam. So aku ajak lah dia makan, since she was holding her food and drink. Tapi dia tak nak, dia kata tak ada selera nak makan.

Aku pun, lantak lah. Sambung bantai makan.
Lepas orientation week, bermula lah hidup sebagai seorang degree student. Memang busy lah kan? Balik bilik aku just nak tidur je. Aku punya jadual sangat sangat sangat packed, sedangkan si Farisa tak packed langsung. Aku boleh dikatakan 4 out of 5 days ada kelas at 8am, dia setiap hari bangun lewat. Tapi aku program apa, memang lah tak sama dengan dia kan. So tolonglah faham aku penat. Ni tak, setiap kali aku balik bilik, dia akan tanya so hows your day?

Aku memang rasa macam ada mak kat situ, tapi aku tak suka mak tu. Aku akan jawab “Ok, penat lah. Nak tidur jap” but she would keep on talking about her husband, her classes, her morning at the bank blabla sampai aku terpaksa pusing membelakangi dia, sebab nak suruh dia stop cakap aku tak sampai hati. Dia, setiap pagi nak pergi toilet mandi sekali. Ya Allah, memang lah kitorang roommates, but kelas lain lain, jadual lain lain! Ni tak, dia nak juga berjalan dengan aku ke toilet tu.

Lagi satu, kalau tidur, dia akan buka langsir. Sebab nak cahaya koridor, takut gelap kot. Aku tak kisah buka langsir, takdelah nak kecut fikir hantu ke apa, but cahaya koridor tu memang direct kena muka aku. MEMANG DIRECT, so aku pesan kat dia kalau nak buka langsir, buka macam ni (aku ajar lah dia, supaya cahaya yang masuk tak kena muka aku). Dia pun beria dengar, so aku ingat dia paham lah. Tapi, setiap malam dia buat benda sama!!! Setiap malam aku kena betulkan langsir!!! Aku dahlah tidur atas! Tangga katil tak ada.
Hah, aku letak kerusi study aku sebelah katil double decker kitorang. Sebab nak turun or naik katil memang susah, sebab tinggi, plus tangga was unavailable. Setiap malam dia akan alihkan kerusi aku, letak kat meja balik. DAH AKU TERPAKSA MENGGAGAU TURUN FROM KATIL EVERY SUBUH, dah lah gelap!! Bila aku pesan kat dia, dia kata ok, but dia buat lagi. Aku letak kerusi tu untuk kebaikan dia juga, takdelah goyang maut katil kalau aku lompat naik katil every time.
Lepas tu, tak habis-habis tanya aku “dah confront crush belum?” semak oh, serious aku kata semak.

Dekat bilik ada satu plug, so aku pasanglah extention. Aku set up iron board dengan iron. Setiap kali nak guna, mesti dia akan tanya aku dulu even though aku cakap “Nak guna, guna je tak perlu tanya” sebab aku set up memang untuk kegunaan seisi bilik pun. Tapi dia akan tanya every time nak guna, so aku malas nak layan aku cakap “ok” jelah, tapi everytime tu juga dia akan cakap “Farisa bukan apa, Farisa bawa iron sendiri, tapi Nas dah letak Nas punya kat sini so Farisa guna jelah eh?”

Berapa puluh juta kali aku dengar ayat yang sama. Bila dia nak charge phone dekat extension pun, sama juga. Rimas, bukan aku tak pernah pesan dekat dia but dah berbuih mulut aku
Satu hari ni dia nak pergi bank tapi tak ada baju. Aku hairan, baju dia berlambak kot and semua nampak mahal. Aku ni takat 2 for RM50 Brands Oulet sekali sekala je. Dia nak pinjam baju aku. Bukan apalah, tapi dia badan besar juga. Aku besar juga hahaha tapi NOPE we don’t share the same size. Dah, aku takde lah nak menyombong. So aku bagi pinjam baju aku yang paling besar sekali. Lepas berminggu baru dia basuh. Great.
Then, satu benda aku perasan, minah ni tak suka geng aku. Geng aku selalu terjah bilik ajak makan etc, dia akan buat muka. Ada satu member aku ni, nama Wana. Wana ni memang muka asyik kat bilik aku je melepek ngan aku. Farisa ni, setiap kali aku tengah ber-ws, dia akan “whatsapp Wana lah tu”. Haritu aku gosok dua helai tudung, saja sebab rajin, dia boleh kata “Gosokkan tudung siapa tu? Tudung Wana eh”

Memang tak ada life ke aku, semua benda pasal Wana je?
Ada one time ni, Wana masuk terjah bilik aku masa Farisah tengah salin baju. Masuk bilik aku tak bagi salam or apa terus ajak aku makan. Aku tak sempat nak membalas, si Farisa mai marahkan Wana “Erm sorry eh, bukan nak cakap apa, but boleh tak ketuk dulu sebelum masuk? Bukan apa, privacy”. Terkedu aku and Wana
Yes, memang kitorang silap. Wana pun macam tak ada adab en, redah masuk bilik orang. Sebab dah biasa sangat macam tu. Tapi dia tak boleh lah sound orang macam tu. Plus, Wana member aku. Kalau nak pesan, tak ke lagi elok kalau dia pesan through aku? Wana si Terkedu pun membalas ‘oh sorry, ok’ then terus tanya aku balik nak makan mana. Aku pandang Wana, Wana pandang aku, memang obvious gila muka kitorang tengah nak cover terkejut.

Aku jadi makin serabut dengan perempuan tu. Kalau difikirkan balik, kadang kalau aku masuk bilik, dia tengah bersiap pun dia jeling-jeling. Aku pun kena ketuk pintu juga ke macam mana? Lagi satu, bukan nak cakap apa lah, tapi dia selalu action dengan aku dia tu berpengalaman. Dulu masa diploma duduk rumah sewa, takkanlah tak biasa salin baju depan orang? (maaf, kasar). Or, takkan tak biasa makan ramai-ramai kongsi air semua tu, macam yang aku cerita atas tadi?
Lepas tu aku buat diam je dengan dia. Bukan terasa ke apa, tapi aku rasa dia ni tak matang sangat so aku tak nak lah berbalah. Malam tu dia tanya aku, aku marah dia ke. Rupanya dia tak suka member member aku datang bilik, pinjam iron semua tu. Aku sungguhlah, terperanjat. Dahlah iron aku, dia boleh nak berkira. Bukannya member aku datang bilik ramai-ramai. Masuk just sorang je, then tak bising pun. Sebab aku pesan ngan diorang, kalau nak pinjam iron, datang bilik tapi jangan kecoh kecoh. Nanti roommate aku serabut.

Aku cuba memahami dia, tapi dia masih tak nak cuba faham life aku.
Dia marah kat aku sebab Wana selalu datang bilik “Bukannya ada emas pun dalam bilik kita ni, nak kena datang ramai-ramai!” wuhhhh terperanjat taik anjing aku bila kena marah. Sejak daripada kejadian tu, aku memang buat tak tahu sikit ngan dia. Aku study pakai earphones, kalau dia macam nak ajak borak, aku keluar buat-buat cakap kat talipon, antara maghrib isyak aku just diam baca quran ke apa ke, sebab time tu memang dia aim nak borak ngan aku.
Aku bukanlah tak nak borak dengan dia, tapi kalau dah borak tu asyik pasal diri dia je memang penat lah kan? Bila aku try share pendapat aku, mesti ditingkah. Dia cerita dia pernah kena tikam belakang ngan member baik dia sendiri, macam mana dia tak percaya kawan dia sanggup tikam belakang dia etc. Aku cakap lah “Standard lah tu, kawan tikam belakang. Move on jelah” dia nampak terkejut gila-gila.
Dia tanya aku “Nas pernah kena tikam belakang juga ke?”
Budak darjah satu pun pandai main kawan tipu tipu, kan?
Bila aku kata dah tak perlu lah ingat lagi kesalahan orang, dia kata “Nas maafkan and lupakan je ke apa yang orang buat pada Nas?” aku jawab “Habis tu, sampai bila taknak move on?” dia macam seolah-olah tak boleh brain jawapan aku. Dia berkeras ngan aku, dia perlu balas balik. Dia takkan pernah lupa. Aku dah sememangnya malas nak melayan dia, nampak la dia tak matang??

Dia kalau nak keluar bilik, or nak balik bilik, mesti whatsapp or mesej aku. Ya Allah aku bukan suami dia.
Setiap malam nak tidur, aku terpaksa tadah telinga dengar dia borak kat talipon dengan hubby dia. Bukan lah berdosa ke apa, baguslah dia selalu contact suami ni. Tapi boleh tak borak kat luar? Aku ni muda lagi, geli la dengar benda-benda yang diborakkan tu. Dengar jelas oh, yelah, aku duduk katil atas dia je. Aku kalau on the phone dengan mak sekali pun, aku akan keluar. Taknak dia serabut aku mengilai macam orang gila kat talipon dengan mak.
Dia selalu mengadu dia homesick. First time berjauhan ngan family. Selama ni dia study Terengganu je, family pun duduk Terengganu. Lepas tu dia macam marahkan aku, aku takkan faham perasaan dia sebab Uni kitorang kat Selangor, aku duduk KL je. 40 minit sampai rumah. Masa dia marah aku tak faham dia tu, aku rasa nak bom kepala dia. Aku asrama kat hujung Melaka nak masuk Johor nun, and kolej dekat Kedah nun sempadan Perlis dah. Apa yang aku tak faham?
Nilah maksud aku, dia selalu rasa dia lebih power and berpengalaman daripada aku. Hek eleh.
Aku roommates dengan dia tak lama, dalam 2 bulan lebih je. Tapi menghadap muka dia mmg malas lah kan, setiap hari pula tu. Sebabnya, dia sakit. Masa meeting dengan felo, kitorang semua duduk atas lantai dalam dewan tu. Dia pernah ada sejarah slip disk, so malam tu dia sakit teruk sampai kena hantar hospital. Then, husband dia ambil bawa balik rumah. Then, dapat tahu dia mengandung. So dia postpone sem.
Memang aku dah tak Nampak dia pun lepas tu. Sem2 pun dia tak ada, mengandung kan. So, akhirnya bilik tu jadi milik aku seorang. Hahaha!! Tak ada lah aku serabut lagi. Boleh study dengan tenang. Friends are welcome to stay. Tak ada gangguan yang asyik ajak aku borak je.

Pengajaran cerita aku, yes, kau kena bertolak ansur dengan orang lain. Jangan jadi macam aku yang selalu buat tak peduli. Tapi kau juga kena faham orang lain, jangan terlalu independent pada orang, sebab orang tu ada life dia sendiri juga. Hidup sebilik memang payah, sebab background masing-masing berbeza, tapi kena try adapt lah kan.
Ok, doakan aku, insyaAllah nak fly dah ni. And doakan bekas roommate aku tu, nak bersalin dah lah kot kalau dikira-kira. Tah, aku malas nak contact dia.
-Dinas

– Dinas

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit