Salah Ke Jadi Gadis Kampung?

Assalamualaikum wrbt. Selamat malam semua. Terima kasih admin approve kisah saya. Saya hanya menulis utk isi masa lapang.

Saya seorang gadis yg masih menuntut di sebuah IPTA di Shah Alam. Rasanya kalau saya nyatakan IPTA tersebut, pasti seluruh rakyat Malaysia mengetahuinya. Sebab apa? Sebab kalau students dari sini meninggal sebab excident ke, kene ragut ke, nama IPTA kami yg keluar surat khabar dulu.

Kalau masalah sosial? Hurm, lagilah berlambak. Saya pun naik seram. Harap sangat2 saya habis belajar cepat. Skrg pun tgh tunggu final project je sblom viva.

Sepanjang saya menuntut disini, saya pakai baju kurung pergi kelas. Kadang tu pakai la juga baju jubah. Tapi saya tak pernah pakai seluar.

Dijadikan cerita, semasa saya kuliah ibu telefon dari kampung. Katanya ada orang nak ‘tengok’ saya. Saya kata pada ibu, “Nantilah dulu. Belajar pun belum habis.” Tapi biasalah, ibu ibu ni kalau boleh lagi cepat lagi bagus.

Disebabkan itu, saya iyakan. Saya balik ke kampung pada hujung minggu dan malamnya keluarga lelaki tu datang ke rumah. Saya macam biasa, pakai baju kurung cotton bunga2 utk sambut diorg. Tapi lain pula penerimaannya.

“Kamu ke Aishah (bukan nama sebenar)?” soal ibu lelaki itu. Saya tengok muka ibu dia, nak kata sombong, tidak. Nak kata tak sombong, nampak la sombong sikit. Hihi.

Saya jawab “Ya, makcik.” Saya kasi sedikit senyuman utk makcik tu. Niatnya supaya dia pun balas senyuman saya. Malangnya tidak.

“Kolotnya! Belajar tinggi-tinggi, kalau kolot macam ni buat malu aku je nak amek jadi menantu.”

Saya terdiam. Tergamam saya dibuatnya. Ibu dan abah masing2 berpandangan dan turut berubah air muka.

“Ma, OK la ni. Tertutup, terjaga. Yg terdedah kat luar tu, taknak lah!” Balas anak lelakinya.

Sedikit lega saya dengar kata2 itu keluar dari seorang lelaki. Walaupun nampak lelaki ni macam buaya darat, tapi saya boleh rasa die ikhlas menegur perilaku ibunya.

Tapi apakan daya, ibunya pandang saya seolah2 saya ni jahat dan jahil sngat. Sampaikan saya tertanya, “Salah ke aku jadi org kampung?”

Belum pun sempat bincang apa2, makcik tu sekeluarga dah minta izin nak balik. Ada urusan lain katanya.

Esoknya saya pulang ke kampus. Kos di IPTA saya ni pelbagai. Tanpa sengaja saya “Ter” parking di tempat salah seorg pelajar yg berpengaruh di kampus ni hanya disebabkan saya terlewat sampai ke kampus dan saya ada presentation pagi tersebut. Parking je, saya terus jalan.

Selang 3 jam kelas, saya datang semula ke kereta dan alangkah terkejutnya saya, 4 tayar kereta Perodua Kelisa saya dicabutkan.

Kemudian datanglah tuan punya kawasan dgn kumpulan2 nya memarahi saya. Kalau marah berhemat takpelah juga, ini marah maki hamun bagai nak gila. Saya jd takut. Saya diamkan shja. Hinggalah tuan punya kawasan tu, anak dato pling berpengaruh dgn politik, dtg betul2 depan saya.

“Kau ni memang dari asasi tak geti nak salin baju ke?”

Masa ni saya terkejut. Dia kenal saya? Sejak asasi?

“Awak kenal saya?” soal saya.

“Tak kuasa aku nak kenal minah kampung macam kau. Aku kenal kau sebab kau manusia yg pengotor! Baju sama setiap sem. Tak geti nak tuka ke?”

Saya terdiam. Boleh je saya nak menjawab tp saya biarkan sahaja. Saya minta bantuan pelajar2 yg lalu lalang utk pasang semula tayar saya dan alhamudulillah saya dibantu.

Sampailah sekarang, tmpt saya praktikal pun pandang saya mcm tak puas hati. Katanya saya kampung sangat. Boleh merosakkan syarikat. Kadang tu saya sedih sangat. Salah ke saya kekalkan kampungan saya?

Hakikatnya saya ni seorang yg memang tak pandai nak berfesyen. So nak ubah macam mana lagi?

Saya cuma tak paham dgn kehendak manusia skrg yg acah2 urban tapi pemikiran tersangatlah sempit.

Maaf andai ada yg terasa. Maaf. Assalammualaikum

– Gadis Kampung

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit