Saya Pelajar IPG

Hai dan assalamualaikum. Saya merupakan bekas pelajar IPG. Saya baru saja habiskan semester 8 saya pada 17 November hari tu. Pada siapa2 yang tak tahu, IPG tu maknanye Institut Pendidikan Guru. Saya sedar ramai yg tak tahu kewujudan ipg ni. Saya nak cerita sedikit tentang apa yg pernah jadi kat saya.

Kes ni terjadi lebih kurang 2 bulan yang lepas. Satu hari, saya rasa badan saya panas jadi saya pergi ke klinik utk ambil MC sbg bukti kenapa saya tak dapat hadir ke kelas. Masa doktor nak kasi saya mc, dia tanya saya belajar mana. Saya bagi tahu saya belajar di IPG. Dia tanya balik “ipg tu apa? tak pernah dengar pun” Saya bgtahu serba sedikit tentang IPG. Lepas tuh, doktor tu tanya lg “diploma ke degree” saya bgtahu IPG tak de diploma. Zaman kami foundation 3 sem (sekarang junior dah 2 sem je) dan degree 8 sem. Total semua kami belajar 5tahun setengah (junior 5 tahun sahaja). Doktor tu balas “degree? Wah senang2 je orang sekarang dapat degree.” Saya mcm terkedu. Apa maksud doktor ni. Tapi saya diam kan. Saya pun tengah pening masa tuh.

Lepas tuh, doktor tu nak tulis atas kertas MC, dia tanya nak cuti berapa hari? Saya jawab sehari je dah cukup. Lepas tu, dia reply “saya kasi 2 hari la. Kolej2 mcm tempat awak belajar ni bukan kisah pun kehadiran pelajar. X dapat mc pun takpe. Lain la kalau awak belajar kat ipta” doktor tu sambung tanya lagi. “Awak belajar course apa?” Saya jawab saya pelajar TESL. Dan jawapan doktor kali ni memang saya rasa macam nak angkat kaki lari dari situ cepat2. “Tesl? Keluaran IPG ni nanti boleh ke fluent in english. Kita nak graduan tesl yg berkualiti. Bukan setakat kuantiti je banyak” dan dia sambung lagi dalam nada yg lagi perlahan “haihh senang2 je sekarang dapat degree. Dalam tesl pulak tu. Kesian budak ipta” saya memang terkedu tak tahu nak balas apa. Saya terus cakap terima kasih dan saya keluar dari situ cepat2.

Kes kedua saya baru je terjadi. Saya nak mintak kerja part time sementara tunggu dipostingkan. Alhamdulillah saya dapat kerja tu tapi apa yg saya nak cerita salah seorang pekerja di sana cakap mcm ni bila saya cerita saya tengah tunggu interview SPP dan posting “best la dapat scholarship. Tunggu je kena panggil posting. Tak payah struggle cari kerja”

1. Saya nak clarify. IPG bukan nya kolej (saya tahu kalau cakap belajar di kolej, ramai yg akan pandang rendah). Dulu IPG ni dikenali sbg maktab perguruan. Kalau la korang nak tahu, IPG ni tempat nak melatih pelatih2 guru utk sekolah rendah yg dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (nak tahu lagi lanjut bole buka website moe.gov.my)

2. Sepanjang tempoh kami belajar, banyak module2 keguruan yg melayakkan kami utk menjadi guru. Dalam tempoh degree, kami kena mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) sebanyak 6 kali. Antara contoh aktiviti kami; perkhemahan jati diri, aktiviti pendidikan bersama anak2 yatim, gotong royong di kawasan kampung atau rumah kebajikan, lawatan ke sekolah (benchmarking) dan mcm2 lagi. Kami juga ada subjek kokurikulum setiap sem. Belajar mcm mane nak uruskan koko di sekolah (sukan dan permainan, olahraga, unit beruniform dan kelab dan persatuan). Lepastuh PBS. Sem 1 sampai sem 4, kami kena duduk di sekolah selama seminggu (ada tugasan yg diberi) dan kami juga ada praktikum (6bulan) dan internship (1bulan). Jadi, dgn sume module2 ni, dapat melayakkan kami utk jadi cikgu nnt.

3. Tentang mentaliti doktor tu tadi. Apa salahnya kalau saya pelajar kolej sekali pun? Perlu ke nak banding2 kan dengan pelajar Ipta. Kenapa? Pelajar2 ipta je ke yg pndai2? Pelajar ipta je ke yg berkualiti?

Saya sangat terkesan dgn apa yg jdi pada saya sebab datang dari seorang doktor. IPG ada kualiti nya tersendiri yg melayakkan kami sbg pelatih2 guru ni untuk jadi guru yg sebenar nanti. Bukan nya kami datang di sekolah nanti dgn zero knowledge tentang pedagogi, methodolgy, soft skills sebagai seorang guru nanti. Kami dah diberi latihan yg secukupnya. Saya harap ramai yg x pndang rendah pada graduan ipg nanti. Sekian terima kasih.

– Bakal Guru

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit