Sengal Ubi Kayu

Assalamulaikum aku harap confession aku di siarkan la. Sengal Ubi. Ya itu aku. Perangai gila gila khinzir. Di gelar pelik. Kalau korang tengok cite korea Ooh My Girl perangai pompuan tu mcm aku la. Perangai tah ape ape gila gila. Ekspresi muka over gila kalau happy sedih ke sakit ke.Tapi muka aku takde la mcm dia. Aku ni muka jawa je. Bak kata laki aku muka veteran ala ala gadis 80an. Oldschool.Cehh. Sentap aku. Whateva laa

Okay berbalik kisah kesengalan aku nie. Aku bukan nk mgaib kan diri aku tapi saja nk share kot adee ke orang species mcm aku nie. Aku nie di lahirkan normal okay. Ade kepala hidung mulut sume la. Tapi tang perangai tu umur dah 25 tapi perangai hurmmm. Perangai personaliti aku nie mcm pelbagai pelik. Orang dok ckp pasal introvert outrovet ambivert amphibian la bagai tapi aku lain beb. Aku takde masalah kecelaruan identiti tu. Tapi bila muhasabah diri sendiri teringat kesengalan diri sendiri perangai tah ape ape.

Aku cita zaman kanak kanak aku la dulu. Perangai boboiboy acah acah tomboy konon la. Rambut pacak pacak beb. Pergi kedai cakap acik potong rambut sy sependek mungkin. Acik tu perli “adik ko kalau nak pendek sangat ko pegi kedai gunting rambut lelaki ko suruh dia sodok pakai mesin gunting rambut tu. Aku hanya berhuhuu”. Malu iii.Feveret port aku pokok. Pokok tu macam rumah kedua sampai nak kena perambat dengan abg aku. Kalau main nyorok nyorok mesti orang susah jumpe aku sbb aku nyorok atas pokok. Aku perati kan je tukang carik tu sampai la dia mnyerah kalah.Main getah champion. Sungai longkang tu tempat mainan aku. Yang peliknya tu adik beradik aku yg lain semua baik tak terejal mcm aku. Senang cite aku paling ganas dan brutal la dlm family. Banyak kali dah jatuh pokok tapi degil still panjat lagi. Yang tak boleh bla pegi panjat pokok kelapa sebab tengok buah kelapa tu macam sedap je. Stail feveret baju kurung dengan seluar trak. Seluar trak feveret sampai skrg kalau pakai kain ke jubah mesti pakai seluar track jugak kat dalam. Kadang kadang kain singkat terkeluar seluar trak kt bawah. Kain sekolah kat jahitan bawah mesti tetas koyak sebab jalan langkah sebesar besar alam. Memang sengal bile teringat balik. Sakai sungguh. Kalau iron baju kurung iron lengan bahagian bawah baju dengan bahagia bawah kain. Sebab tak nmpk kedut pon yg bahagia atas baju sbb pakai tudung hehee. Aku akan sedaya upaya amik jalan mudah. Maklum la pemalas.

Aku time sekolah menengah dulu pengakap tapi sangat la malas nak pakai uniform penuh sebab malas nak iron baju. Kami tak di benarkan pakai Tshirt pengakap teacher aku garang beb. Tak memasal betis aku kena rotan naty. So aku pakai tshirt putih tudung putih lepastu menyelit dalam barisan PBSM. PBSM pakai Tshirt putih so takde la kantoi. Aku selalu bangon lambat pegi sekolah. Lambat kena beratur kena rotan aku buat muke tembok tak malu. Pernah sekali pakai stokin pendek kena rampas kasut aku. Seharian tak pakai kasut balik baru guru disiplin kasik. Mesti korang ingat aku budak kelas belakang yg otai otai suke buat perangai kan. Tak weh. Aku antara best student maaf bukan nak riak poyo tapi betul. Aku PMR 8A. Tapi peraturan sekolah selamba mak nenek langgar. Muka tak malu betul aku hahaa. Tapi biasanya aku kena denda nie sorang sorang. Kawan aku pon takde la perangai sengal ubi mcm aku nie. Dalam geng aku, aku sorang jee mcm nie. Walaupon aku best student tapi aku bukan anak murid feveret mana-mana cikgu pon sbb aku ni pemalas nak tanye cikgu itu ini. Nak merapatkan diri dengan cikgu itu bukan aku. Aku buat hal aku. Buat bodoh aku. Kadang aku dpt result gempak pon kdg aku rasa rezeki aku sebab aku nie pemalas orgnya. Kerja sekolah asyik meniru jee. Tapi ujian ke exam aku tak meniru pon hokayy. SPM aku dpt 6A 2B 1C. Yang C tu sbb aku malas nak fikir addmath. Math moden dapat A. English memang B la sbb aku bab grammar smpai skrg fail. Fizik memang idok la nye nak faham tak minat betul aku. Aku minat subjek sejarah je hohoo.

Sekarang bab family. Kalau kat rumah aku kalau nyanyi sesuka hati mcm kat karoke. Dengan lirik tunggang terbalik piching kelaut mak aku pasrah je. Asal masak nyanyi. Kadang pasang lagu sambil menari sementara tunggu bahan tumisan tu masak. Aku biasa masak tapi takde la pro sgat boleh la. Lepastu aku kalau masak sangat la tak senonoh asyik masuk mata je cili api kalau aku tumbuk kuang ajak. Makanya aku pon menjerit arghhh arghhh lari pi bilik air benam kepala dalam besen air. Pedih bak hang. Lepas tu aku pernah pecah kan lesung mak aku lebih dari sekali aku rasa. Sebaik mak aku tak marah hahaa. Laki aku kadang tegur katanya kalau aku menumbuk gune lesung batu bising gile tapi aku selalu abaikan komen dia buat donno je. Aku cukup takot kalau masak ade letok letop nie. Buat nye meletup minyak tu kena muka aku tak dapat aku bayangkan ngerii. Aku sediakan perisai tudung salji. Takde sape perasan aku perangai camtu sampai la satu hari aku. Laki aku masuk dapur dia tengok aku pegang tudung saji ala ala captain amerika. Laki aku tengok ikan bilis dalam kuali letup letup pastu dia tau la aku buat ape dengan tudung saji tu. Lepastu dia gelak gelakan aku. Baru beberapa hari lepas kaki aku terkena minyak panas setitik. Adeh. Mang la setitik je tapi sakit gak bro.

Rumah aku nie rumah kampung so memanjang la kebelakang jarak dalam 10 meter aku nie gemar la berlari kalau nak ke dapur dalam lebih kurang 10 meter jarak. Padahal tak perlu pon benda tu tapi aku suke lari sbb aku rasa jalan mcm lambat sangat nk smpai. Lagi satu aku suka lari naik rumah. Rumah aku atas bukit sikit tapi aku suke lari sbb rase lambat je sampai kalau jalan kaki. Dan kalau dengan anak buah aku sampai skrg aku suke lumbe siapa cpt smpai. Lumba lari gitu. Aku dah 25 tahun kot. Anak buah aku 7 dgan 4 tahun. Sengal ubi. Anak anak buah aku semua suka sangat kat aku sebab aku selalu join main dgan diaorang. Main bola la teka teki mekap mekap la mewarna la main game la. Setiap kali jumpe mesti anak buah aku ajk aku main kira aku nie mcm kawan kawan dia. Dia akan tunjuk baju baru dia mainan baru dia buku dia la semua. Lepas tu dok melekat dengan aku 24 jam makan mandi tido semua nak dgan aku. Pernah aku jaga diaorang kiteorg kebosanan aku bukak channel lagu korea pastu menari terkinja kinja sampai kepenatan. Lepas tu gelak gelak dengan rambut kembang mcm penyanyik rock kapak. Gila aku nie. Pengaruh tak baik betul. Sengal. Kadang aku berlagak macam artis depan cermin sambil puji diri sendiri. Anak buah kau cakap aku gedik hahaha. Sabo je la. Lepas tu dia pon join sambil bajet lawa dengan gincu merah mengalahkan aku. Anak buah aku selalu lepak dalam bilik aku masa aku baru kawin mak aku siap pesan jangan sesuka hati masuk bilik aku kalau laki aku ade huhu. Anak buah aku siap pesan dengan aku jangan jadik macam dalam tv gaduh gaduh sorang tido atas katil sorang tido atas lantai. Amboii kemain nasihatkan aku. Banyak tengok drama budak ni. Dulu aku PJJ dengan laki aku kalau aku bergayut dengan laki aku fon aku mestila kat telinga aku. Anak buah aku punye telinga pon same dok melekat belakang tipon aku. Sibuk nak dengar aku borak. Pastu dok bahan aku bersayang sayang cehh. Aku nie ade belajar silat dgan boxing so kadang kadang aku terkinja kinja sensorang berlatih kicking punching bagai. Anak buah aku pon ikot jugak. Kata dia nak jadik macam aku. Bangga gilaa aku. Ade gak contoh teladan baik aku untuk anak buah aku. Takde la asyik benda tah apa ape aku ajar. Selalu jadik mangsa adik aku la. Badan dia besar mcm sador la. Tapi sado gemok. Bila dia nak ke dapur kebetulan aku nak kedapur aku pracktis kicking kat belakang badan dia. Kadang kadang aku practis punching kat lengan dia. Aku just touch kicking and punching takde la terasa sakit. Dia redha jew buat muka whateva…whatever. Dalam hati aku rasa mesti dia kutuk aku sengal punya kakak tak senonoh. Dah kawin aku saja nk praktise kat laki aku. Sekali dia tgkap kaki aku lock kaki aku. Lepas tu ajak aku acah acah sparing dia pon ade martial art. Aku pon surrender malas la laki nie badan keras gurau dia kasar.

Bab bergaya pulok. Jersi dan seluar track paling feveret. Banyak collection seluar track aku keluaran gedung pakaian Hari Hari. Takde la banyak dua jee lain kedai amoii huhu. Laki aku pon gitu suka pakai seluar track. Kadang kiteorang pegi makan pegi kedai pakai seluar track je. Tapi aku selalu tanye dia pakai seluar track ke seluar jean sebelum kiteorg keluar. Kalau dia pakai seluar jean dgan tshirt jalan aku mana boleh kalah. Aku keluar la kan blouse kemeja dengan shawl keknis aku. Sebrutal-brutal aku pon pandai gak bergaya ala neelopa taw. Tapi tu la hurmm. Kadang ayu dah ayu pakai high heel terpeleot pulakkk. Depan laki aku pulak tu. Dan kebetulan depan anak kawan mak dia yg minat kat dia. Hurmm. Malas la nak ingat balik detik tu. Aku dengan laki aku sekepala dah mcm kawan kawan. Bahan membahan tu memang kami. Ketawa aku masih sama time masa bujang ketawa mcm harem. Perangai aku sebelum kawin dgan lepas kawin tak bnyk berubah. Tapi dh kawin rajin sikit la. Terpakse rajin. Laki aku kata walaupon aku pelik tapi dia seronok hidup dengan aku terharu aku. Harap berkekelan hingga ke jannah.Doakan aku kawan. Aku masih lagi terkinja kinja main dengan ank buah aku. Sampai kan ank buah aku cakap “makcik ni dah kawin pon tak berubah” sambil senyum sinis. Kuang ajo baru 7 tahun kot.huhu. Tapi walaupon aku perangai gila gila aku tahu taw bila nak jadik matang bila nak seriusnya. Kawan kawan pon selesa dengan aku dan faham aku.Ade la masanya aku jadik baik skema tak nakal terutama depan mak mentua la. Baik taw tak terkinja kinja.

Alamak mcm dh terlalu panjang la plak. Ok la sis and bro gua bla dulu. Yang mane mcm kenal aku buat buat tak kenal la okay. Sekian.
-Sis Systema

– -Sis Systema

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit