Setiap Kerja Ada Cabarannya

Tq admin kalo approve confession saya. Saya straight to the point je. Saya seorang guru di sekolah rendah. Saya nak cakap sikit pasal attitude sesetengah cikgu yg saya perasan.

Maaf kalo saya agak kasar sikit. Tapi saya rasa sesetengah cikgu (baca: bukan semua cikgu) ni kuat sentap dan sensitif. Cepat sgt nak melenting kalau ade yg pertikaikan kerja sbg cikgu.

Saya bercakap sebagai seorang cikgu jugak. Saya tahu bukan senang nak jadi cikgu. Kena mengajar, uruskan anak2 murid di sekolah dgn pelbagai perangai dan peel, tambah lagi kerja2 sampingan yg kena buat masa cuti sekolah. Belum cerita kalau jd ketua panitia atau ketua pusat sumber.

Saya admit itu semua bebanan cikgu sekarang. Tapi, sedar tak? Bukan cikgu je ada masalah kerja. Yg kerja lain2 pun ada bebanan sendiri. Cuma dorang tak share je kat facebook. Saya perasan cikgu2 je suka mengeluh pasal kerja kat fb (baca: bukan semua cikgu).

Saya tahu ramai yg sentap bila ramai org yg bukan cikgu pertikaikan dan cakap yg kerja cikgu ni senang. Sebab tu ramai naik angin. Tapi apa saya boleh kata. Kita buat cool je. Tak perlu kita buang masa tulis karangan panjang2 di status fb kita semata mata nak cerita tentang beban cikgu.

Percayalah cakap saya. Dalam ramai2 yg baca, tak ramai yg akan support. Ramai yg akan mengata lagi ada lah. Jadi, saya nak mintak semua rakan2 guru saya. Kita ubah mindset kita. Tak perlu kita cepat melatah atau nak sentap lebih bila ada yg pertikaikan. Kita buat cool je. Teruskan shj kerja kita.

Kita kerja apa pun semua ada beban. Bukan cikgu shj. Tapi apa2 jua kerja di atas muka bumi ni ada beban dan cabaran masing2. Beza profession berbeza la skop kerja. Berbeza la cabaran2 nya.

Lagi satu saya perasan. Cikgu2 sekarang suka salahkan sistem. Apa2 pun semua salah sistem. Baru2 ni group fb dan whatsapp ada cikgu2 share pasal soalan murid darjah 1 dalam buku teks terlalu KBAT. Soalan pasal isi tersurat dan tersirat. Jadi ramai la yg mengeluh (baca: bukan semua cikgu) cakap sistem sekarang pelik. Menyusahkan guru2.

Baca ni. Saya lepasan ipg. Saya masih ingat apa yg saya belajar. Masa di ipg kami belajar tentang adaptation of materials. Saya mintak maaf kalau saya salah translate dlm BM tapi maksudnya macam mana nak menyesuaikan bahan kita mengikut level budak. Dalam buku teks sediakan mcm tu tak semestinya kita kena ikut sebijik2 mcm dalam buku teks.

Buku teks tu sebagai guidance je. Tapi kita kena la sesuaikan isi dalam buku teks tu ikut level budak kita. Kalau rasa budak kita tak boleh jawab soalan bina ayat, kita tukar jadi true and false questions ke, matching questions ke (soalan padankan. Ala yg kolum A padan dan gariskan kat kolum B). Pendek cerita, cikgu la kena sesuaikan bahan mengajar yg kita dapat kepada level budak. Kita tahu kan level budak kita mcm mana. Jangan tahu nak komplen je.

Saya mintak maaf kalau saya kasar. Tapi itu yg saya yg dapat lihat. Ramai cikgu (baca: bukan semua cikgu) suka mengeluh sebelum mencuba. Mana la orang tak pertikaikan kredibiliti cikgu. Bila orang pertikaikan, kita marah.

Saya guna medium ni sebab kalau saya tak buat anon, mesti saya kena hentam teruk. Maklumlah friends saya di fb ramai cikgu haha.

In conclusion, sebenarnya mind set kita. Kalau kita asyik fikir susah, susah la. Kalau fikir senang, senang la. Jujur. Saya cikgu dan saya enjoy kerja saya. Saya suka pergi sekolah dan mengajar. Penat memang penat. Tapi dah namanya kerja. Mestilah penat. Kan?

Tak kisah kita kerja apa sekalipun. Semua ada beban dan cabaran masing2. Jadi tak perlu la kita pertikaikan kerja orang lain. Just do our own works and improve our own quality. Tak payah bash sape2 punye kerja sekali pun. Respect is a basic of mutual understanding. Tq for your time.

– Saya Pun Cikgu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit