Si Cantik Yang Masih Bongkak

Assalamualaikum wbrt.

Semalam aku confess sini tajuk ‘Si Cantik Yang Bongkak’. Tapi aku tak letak tajuk ‘Si Cantik Yang Bongkak II’ sbb ada akak tu comment kalau byk comment negative mesti nnti akan ada part II which then another akak comment patut letak tajuk ‘Si Cantik Yang Bongak’ as an act of feeling disgusted with my confession (flying kiss to both of you! promise won’t forget your names and ‘cute’ faces lol). Kalau macam tu bersyukur la korang tak batak atau bongak mcm aku kan. Aku sengaja letak tajuk tu. Completely aware of the consequences. Dan seluruh isi dia mmg angkuh pun kan. Sepanjang-panjang karangan aku, dua tiga kerat ayat pasal cantik tu je yang korang paling nampak. Disebabkan menyampah dgn perenggan tu, korang judge aku dr atas sampai bawah. Manusia. Orang bila dah tak suka, sekecil-kecil benda seperti bahasa aku guna, atau cara aku eja short form pun buat jadi isu. Heh.

Phew ramai gilaa bash aku kata aku puji diri sendiri, kata umur aku terlalu muda dah gatal fikir pasal kahwin, kata confession aku batak, dan macam2 lagi. Hmm kalau nak promote diri better tak anonymouskan nama. Baik aku tulis panjang2 guna fb account aku terus. Famous sikit ye dak. Aku tahu salah aku sebab tak mentioned kat situ aku akn habis belajar masa umur 24/25 tapi mentioned umur aku skrg dan tak mentioned kat tempat aku study boleh kira dgn jari berapa kerat lelaki melayu kat sini. Mat salleh? Untungla kalau diorang pandang perempuan pakai hijab macam aku. Silap2 diorang ingat aku ni try nak recruit dorang masuk ISIS.

Aku ada ckp kat mula2 confession aku tak gedik nak kahwin awal. Akulah manusia yg paling lantang defend pemikiran “jangan kahwin awal bila keluarga perlukan kita lebih dari dia perlukan kita” dlm kalangan kwn2 aku. Tp bila fikir aku habis study umur 24/25, dan dgn perangai baran dan sombong aku, boleh guess tak kerisauan aku kalau perangai aku masih mcm ni lepas habis belajar? Masa kerja?

Pasal balas jasa mak ayah yang tu tak perlu sentuh. Aku takkan susah payah sumbat Thermodynamics ni dlm kepala kalau aku ada plan nak mereput belakang dapur lepas kahwin. That was out of question.

Karangan angkuh yg korang baca tu adalah aku di alam realiti. Mcm mana korang boleh bayang nada aku bercakap dlm confession tu, macam tu la cara aku bercakap di alam realiti. Cumanya tidaklah aku bragging semua kelebihan diri aku seperti aku tulis dlm confession tu. Nama pun confession, I can brag because no one will know me. People can say terrible things eventhough they don’t know me. But out of all the nasty comments, ada 2,3 comments yang berjaya cairkan iceberg dlm hati aku.

Ada satu comment ni lama gila aku tenung. Perasaan aku bila baca nasihat akak tu sama mcm tangan aku yg rasa beku di musim sejuk kemudian letak depan heater. Rasa hilang sebahagian numbness (kalau nk tahu mcm mana perasaannya boleh letak tangan dlm freezer dlm 4 minit pastu pegang cawan berisi air panas) Kepada akak Wan Zuraida Wan Ismail, terima kasih byk2. Itulah antara jawapan yg saya cari. Sy tahu sy kedengaran angkuh, sy berlaku angkuh sbb tu sy confess sesuai dgn tajuk. Terima kasih sebab ambil keputusan utk nasihat rather than picking out on me of my arrogance. Itulah fungsinya anonymous confession, bila org2 terdekat tidak lagi mampu runtuhkan ego kita, mungkin ada org lain di luar sana yang mampu. Dan juga saudara Muhammad Hariz, you talked about humbleness, which exactly what I’m lacking. Thank you. Dan saudara Aizat Hafizzul Faiz, thank you for defending me in most of your comments. Dan semua yg bagi nasihat pasal kawal kemarahan aku, yang tinggal zikir dan sebagainya, mohonlah letak lagi banyak, terima kasih. Aku mampu baca the first seratus comments je, yang lain2 aku skip walaupun byk je yg bagi nasihat sbb aku dh lewat nk pergi lecture.

Aku dah bertahun cuba lawan ‘syaitan’ yg satu tu. Dulu amarah aku sgt, sgt teruk sbb keluarga aku sgt susah dulu. Aku pun xtau apa yg aku marahkan sgt, marahkan kehidupan atau marahkan diri sendiri sebenarnya. Aku marah tgk mak ayah aku terpaksa bersusah payah, aku marah sbb aku terpaksa belajar teruk2 bila kawan2 aku relax je tak study sbb mak ayah org berada. Bukan mcm aku, perah otak semampunya semata-mata untuk biasiswa. Aku marah bila barang2 dlm rumah rosak, dah la keluarga susah, bila barang rosak bertambah-tambah susah. Aku marah bila mak ayah aku terpaksa keluar cari rezeki bawah hujan lebat kilat sabung menyabung hanya utk pastikan kami beradik terus hidup. Bila umur meningkat dewasa kesedaran timbul bahawa amarah tu byk lukakan hati org2 sekeliling, aku sampai jarang gelak sebab selalu sgt marah. Pernah satu ketika aku rasa muka aku cramp sbb dah lama tak senyum. Bila habis alam sekolah dan mula keluar ke dunia luar, aku nampak ada beratus juta lagi org lain yang lagi susah. Aku yg tak bersyukur sebenarnya. Aku yang tak redha. Walaupun aku tgh cuba slow2, still, aku susah nak tumpaskan ‘syaitan’ nan satu ni. Doakan aku. Aku ada plan nak buat volunteering dekat Jordan, bukan sekadar nak bantu refugees tapi jugak nak tumpaskan segala anasir jahat yg bersarang dlm hati sejak sekian lama dan ganti dgn perasaan insaf.

Masa sekolah rendah aku tak macam ni. Sbb masa tu aku tak faham apa yg keluarga aku lalui. Bila aku makin besar, aku pernah tgk mak aku menangis kecil hati dgn mulut2 longkang saudara mara, bila orang tak bayar upah mak aku jual kuih. Dahlah tak bayar, dicerca dihina pula. Aku nampak semua tu dan aku akan ingat sampai mati. Benda2 macam tu lah yang bentuk perangai aku, dari sedih jadi benci, dari benci jd dendam. Bila kita lemah org pijak2 kita macam sampah, sebab tu aku kena kuat.

Sekarang korang boleh nampak kan kesan kata-kata pada peribadi seseorang? Sebagaimana aku dah develop judgements yg kurang baik terhadap comments yg mengata aku, aku juga dah develop perasaan yang dalam dunia ni manusia hati busuk ramai, tapi yg berhati mulia juga ramai bila baca nasihat2 mcm akak tu tadi.

Kemuncaknya bila ayah aku meninggal beberapa tahun lepas. Aku totally break down. Because one of my strongest reasons to fight has gone. Aku marah lagi. Aku tak study, menangis je kerja. Tulisan dlm buku Further Maths aku kembang dgn air mata. Kan hidup kitorang dah cukup susah, knp Tuhan susahkan lagi? Aku hampir2 gagal exam kelayakan ke UK. Mulut2 durjana saudara mara makin rancak. Sibuk berebut harta ayah aku yg tak berapa sen pun. Nenek, datuk, pakcik, makcik semua sama. Nak offer dekat mak aku untuk sara anak2? Jauh sekali. Sekali lagi sedih jadi benci, benci jadi dendam. Aku bangun lagi kuat, belajar lagi kuat, lagi susah to be approached dari dulu. Almost semua makcik2 kata aku sombong sbb aku balik rumah pun tak pernah datang bertandang ke rumah diorang. Sorry women, I just couldn’t forget the sins you have committed upon my family. Too hurtful. I might forgive, but I won’t forget. Untuk lelaki malang yg ditakdirkan jadi jodoh aku, aku ada keluarga besar, tapi kurang yg sayang aku. For sure diorang takkan sayang kau jugak. Kesian kau dpt aku.

Sekarang hidup keluarga aku makin better. Alhamdulillah ada yg sudi ambil tempat ayah aku jaga mak aku. Walaupun aku tidaklah gembira dgn kehadiran org baru, tapi sekurangnya aku tahu, manusia2 durjana tu akan berhenti mengata, at least for a while. Dan setidaknya aku tahu ada seseorang mak aku boleh harapkan bila mana aku berada beribu batu jauhnya dari rumah. Tapi aku masih mcm ni, aku tahu perangai aku teruk, aku cukup2 aware perangai aku teruk, aku nak berubah (which made me wrote the confession) tapi setiap kali ada something wrong happened, the rage keep coming. And I continue hurting people around me. It made me regret greatly, but I still do it.

And lastly, here I am, embracing the coldness of winter night ranting about my life in the confession, where there would be many more nasty comments which would not scratch my heart even a little. Say anything you want, be it condemning my rojak languages despite studying overseas, be it my arrogance which did not falter a bit since the last confession or everything about me. Struggle aku, kau tak rasa, kau takkan faham. Judgelah semahunya. There will be no part 3, I spent too much time on this already.

To the guy I’m seeking for, may we meet when I’m better than this, if death doesn’t find me before that. You’re surely the one if you can make me surrender.

Terima kasih sudi baca. Assalamualaikum.

– Aku yang masih dianggap sombong

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit