Sister Sado

Waalaikumsalam sister sado yang ku kenali dan hormati.. aku tak ponah confess nih, nervous gila taip dan jari-jemariku ku sedang berada dlm kesejukan.

Aku cuba untuk bersikap serius sewaktu menaip supaya tak terkeluar banyak word ‘haha’ yang dah sebati dalam otak bila wasap ke komen fb ke mst ada ‘haha’. Yela nnt korang yang baca ni rasa annoying plak. hihi

Untuk sister sado itu, nervous juga aku baca confession kau haha dan sekarang aku terpanggil untuk confess yang best pasal diri kau pula sehingga membuatkan aku bangga lah dengan kewujudan kau sebagai hamba Allah di muka bumi yang fana ini.

Owh sebelum aku terlupa, dan sesetengah pembaca yang negatif dengan confession sister sado pon terlupa, eloklah skip post ni. Aku boleh terima dengan ayat motivasi ni tentang ‘tak semua orang boleh terima pasal kita’. Oleh itu, kurangkan atau elakkan menaip benda-benda yang tidak bermanfaat, boleh kecik hati tau bila baca haha. Komen yang paling aku suka baca ialah komen daripada Thye kam beng (kalau tak silap la ejaan macam tu) sebab semua komen daripada dia adalah profesional.

Yang terbaik pasalnya, dia ni senang orang mintak tolong, suruh laa buat bende remeh-temeh pon dia akan tolong. Nak cakap lurus, tak juga sebab muka dia gangster langsung tidak menggambarkan ciri-ciri orang yg innocence hehe. Dalam baik dia tu, kalau keadilan mengenainya tidak terletak pada tempatnya, dia akan berubah menjadi ganas. Oleh itu, kwn-kwn yang lain tak berani nak memperdayanya. heh heh heh.

Owh selain itu, dia juga seorang yang pasif tapi pandai. walaupon kepandaiannya itu tidak menonjol, ia hanya disedari oleh orang yang mendekatinya. Markah subjek Biostatstik dia 100% utk mid term koooottt, itu pon tak cerita dengan aku. Aku ternampak dan tanya hadiah yang dia dapat daripada lecturer tu baru dia nak memulakan cerita. Ciisss.

Kami masih lagi pelajar, jadi ekonomi tu sentiasa merudum. Belajar di ipts pula, memerlukan duit yang banyak untuk itu untuk ini. Aku pulak dapat pinjaman ptptn untuk 5 sem je, makanya lagi 1 sem kena bayar sendiri. Huuii, beribu-ribu mana nak cekau ? haha. Sepanjang nak bayar hutang tu sister sado dengan aku gigih laaa buat part time sebab nanti tak dapat ambik final exam. Sampai keadaan mendesak, aku terpaksa menggadaikan juga gelang arwah mak aku demi untuk kami berjaya dalam pelajaran dan demi sesuap nasi serta 2 suap kepsi hehe.

Sister sado tu sejenis tak mahu menyusahkan keluarga, bila keluarganya contact dia tanya ada duit ke tak, dia cakap ada. Padahal nak beli biskut kering pon tak lepas haha. Kalau aku la kan orang tanya ada duit ke tak, lajuuu je aku nak jawab takde. Masalahnya sekarang, takde sape pon tanya hahaha. Ok fineee.

Hurmm, untuk yg paling terbaik pasal sister sado tu sepanjang aku kenal dia, dia anak yg baik ! dia takde mak, aku pon takde mak abah. Senang ckp, aku adalah sebatang kara yg sedang mereput haha. Aku sering ikut dia balik kampung sebab dia ajak kan, lagipon aku tak sanggup nak tinggal sorang kat rumah sewa nih haha dari situ aku belajar dengan dia macam mana nak jaga dan uruskan orang tua.

Ayah dia dah tua uzur dan sakit yang menyebabkan pergerakannya terhad. Aku kagum dengan kegigihan dia sewaktu menjaga ayahnya dengan penuh kasih sebagai anak. Dia bukanlah seorang yang hebat di dapur tetapi dia belajar memasak untuk pelbagai jenis resepi dari internet je. Aku tengok ayah dia menikmati masakannya dengan gembira sambil tu aku juga enjoy dan goyang kepala tanda gembira bersama.

Bila jambang ayahnya dah panjang sikit, dia trim bagi licin. Aku dah pesan jgn licin sangat nanti luka tetapi dia masih keterlaluan sbb terlupa dan ayah dia ok je tak komplen apa-apa, aku pon berhenti berpesan akan hal tersebut.

Oh ya, untuk makluman, sister sado ni bila di rumah sewa dia melayaniku sebagai teman yang sungguh sejati, sembang-sembang buang masa, tetapi apabila dia berada di kampung, aku seperti orang asing, nak sembang-sembang memang tak sempat haha sebab dia terlalu sibuk dengan kebajikan keatas ayahnya. Ahh, dia memang anak yang baik.

Dia sering memotong kuku kaki dan tangan ayahnya diakhiri dengan mengikis kuku yang tajam selepas dipotong itu dengan penuh kasih, lagi sekali aku lihat ayahnya enjoy. Hurmm, aku dulu, mak abah panggil potong kuku baru aku potong. Aku jadi cemburu, aku nak juga jaga orang tua aku dengan sebaik mungkin dan lebih dari itu, tetapi mereka dah tiada, hanya suara hati aku meronta-ronta dan aku biarkan saja, bila dilayan pasti bisikan2 syaiton akan hadir sehingga boleh menjadikan aku tidak redha dengan takdir pemergian mereka dan kufur nikmat. Astaghfirullahalazim.

Walaupon mak abah aku takde tapi aku dah aim orang tua mana yang akan aku jaga nanti haha, nenek dan tokwan aku lah. Mereka masih boleh bergerak dengan aktif lagi. Alhamdulillah. Nenek aku dulu sakit dan terbaring je, bila dapat berita mak abah aku meninggal dalam 1 masa, terus nenek aku sihat sebab terkejut agaknya. Lagi 1, nenek aku tu seorang pemalu, minta selfie pon dia malu2 haha dan sekarang dia minta kat aku radio digital al Quran masa balik kampung baru-baru ni, aku tak kojo lg, nanti pasti aku tunaikan juga permintaanmu wahai nenekku yg dikasihi.

Ok, sampai disini sahaja dahulu, ucapan yang dapat aku berikan kepada sister sado adalah semoga redha Allah sentiasa bersama denganmu dan keluarga. Sekian, terima kasih.

– combi sado

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit