Solusi Kepada Masalah Housemate

Assalamualaikum , thanks admin kalau confession aku diterima .

Dalam beberapa hari ni , aku ada la terbaca ramai confessor yang mengadu masalah dengan housemate tambah2 dari segi kebersihan.

Ni aku nak share beberapa tips la untuk menangani masalah ni.

1. Anggap housemate as family

Perkara pertama sebelum aku sambung study dulu, perkara yang aku fikir ialah housemate . Sebab kita nak duduk 1 bumbung dgn diorang, makan sekali , tidur sekali, main sekali, study sekali . So, bila aku dah masuk study, and jumpa dengan housemate aku , mmg aku cuba utk masuk dgn diorang . Dan Alhamdulillah diorang memang 1 kepala dengan aku walaupun ada la beberapa perkara kitorg x setuju tp aku ambk positif . Aku selalu anggap diorg family aku . Ye la, maybe sebab aku duduk jauh dengan family, jadi sakit, letih aku memang x da sapa boleh tolong kecuali housemate aku . Sebab tu aku tak nak buat diorang susah sebab aku tahu bila aku susah , memang aku akan minta tlg diorang.

2. Jangan berkira dengan housemate

Sebelum aku fly dulu, ummi aku pernah pesan , “jangan berkira dgn housemate, apa yg termampu kita buat, kita buat” . Jadi prinsip tu la aku pegang . Kalau aku beli makanan, aku akan beli lebih, kalau aku nk keluar rumah, aku tnya diorang, ada barang nk beli tak, kalau diorang busy, aku offer nak basuh baju, masak utk diorang , alih-alih, memang betul la, kalau kita buat baik dengan org, orang akn buat baik dgn kita , semua benda tu diorang buat balik kat aku . Paling aku terharu, masa aku sakit dulu, diorang memang jaga aku . Masa tu, diorang baru habis kelas , aku memang balik awal sebab x larat nk g kelas . Pastu, balik tu housemate aku ni trus prgi masak bubur dn paksa aku makan sbb nk makan ubat . Aku pn ikut la ckp diorg , dn alhamdulillah esok tu aku lega la sikit dn gagah pergi kelas . Beberapa minggu lps tu, housemate aku pulak sakit, mmg kitorg handle dia 100% smpai dia terharu . Series, tu lah kemanisan ukhwah yg sebenar . Kita kena mula dari kita sendiri , baru orang akan respect.

3. Selalu bertolak-ansur

Point ni penting sebab kebanyakan masalah disebabkn sikap penting diri sendiri. Cuba untuk faham situasi housemate korang dn bertolak ansur dgn dia . Kalau mcm aku, dalam rumah tu, diorang memang dh tahu aku orang yg paling busy , sbb aku agak aktif la kat universiti . Memang hari yg aku busy, diorang akan mudah ja ringankan kerja2 aku. Contoh, kalau hari aku masak, diorang akan tolong masak sebab aku balik rumah petang , kadang sampai malam . Dan hari yg diorang busy pulak, aku yg akan ambil alih kerja2 diorang. Pernah 1 hari tu, aku kena masak, disebabkan aku exam esok tu, jadi aku tak sempat nak kemas dapur dn basuh pinggan dn periuk . Aku mmg tak minta tlg diorang , sbb aku tahu tu kerja aku, dn aku cdg nk basuh esok pagi lepas aku habis exam , tapi balik2 dari exam tu , aku rasa lega sangat, sebab tengok dapur kemas dn pnggan masuk semua dh dicuci . Aku ckp terima kasih kat housemate aku, dn aku trharu sebab dia cakap, “ala, sikit je la pinggan2 tu , lagipun kau exam kan harini , relax la . Kau tu lg bnyk berkorban utk kitorang. Camne exam td, boleh jawab?” Series, aku nangis depan dia sebab aku terharu sgt sbb aku x da la byk tolomg diorang pun sebab aku paling busy dalam rumah tu . Busy2 pun, tanggungjawab as housemate takkan aku lupakan.

4. Ambil tahu hal diorang

Maksud aku dkt point ni, ambil tahu yg mana perlu tahu la. Kalau hal yg dia nk privacy tu, kau jgn paksa dia pulak . Macam aku dn housemate, jarang la jugak kitorg berahsia , sebab ye la dh anggap housemate mcm family kn, so nak berahsia pn rasa tak selesa . Yg pnting kita tahu jadual harian diorang, pukul berapa start kelas , pukul berapa diorang habis kelas , sebab ni melibatkan isu keselamatan juga. Maybe sebab kitorang duduk oversea sama kot, jd lebih berhati hati utk nak elak isu hilang dn sebagainya. Jd , disebabkn kitorg masing2 tahu hal masing2 , jd x da masalah utk kitorg nak gntikan kerja rumah masing2 kalau busy .

5. Tak terikat dengan peraturan

Yg ni pilihan la kot . Sebab rumah aku sendiri takda jadual siapa kena kemas rumah, siapa nak basuh baju. Kitorang cuma buat jadual masak saja . Sebab food is everything . Haha . Tp everything is clear . Means x da la ada yg x basuh baju, rumah kitorang pulak , xda la bersepah . Kalau habuk sikit2 tu kira ok la . Selalunya masa musim exam la yg berhabuk tu . Tp 2,3 hari lepas exam tu, kitorg akan buat gotong royong , slalunya aku la ketua , haha . So, diorang panggil aku mak dalam rumah tu .

6. Make a reward for your housemate

Part ni mmg kitorang suka , means kalau kebersihan rumah ok, exam kitorg dapat good result, pastu duit bulanan rumah lebih, memang akhir bulan tu, kitorang akan reward la diri kitorang . Selalunya makan kat luar la pstu pergi shopping ka. Dan birthday housemate korang pastikan korang ingat , sebab sedih weh, time birthday, family x da di sisi. Jadi kepada housemate la tempat korang mencurah kegembiraan . Housemate kitorang, mmg selalu kena prank . Haha . Tapi selalu ja, kalau kitorang masing2 ada msalah , tak kira la masalah study, masalah lain, kitorang mmg akan bincang di tempat yg slesa utk dibincang . Dan kitorang akn cuba utk tlg selesaikan masalah housemate tu . Dalam hal ni, korang kena matured, means , masalah tu sesama korang ja , jangan jadi mulut tempayan. Sebab diorang percaya kitalah diorang try to tell their problem and need help from us to solve their problem.

Conclusion

Actually, mungkin ni rezeki aku la jugak sebab dapat housemate yg memahami dn baik sangat sangat sangat. Masalah kita mungkin berbeza , mungkin masalah korang dgn housemate, masalah aku pulak mungkin jauh dengan parents , terpaksa berdikari 100% . Aku doakan korang kuat hadapi segala masalah dengan housemate korang, dan aku doakan Allah buka pintu hati housemate korang untuk sama-sama uruskan rumah tu . Aku ingat pesanan ustzh fatimah syarha, “kalau kita nak tengok diri kita ni dah bersedia belum untuk berkahwin, tengok cara kita dengan housemate kita” . Jadi, point kata2 tu bukan kahwin . BUKAN. Tp bagaimana kita nak didik generasi masa depan nanti . Kalau kita pun pemalas, pengotor, so kita nak anggap bakal partner kita ni pembersih, rajin tlg isteri , sweet mcm dalam drama? . Anak2 kita pulak akan automatik jadi rajin, jadi anak yg soleh? No . Semua tu kena bermula dgn diri kita . Aku pn menganggap dekat rumah sewa tulah , aku melatih utk jadi seorang anak, bakal isteri dan bakal ibu yang terbaik . Jadi, kesian juga la , dekat housemate aku terpaksa rasa dn makan makanan yg aku masak tak jadi . Tp aku improve dari masa ke semasa . Moga Allah permudahkan urusan kita , and good luck dalam study utk semua . Sorry kalau confession aku nothing and not interested .

– Budak Baru Belajar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit