Suami dan AKPK

Assalamualaikum. Harap admin sudi siarkan confession saya ni. Ini kali pertama saya confess dekat IIUM Confession.

Maafla kalau susunan ayat saya berterabur. Maklumla saya bekerja di bahagian engineering, x berapa pandai karang ayat..Apa yang saya nak kongsikan ni lebih kepada untuk menyebarkan kebaikan AKPK berdasarkan pengalaman sendiri. Saya berumur 29 tahun. Telah berkahwin dengan lelaki yang agak berusia. Kami telah berkahwin hampir 6 tahun. Pada tahun kedua perkahwinan kami, baru saya tahu suami ada hutang kad kredit. Kad kredit tu suami guna mase dengan bekas isteri dia. Mase dah bercerai, kad kredit tu masih ada dalam simpanan bekas isteri dia, dan saya pon tak faham kenapa suami tak stop penggunaan kad kredit tu. Mereka dah bercerai setahun lebih dalam tahun 2009. Tahun 2010 baru saya jumpa dengan suami, dan kami berkahwin tahun 2011.

Nak dijadikan cerita bank kad kredit (E BANK) tu telah dibeli oleh bank HL . So every hutang dekat E bank, akan merge dekat bank HL. Tetiba suami dapat surat dalam tahun 2012, bank HL mintak jelaskan bayaran outstanding. Time tu baru saya tau suami ada hutang kad kredit. Of course saya marah dan terkejut. Sebab saya ni bukan jenis yang suka berhutang2 dan lewat2 bayar. Saya jenis yg disiplin bab2 kewangan. Biar duit shoping dgn simpanan sikit, asalkan segala hutang byr tepat dan tiada outstanding. Suami kata, dia takut nak bagitau. Takut saya marah. Marah isteri tahap mana pun…paling tidak isteri akan usaha jugak untuk setelkan..(Walaupun itu hutang dia dengan bekas isteri dia). Namun saya memilih untuk biarkan suami setelkan sendiri isu kad kredit itu. Saya tak nak masuk campur.

Dari sehari-sehari saya suruh suami pergi HL bank untuk selesaikan isu ni. Dia tak pergi-pergi jugak. Sehinggalah berlarutan ke tahun 2016. Satu hari, saya dapat panggilan dari Debt Collector dalam November 2016, dia tanya suami saya. Sebab dia telefon suami banyak kali, suami x angkat. Debt Collector ugut, kalau tak selesai kan jugak hutang kad kredit tu dalam tempoh 2 minggu, mereka nak sita rumah. Ok, masa ni, darah dah naik kepala. Dah la ugut saya atas hutang yang bukan saya punya. Mereka cakap dalam intonasi yang agak kurang adab. (i rasa memang mereka dah dilatih sebegitu). Saya telefon suami. Tanya dia kenapa isu tak selesai lagi. Dia bagitau pernah cuba untuk selesaikan, tapi dia melalui Debt Collector, bukan melalui bank. Debt Collector mintak suami bayar rm300/month sehingga hutang habis. Kami bukan orang senang, rm300/month tu agak tinggi bagi kami. Memang akan terganggu la perbelanjaan dapur nanti. Suami bgtau dia tak mampu nak bayar, sebab tinggi. Mintak kurang lagi dari Debt Collector, mereka tak bagi. Sebab tu isu kad kredit tak selesai. Sekali lagi saya tanya, kenapa tak bagitau saya, again…dia bagitau, nanti saya marah…hmmm…kalau tak pun, bila-bila saya dapat tau, tentu kena marah jugak..hish…

Ok, i have to do something. If i still depends on him. Sure this problem would not resolve. I did some research on sita menyita rumah ini. Finally, i dah kena Game dengan debt collector tu. Kurang ajar punya debt collector. Mereka tidak boleh sita rumah selagi tiada surat dari mahkamah dan bukan semudah itu mereka nak sita, kena naik turun mahkamah berkali-kali. Dan yang paling best, rumah yang hendak disita juga perlu dimiliki oleh pehutang itu sendiri. Rumah yang kami duduk di Kuala Lumpur, rumah sewa.

Saya paksa suami untuk pergi terus ke bank HL.Tanya berapa jumlah yang perlu dibayar kalau nak full settlement. Bank HL bagi paling last amount kena bayar rm5000. 5k memang ada dalam tangan, tp duit tu nak buat bayar law & SNP fee. Saya beli rumah atas nama saya. Of course saya tak kan sesekali untuk korbankan duit tu.. bukan senang nak kumpul duit..Kalau debt collector boleh main jahat, kali ni saya pulak nak kenekan debt collector. Saya teringat, ada baca pasal AKPK dalam IIUM cofession ini. Saya telefon AKPK. Dan tanya macam mana nak sertai program bawah AKPK.

Finally 4 January 2017 suami saya ada appoinment dengan AKPK. Sekarang dah tak macam dulu. Dulu nak join AKPK kena masuk course sehari. Sekarang cuma isi online dekat Website AKPK. Fill up all information yang AKPK nak. Termasuk jenis hutang dan amount hutang tu. Then, terus set date untuk buat appointment dengan pegawai AKPK. Pegawai AKPK tu bagitau, jumlah keseluruhan hutang suami dengan bank HL termasuk kadar interest dan extra fee adala RM12,000. Bila suami masuk program AKPK jumlah hutang yang suami kena bayar adalah RM2,000++ only!! Kalau tau dari dulu lagi, saya heret suami pergi AKPK. Saya tanya macam mana boleh jadi sikit, pegawai AKPK bagitau, suami hanya perlu bayar principal sahaja. Interest tu jadi tinggi sebab kali terakhir suami bayar tahun 2008. Sebelum dia bercerai dengan bekas isteri dia. So, bulan-bulan yang suami perlu bayar hanya rm50/month selama 4 tahun. Kalau nak bayar rm20/month pun boleh, tapi lambatlah habis. Pegawai AKPK tu bgtau, selama dia handle kes, inilah jumlah hutang paling sikit. So bermula la ikatan sah suami dengan AKPK. Hbs perbincangan dengan AKPK, debt collector call husband, tanya bila nak bayar. Suami bagitau, baru turun dari AKPK dan dia di bawah program AKPK sekarang. Bila dia dengar suami cakap macam tu, baru debt collector tu bagitau, kenapa jumpa AKPK, kita boleh bincang lagi pasal bayaran bulanan bla…bla…Suami terus letak telefon. Dan sampai sekarang debt collector tu tak telefon lagi dah saya dan suami.

Bagi saya AKPK ni sangat membantu untuk uruskan kembali masalah kewangan kita. Namun ada beberapa faktor yang perlu dilihat semula sebelum join program AKPK. Antaranya, jenis loan. Biasanya AKPK hanya handle unsecure loan, macam kad kredit dan personal loan. Kereta ada jugak rasanya tapi ade syarat. Boleh hubungi terus AKPK kalau nak clear. Juga, seseorang itu mestilah belum disytiharkan bangkrap atau pun muflis oleh pihak mahkamah. Dan hutang tak melebihi 2juta. Saya ada baca, dalam tempoh yg terikat dibawah program AKPK, tak boleh apply apa-apa loan. Namun ada jugak yang bagi feedback masih boleh buat loan walaupun dibawah program AKPK. Tertakluk kepada corak bayaran. Kalau cantik, sure bank approve kan. Saya berani masukkan suami saya bawah program AKPK, sebab rumah dan kereta bawah nama saya. Loan pun bawah nama saya. Jadi tiada masalah untuk suami masuk dibawah program AKPK. Malah dapat kebaikan lagi adalah. Debt collector, bank pon dah tak kacau suami. (Teringin jugak kalau nak diorang call, nak sembur sikit).

Pengajarannya adalah, bagi mereka yang memang adalah masalah kewangan, jangan malu, sampai bila nak hidup dengan gangguan bank dan debt collector, pergi AKPK. Cuba berurusan dengan AKPK. Komitmen hutang pun akan jadi kecil. Bak kata AKPK “Jika anda mempunyai hutang yang tidak terurus, anda bukan keseorangan”.

– isteri penyayang yang garang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit