Tahyul Melayu

Tahyul Melayu

Assalamualaikum. Disini aku nak luahkan kemusykilan aku tentang obsesi orang Melayu dengan benda2 karut sampai kadang2 nak terpesong akidah aku tengok. Kalau anda terasa, sila terasa. Dan aku alu2kan penjelasan dari semua pihak tentang hal ni.

Sebelum apa-apa, aku mulakan sikit tentang latar belakang keluarga aku. Keturunan aku semua anak jati Klang, dan bapak aku memang keturunan anak jati Kuala Lumpur. Kiranya keluarga aku ni semuanya orang bandar belaka. Aku dibesarkan dalam keadaan keluarga yang tak pernah acah-acahkan momok hantu toyol untuk menakutkan budak kecik. Mesti korang semua pernah dengar makcik pakcik cakap “Ayok… baik tidur awal… nanti hantu datang kang…” dan macam tu semua. Nope, keluarga aku tak pernah amalkan tu semua jadi sepanjang aku membesar memang sangat bebas dengan perkara ‘superstitious’ macam ni. Jangan kata aku murtad pulak sebab tak percaya benda halus. Aku percaya malaikat, jin dan syaitan dan benda yang tak boleh dilihat mata kasar, cuma aku masih lagi berpegang di dunia nyata pasal bab2 ni.

Jadi zaman lepas UPSR aku masuk ke SBP, di kawasan ulu2 pulak tu, aku macam kena culture shock sedikit. Lagi2 bila kau dikelilingi perempuan penakut yang sikit2 takut nak pergi tandas waktu malam dan terpengaruh teruk dengan cerita dongeng hantu. Bila aku habis sekolah dan masuk universiti, masuk kerja, rata2 ada je orang yang masih percaya benda2 tahyul macam ni. Ada pulak tu yang cakap mereka boleh ‘rasa’ kehadiran hantu lah, boleh nampak bayang hantu apa semua lah. Tapi sepanjang hidup aku, tak pernah sekalipun aku nampak apa2 benda pelik di depan mata aku, lagikan la penampakan ke apa2. Semua ada penjelasan logik. Kau nak pergi tandas tu pergi je lah pukul berapa pun. Kau ingat jin suma ada shift duty ke diorang cuma muncul waktu lepas tengah malam? Kalau kau nak nampak jin pun, dengan izin Allah, tengah hari depan orang ramai pun kau boleh nampak. Ni dak ditahan2 kencing tu sampai ke pagi sebab takut sangat. Buat apa? Aduiii.

Al kisah masa aku asrama dulu ada kawan setingkatan ni ‘femes’ jugak lah sebab dia kata dia boleh ‘nampak’ benda2 halus. Aku dengar first time memang aku tak percaya, jadi aku pun berkawan dengan dia nak tengok betul ke tak. Kau tau lah, kadang2 dia akan terdiam tiba2 dan cakap ‘benda tu ada…’, lepas tu akan tiba2 tutup muka, lepas tu tiba2 suruh semua orang pergi tidur bagai. Aku sebagai kawan yang jahat, aku cakap suruh dia describe rupa benda tu, aku tanya lagi mana2, dan tak ada sekelumit pun rasa takut sampai aku cabar2 la dengan cakap “Ha mana? Mana? Aku nak tengok kau”, dan kawan2 aku semua suruh aku stop takut benda tu ‘sampuk’ aku ke apa. Guess what? Tak pernah sekalipun benda tu datang kat aku kacau ke apa. Dan bila aku suruh describe rupa benda tu, semua penampakan tipikal ‘rambut panjang, gigi taring mata merah’ atau ‘nenek tua jalan laju’ atau ‘pocong’ atau etc. Like seriously? Come on, aku tau jin tu berupa menakutkan, tapi bapak typical kot jin tu balik2 rupa sama je mcm dalam every horror movie ever. Takde rupa lain yang melampaui akal imaginasi manusia ke? Asal hantu je hitam. Asal hantu je berbulu. Asal hantu je taring. Asal hantu je bunyi perempuan nangis, bunyi baby, bunyi gelak. Come onnn.

Ya, aku pernah nampak orang kena ‘rasuk’ masa sekolah dulu. Honestly, aku tak rasa pun dia kena rasuk. Cuma menangis2 macam hilang akal lepas tu orang pegang dia meronta. Aku ada baca beberapa risalah psikologi, dan ianya SANGAT TIPIKAL untuk seseorang tiba2 ada ‘extraordinary strength’ apabila ada perubahan kimia dalam badan, terutamanya bila ada adrenaline rush. Tak kisahlah orang tu kurus keding ke apa, brainpower superceeds muscle power. Tak percaya? Korang boleh buat bacaan sendiri, excited delirium, hysterical strength etc . Lepas tu budak2 lain yang konon ‘histeria’ tu setakat nangis2 dan tunjuk2 dinding semua. Bagi aku sangat mudah untuk seseorang itu menjadi terlalu terpengaruh dengan emosi sampai it brings you to a ‘stance’. Otak kita ni boleh di’trick’ dalam state hipnosis. Kawan aku pernah ‘hampir2’ nak histeria, dia tiba2 menangis tunduk muka tanpa apa2 sebab dan macam gelak2 sikit masa budak lain kena rasuk. Lepas tu aku tampar muka dia sekuat hati dan cakap “Woi bodoh, homework fizik tak siap lagi esok nak kena hantar.”, aku tarik dia masuk bilik dan hadapkan buku, elok je dia buat kerja sekolah lepas tu. Bila kawan aku mengadu kena ‘tindih’ hantu bila tidur, aku hadapkan dia dengan artikel sleep paralysis, dan lepas tu dia tak pernah mengadu lagi.

Masa aku masuk hutan pulak, aku biasa je kutip batu2 sungai bawak balik rumah. Tak pernah ada insiden berlaku, dan boleh dikatakan mulut aku lantang juga bila masuk hutan, tapi setakat ni tak pernah jadi apa2. Aku biasa je pergi kubur waktu malam ziarah arwah nenek kalau keluarga aku balik kampung sampai lambat. Kau nak takut apa pergi kubur? Roh orang yang dah mati tu dah terputus hubungannya dengan bumi dan orang yang hidup. Helllooo, orang mati takkkan boleh jadi hantu okay? Itu semua khurafat. Rumah tinggal pun aku pernah masuk sebab nak cari kambing hilang. Aku faham mungkin kadang2 tempat tu sudah jadi ‘rumah’ jin, tapi apa aku buat, aku baca “auzubillah minashaitan nirajeem” dan redah tanpa sekelumit rasa takut. Kadang2 aku terfikir dalam hati dan pernah berdoa, tunjukkanlah apa yang kawan aku nampak kat aku supaya aku boleh faham, ataupun aku mintak yang kalau benarlah ada makhluk Allah yang aku patut rasa takut dengan kewujudan dia, aku memang mintak supaya Allah tunjukkan kat aku biar aku nampak sendiri. So far aku memang tak pernah alami apa2 dan nampak apa2. Kalau rasa ragu2, aku baca lagi “auzubillah minashaitan nirajeem” dan redah. Aku letak 100% trust yang Allah akan lindungi aku dari bahaya.

Kesimpulannya otak kita ni sangat mudah dipengaruhi faktor2 luar yang boleh buat kita bertindak di luar kawalan dan akan jump to a familiar conclusion. Kita ni dari kecik dah diceritakan cerita2 hantu karut marut sampailah kita dewasa, dan bila kita berhadapan dengan situasi yang sebenarnya takde apa2 pun, kita sangat mudah ‘flashback’ tentang benda menakutkan yang kita dengar dan letak otak kita dalam state of fright (ketakutan). Kau bawak motor malam2 tiba2 bau wangi, lepas tu kau terus fikir pontianak tumpang naik padahal mungkin hanya sisa bauan siapa2 yang pernah lalu situ. Kau dengar bunyi berlari atas siling waktu malam terus hantu kena tuduh, padahal musang punya kerja.

Jadi bila kawan2 aku ceritakan cerita hantu sampai “eeee takutnya kitee” aku just rolleyes. Bagi aku benda macam tu tak patut nak ditakutkan pun. Kalau nak takut, lagi elok kau takutkan keselamatan kau keluar malam2 takut kena rompak ke, kena ragut ke, kena tipu ke apa. Bagi aku orang yang terlalu mudah ‘terkesan’ dengan cerita2 ni atau rasuk2 ni adalah orang yang lemah kuasa otaknya. Terlalu banyak fikir bukan2. Aku bukan suruh korang abaikan rasa takut tu terus, tapi tolong la bertempat. Kau takut kalau hantu kejar kau, tapi kau tak takut pulak hutang keliling pinggang sampai tak mampu nak bayar? Pelik betul perangai manusia ni.

– Jasmin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments