Tak Semudah Tu Nak Cantik

Assalamualaikum semua orang. Sis harap admin approve. Mana la tahu apa sis cakap boleh menyelamatkan wanita-wanita di luar sana hahaha. Pendek je post ni.

Haritu sis ada baca pasal “akak dietitian” yang share pasal orang taksub nak cantik tu. Sis macam terpanggil pulak untuk share pendapat. Sis tak bagi tips sangat pasal makanan tau sis cuma nak cakap pasal godaan iklan atau cara marketing barang kecantikan dan apa yang sisters sekalian patut buat untuk yang nak sangat cantik tu.

Okay kita semua tahu, kadang-kadang dekat IG atau FB akan keluar iklan orang promote produk-produk diorang. Daripada krim muka sampailah ke supplement nak putih etc. LEPASTU KAN DIA AKAN LETAK GAMBAR PEREMPUAN LAWA-LAWA FLAWLESSSS. Kenapa capslock sebab nak kasi korang alert ahahaha. Perasan tak? Ada satu tu dia letak gambar Syafiqah Aina. Ye yang lawa tu (dia memang lawa sis pun adore dia huhu)

Kuasa marketing yang pakai gambar orang flawless ni memang hebat tau. Sebab apa? Bila kita perhatikan kat bawah komen, masyaAllah terus berdesup orang komen minta PM harga la etc. Nak cepat cantik punya pasal, nampak je gambar model pegang botol tu flawless terus nak dibelinya. Sis nak kata satu je, awakawak awak yang tanpa berfikir panjang terus beli sebab tengok model pegang botol tu lawa, awak mangsa keadaan. Memang tak dinafikan kadang2 ada produk kita baca testimoni elok, berhasil, tak boleh belah nya dalam masa 1 week putih terus, tak takut ke?

Normally benda yang bagi effect pantas ni chemical dalam tu banyak. Side effect dia masa beberapa tahun akan datang pun lagi banyak, rosak segala buah pinggang kau. Sis bukan nak jadi jahat, tapi, untuk pengetahuan korang, korang tahukan pasal “PAID REVIEW”? Di mana orang-orang bisnes ni akan bagi satu sample barang-barang diorang dekat orang berpengaruh (ramai peminat, followers, dekat IG misalnya) bayar orang-orang ni dengan beberapa jumlah wang, untuk promotekan produk mereka.

Kalau baru tahu, ha ni sis dah bagitahu dah. And sometimes, kalau supplement most of them takdenye makan pun benda tu (maksudnya makan constantly bertahun2, takdenye!). Diorang just ambik gambar then tulis la sikit review *macam mana sis tahu….sebab kawan sis ada sorang buat aktiviti paid review ni* lagi satu untuk pengetahuan korang jugak, yang korang tengok flawless tu mostly pergi buat facial dan dapat consulation daripada pakar kecantikan mcm Dr. Ko misalnya. Bukannya sebab makan bendalah pil tu semata-mata. Diorang dah memang lawa wehhhhhh dah berhabis duit BERIBU dekat klinik, buat facial tu semua, diorang just jadi model promotekan produk orang je. Awak tu janganlah ingat nak cantik tu hanya dengan telan pil je. Salah tu.

Jangan cepat sangat terpengaruh sisters sekalian. Sayangkan badan tu. Dari segi penggunaan krim pulak, meh sis nak cakap sikit. Jangan suka sangat tukar produk. Ada orang 3 bulan pakai jenama ni, lepastu dapat tahu jenama B tu ramai kata okay boleh putih hilang parut, dia pun terus tukar. Begitulah cerita dia duk tukar tukar tiap 3 bulan. Kulit baru umur 20an dah kena absorb macam macam chemicals. Awak kena faham, kulit kita pun lain-lain, ada orang memang kena dengan kulit dia, hasilnya memang nampak lepas berbulan dan bertahun pakai effectnya tetap menjadi. Tapi ada certain orang pakai 2 3 bulan jadi lepastu effect dia macam tak menjadi dah. Tak elok selalu sangat tukar produk kecantikan, nanti lama-lama kulit uols akan ada kulit yang macam gelap2 tompok2 macamtu, sebab kulit tu dah rosak dekat dalam.

Kalau dah pakai satu product and tak memudaratkan awak, stick with it. Jangan cepat sangat terpengaruh. Kalau nak tukar-tukar apa product, rasa takut, pergilah dapatkan consultation orang yang berpengetahuan. Kalau tak boleh jugak, cuba dengan menjaga pemakanan. Makan sayur buah banyak2, minum air, kurangkan minyak, kurangkan benda manis, jaga badan dari dalam. (eh macam kak dietitian haritu dah explain je yang ni haha)

Braces fake pun ada orang jual memang betul berkesan lepas a few months u pakai gigi u nampak mcm tersusun sikit dr sebelumnya tapi kita tak tahu tah2 nanti lama2 tercabut gigi tu dari akar, tak memasal dah rongak masa muda. Ada ya kes macamni berlaku, perkongsian daripada dentist. Kalau semudah tu nak betulkan gigi, tak perlulah budak pergigian belajar susah susah, sebab semua orang boleh beli je braces tiruan pakai sendiri huhu

Okay akhir kata, jangan cepat terpengaruh. Nak cantik secantik model tu tak semudah makan pil, tak semudah pakai krim, tak semudah pakai fake braces. Orang yang sekarang cantik tu dah melalui macam-macam, berhabis ribuan ringgit menjaga muka dan badan diorang. Apa yang kita nampak cuma hasil susah payah diorang je. Jangan cepat terpengaruh. Jaga badan ya sayang semua.

xoxo

– Hihi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit