Talam Dua Muka

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semua nama watak dalam cerita ni adalah nama samaran semata okay. Aku pernah menuntut di sebuah IPTA di Selangor. Tak payah la sebut Uni mana ye kalau ada yang tahu kisah ni diam-diam jela hahaha

Aku setahun lepas dah grad pun cuma nak kongsi cerita pasal ex-roommate aku ni. Kami duduk sebilik 4 orang. 2 orang coursemate aku, Nani dan Radiah dan sorang junior sem 1. Masa ni kami sem 3, kami ni kira memang kamceng lah. Sepanjang tempoh pengajian tak pernah ada masalah sehinggalah junior ni masuk.

Aku namakan dia ni Uyaina. Tengok dia ok je ramah. Selalu kami bertiga makan malam sama-sama dalam bilik. Tiap kali tu kami ni jemput dia join. Riadah sama-sama, keluar makan berempat sama-sama, macam-macamlah. Kami tak pernah pulaukan dia. Aku pun anggap dia macam adik sendiri yelah adik aku sebaya dengan dia. Sehinggalah sem 6. Suatu hari tu, coursemate, Zawiyah, tanya. Betul ke aku ada sound si Uyaina ni sampai dia tak boleh focus study semester lepas dan result exam dia drop.

Aku memang terperanjat nak mati. Ok, macam mana Zawiyah boleh tahu? Si Uyaina ni aktif dekat kolej dan ada masuk satu kelab ni sekali dengan roomate Zawiyah. Uyaina ni bercerita dekat roomate Zawiyah la kisahnya. Aku memang tak sangka perangai si Uyaina ni teruk macam tu. Memang aku ada tegur dia masa minggu study week. Masa tu ada anak kucing masuk bilik dan dia jerit-jerit. Lepas aku letak kucing tu kat luar aku cakap elok-elok kat dia. Anak kucing tu jinak takdenya dia terkam dan gigit kau. Niat aku suci murni takde bermaksud apa-apa. Iye aku tahu mungkin silap aku bab tu patutnya tak payah la tegur kan. Lantak kau lah.

Dia nangis beb. Padahal bukan aku marah pun. Pastu dia bercerita kisah zaman sekolah dia. Aku comfort dia bagi kata semangat sepatah dua pastu dah. Dia pun elok aje lepas tu. Aku takde nampak perubahan pun. Rupanya buka semester baru ini berita yang aku dapat? Memang menyirap la beb.

Aku dah rasa curiga. Nak tahu apa aku buat? Aku tanya kawan aku yang sebilik dengan coursemate si Uyaina ni. Delaila namanya. Rupanya barulah aku tahu memang selalu dia buruk-burukkan kami bertiga ni. Macam-macam dia cerita dekat kawan-kawan dia selama duduk sebilik dengan kami. Yang kesian si Nina la. Uyaina cakap mak Nina mata duitan. Radiah pulak diumpatnya selalu tengok movie bukak kuat-kuat sampai dia tak boleh study. Selalu kunci alarm tapi tak bangun. Padahal kami semua pakai earphone tiap kali buka laptop. Tapi yang paling dia benci aku lah. Dia kata aku ni mengongkong dia. Bila dia nak keluar ke apa aku akan tanya dia nak pergi mana. Soalan biasa kot. Berbasa-basi orang kata. Rupanya dia tak suka. Banyak la yang dia umpat.

Tak habis takat tu aje. Nina dengan Radiah ni takde twitter, aku ada tapi tak aktif setakat nak konon bajet ada twitter jela. Bila aku bukak twitter si Uyaina ni ya Allah, tweet dia pasal kami aje. Mengutuk kami aniaya dia. Konon dia mangsa. Aku tak tahu lah apa tanggapan coursemate kami yang tahu pasal tweet dia pada kami. Aku screenshot semua tweet dia. Sungguh tak aku sangka, depan kami muka manis tapi kat belakang taik yang dia calit kat kami. Kau boleh bayang tak bila kau tak tahu apa-apa tapi orang yang baca tweet tu pandang hina dekat kau.

Lagi satu, aku dapat tahu dia sebarkan cerita aku mengata kawan sefakulti dia,Zila, merangkap roomate kawan aku, Siti. Budak Zila ni pun duk tweet pasal aku siap mention nama aku cakap perangai macam sampah bagai. Pun aku screenshot simpan sampai sekarang. Serius la beb, aku tak kenal pun si Zila ni. Aku nak mengata apa? Aku selalu pergi bilik Siti duk borak aje tu pun suara kontrol takut kacau privacy orang. Tapi si Uyaina tak mengaku dia yang mencanang nama aku kat si Zila ni.

Dipendekkan cerita, aku ajak confront semua yang terlibat kecuali Zila (sebab dia dah tak boleh dibawa berbincang). Sampai ke sudah dia tak mengaku 100% apa yang dia dah buat. Muka tak payah cakap lah selamba je. Aku dengan Nina menangis. Aku sakit hati, rasa nak marah sangat. Nina geram sebab dia mengata pasal emak. Weh emak beb, sapa tak marah. Uyaina langsung tak nangis padahal kami tanya soalan macam polis. Kawan dia ada sekali sebab aku nak kesahihan, taknak nanti ada isu tak puas hati lepas tu. Dia mintak maaf masa tu.

Akhirnya masa semester akhir aku, dia tak pindah bilik pun. Tapi tak bercakap. Dia pernah tweet panggil aku bitch. Dia block aku di FB & IG. Sungguh aku tak paham apa yang dia benci sungguh dengan aku. Kalau kau baca ni, sampai sekarang aku tak boleh maafkan kau. Orang cakap kemaafan dendam terindah. Tapi cuba kau pulak rasa nama dijaja-jaja dalam media sosial bertahun-tahun tanpa kau sedar. Pesan aku, bila sampai satu cerita dekat kau jangan terus percaya sebelah pihak. Selidik la dulu kesahihan cerita tersebut. Maaf lah panjang dan rumit kisah aku ni. Moga jadi pengajaran dekat korang. Oh ya, lepas aku habis study dia ada bela kucing kat rumah. Mana aku tahu? Twitter.

– Lisa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit