Telur dan Planta

Assalamualaikum.

Aku Akmal. Baru je baca confession The Ugly Duckling perihal dia sebagai anak angkat. Aku nak share dekat dia juga, baby you’re not alone. Meh bagi pinjam bahu. Baca lah bahagian aku pula yg tak kurang tak lebih dari bahagian hidup kau. Awas, panjang berjela ni.

Bismillah.

Aku merupakan anak angkat kepada makcik dan pakcik aku sendiri. Mereka berdua aku panggil emak dan abah. Ibubapa kandung aku pula mama dan ayah. Emak merupakan kakak kepada mama. Sejarah aku diambil sebagai anak angkat yg aku tanya dari kedua pihak hampir sama. Aku rumuskan ibubapa kandung aku ada masalah financial. Umur aku dalam hari aku dah bertukar tangan duduk dengan emak dan abah. Mereka pun orang susah dan takda zuriat, jadi mereka dengan sukacitanya menerima aku sebagai anak yg tak pernah dikandung, ditatang bagai minyak yang penuh.

Hati manusia ini berbolak balik, lepas tiga bulan emak dan abah membesarkan aku macam tuan puteri, mama dan ayah berebut mahukan aku kembali, cemburu. Adik beradik punya pasal cakap guna mulut takda hitam putih masa nak serah aku, maka abah ambil jalan gertak ibubapa kandung aku dengan certain conditions antaranya pulangkan wang beribu ringgit yang mereka dah habiskan membeli kelengkapan aku untuk membesarkan aku. Emak abah dah tahu yang mereka cemburu sebab sedara mara sibuk mencanang emak abah layan aku macam tuan puteri, burukkan emak abah dan minta mama ayah ambil aku balik.
*ibubapa kandung mengaku tak pernah beri wang untuk aku masa service bertukar tangan tadi*

Hal berebut ni tak selesai disitu, cubaan menculik aku cubaan memisahkan aku dengan mak abah makin kerap berlaku selepas insiden minta pulangkan anak yg tak dapat tadi tu. Babe, walaupun ibu bapa angkat kita tidak mengandung dan melahirkan, bonding yg dah disemai dari aku dalam hari tu lain macam kuatnya. Aku demam panas masa cubaan pertama dan kedua ibubapa kandung aku culik aku. Macam mana tak demam, hilang bau hilang jasad emak abah yg aku anggap emak abah aku sendiri. Kain aku yg asalnya putih dicorak diwarnakan dari air tangan emak abah, sama macam orang lain yg duduk dengan keluarga kandung tu. Aku tak boleh hidup tanpa mereka, aku jatuh cinta pada emak dan abah setiap hari.

Perjalanan hidup sebagai anak angkat.

Sepanjang aku dibesarkan oleh emak abah, emak dan abah educate aku dengan penuh tertib. Selalu ingatkan aku yg aku anak kandung mama ayah. Selalu bagi jalan supaya aku terima keluarga kandung aku tu. But I can’t (sebab kes culik tadi tu). Walaupun kami miskin, entahlah rasa cinta tu dan zaman tu takde hebat mcm sekarang dengan gajetnya dengan barang branded nya, life dengan emak abah sangat simple dan sweet. Semua benda kami buat sama-sama. Kalau ada satu benda untuk abah, akan ada untuk emak dan untuk aku. Adoi mata masuk habuk.
Penerimaan keluarga pada aku si anak angkat.

Keluarga belah abah dari atuk nenek pakcik makcik serta sepupu sepapat sangat sangat menyayangi aku. Sampai mereka mengharamkan perkataan anak angkat tu. Aku adalah anak abah. Fullstop. Aku dapat layanan sama rata dengan sepupu yg lain termasuk harta pusaka, dasyat betul. Berbeza dengan keluarga belah emak. Mereka membenci aku dari umur aku tak faham bahasa sampailah hari ini. Dari aku kecik aku lah kambing hitam dalam keluarga emak aku. Aku jarang sekali dapat layanan macam sepupu sepapat aku. Dari sambutan hari jadi, hal-hal akademik, sakit perit, sampailah hari pernikahan aku. Semua membenci aku kecuali nenek dan atuk. Nenek banyak turunkan ilmu agama dia pada aku. Nenek jugalah yg selalu memuji aku depan orang lain. Kau boleh agak lah macam mana bengkak pakcik makcik aku bila nenek aku puji rajin ke dapur rajin bertanya pasal agama. Manalah aku tahu kau orang tak suka. Aku budak lagi. Dia ajak sembang aku sembanglah. Arwah dah nenek dan atuk aku.

Rezeki aku dapat hidup dengan abah tak lama. Abah pergi mengadap Illahi masa aku tengah galak baru nak kenal dunia. Its a terrible phase of life since abah lah hero melindungi kami sekeluarga dari anasir-anasir jahat keluarga emak (temasuk ibubapa kandung aku). Keluarga belah abah yg banyak bagi moral support pada kami berdua. Keluarga belah emak, lagi galak membenci dan tak setuju kewujudan aku dalam keluarga besar kami.

Aku tak ambil port diorang bencikan aku sebab aku ni pesen melayu mudah lupa. Bila dah lama tak jumpa tu sesekali jumpa kat kampung aku cuba ambil hati cuba jadi kambing hitam yg jinak. Tapi kalau dah nama kambing hitam tu takdalah yg baik kat kau. Buat lah apa pun, kalau tak dapat tengking tak diherdik tak sah. Pernah aku diperdajalkan depan orang kampung nenek masa sepupu aku sabotaj aku dan sepupu yang baik dengan aku. Allah je tahu perasaan aku masa tu rasa dunia gelap aku dihalau rumah nenek sebab aku berbaik dengan sepupu yang lain.
*sepupu yang baik dengan aku semua dah benci aku dan percaya rumors yg tak baik pasal aku*

Kenapa keluarga emak membenci?

Sampai harini aku tak tahu. Aku dah jadi detective Conan dengan sepupu yg baik dengan aku masa kecik. Ya, dari kecik sekolah rendah tu aku dah cuba selidik kenapa pakcik makcik tak suka aku. Yang aku tahu dari sepupu sepapat emak, sebab mak bagi aku makan telur guna planta hahahahadoi. Mungkin zaman tu dengan taraf hidup kami planta tu kira mahal kot, entah. Tak logik betul tp yelah aku kan kambing hitam semua salah lah jadinya.

Ada juga sahabat, jiran tetangga (mashaAllah sistur, hal aku ni riuh langit ke bumi semua tahu) cakap tak lain tak bukan sebab aku duduk dengan emak bukan dengan mama iaitu mak kandung aku tu. Sampaikan masa aku sekolah tinggi kat salah satu IPTA aku di-diagnos sakit saraf ibubapa kandung aku sumpah yg aku takkan baik selagi aku tak setuju tinggalkan emak dan duduk dengan diorang. Emak dah halau dah, dia cuma nak aku kembali sihat. Aku bilang sakit penawar tu ada pada Allah. Percayalah pada Allah SWT, Dia yg memberi sakit Dia jua yg mampu memulihkan. Aku tak mampu ikut arahan macam tu memandangkan mak aku itu amanah aku juga. Aku pesan pada emak kita serahkan diri pada Allah jelah jangan serabut fikir yg bukan-bukan.

Perkara yg sama berlaku masa aku decide nak nikah. Untuk rekod, suami aku adalah satu-satunya lelaki yg sanggup menempah onak duri untuk menikahi aku. Bukan mudah babe. Beberapa tahun sebelum terbuka pintu hati aku nak bina masjid (aku memang takda niat nk bernikah sebelum ni) aku dah banyak kali cuba berbaik dengan mama ayah walaupun diorang buat tak baik pada kami. After all, diorang yg menyebabkan aku lahir kat dunia ni. Air dicincang takkan putus kata pepatah melayu. Aku pun dah cukup dewasa tahu beza mana baik mana buruk. Boleh bertenanglah dengan segala permasalahan antara kami semua. Aku niat berbaik kerana aku pun nak berkhidmat untuk ibubapa kandung aku dan adik-beradik aku bila aku dah mula bekerja. Tapi tak tahulah hati ibubapa kandung aku macam mana, bila kami dah berbaik lain pula kata pakcik makcik aku. Mereka tetap tak puas hati. Mama ayah aku tetap burukkan aku dan emak aku.

Dari bertunang, bernikah bersanding dan bertandang keluarga emak pedajal majlis aku. Malu aku dengan sahabat-sahabat (nasib baik aku jemput sahabat je) dengan jiran-jiran dan sahabat-sahabat emak. Malu tak tahu nak letak muka kat mana. Pedajal sampai keluarga belah abah tak datang majlis aku, sebak taip ni sebak. Mertua aku nak kata apa, diorang dh malukan pak mak mertua aku dari sebelum majlis nikah lagi. Aku pasrah.

Cerita dah nak abis ni.

Mak aku juga pergi mengadap Illahi. Seperti The Ugly Duckling, pakcik makcik hasut jangan kasi satu harta pun pada aku. Nasib la aku ni bukan mata duitan. Mak pergi meninggalkan harta untuk aku yang tiada hitam putihnya. Termakan hasutan adik beradik yg aku akan halau dia dari rumah makan sorang harta emak. Tak boleh, sebab diorang lagi layak. Aku keluar dari rumah aku dibesarkan. Satu barang pun aku tak boleh ambil. Tapi aku clever girl, awal awal lagi dah culik baju seluar telekong emak dengan semua album kami. Kira setel lah. Harta dunia ni pinjaman je. Aku cinta emak abah bukan kerana harta mereka. Kalau dah bukan rezeki aku, maka bukanlah. Harta aku sekarang adalah suami dan anak perempuan kami. Harapan aku supaya tak berjumpa keluarga emak lagi, supaya tak perlu membenci dan memfitnah aku. Cukuplah ya, letih jadi kambing hitam. Carilah orang lain pula. Untuk ibubapa kandung aku pula, susah aku nak menapak hidup dengan fitnah-fitnah tu. Bagilah aku masa untuk pujuk diri aku dan suami aku. Terlalu berat fitnah yg kalian lempar pada kami. Untuk The Ugly Duckling, jangan berhenti berbuat baik pada orang lain, sentiasa memaafkan mereka yg merobek hati dan jiwa kita teruskan hidup dan berbahagialah.

– Kemal, si kambing hitam

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit