Tiang Cengal Rumah Kayu

Aku anak bongsu dari 7 beradik. Sorg pompuan, akak aku. Smua dah kawen, kecuali aku. Parents dah meninggal. So, kehidupn aku lebih pada sendiri2.raya sendiri2. To be honest, i really missed my old memory…

Aku kerja di ibu kota, boleh d katakn agak stabil. Aku selalu hbiskn masa aku, sibukkan diri, sbb aku sebolehnya mahu melupakan nasib ku. Dulu, kami keluarga besar, family bonding yg kuat, sekarang…..

Ingat lagi aku, sewaktu kecil, mak aku berniaga di bazar Ramadan. Tugas aku beli barang, abg aku bakar kuih akok, ada yg tlg mesin kelapa, akak aku buat rojak. Sungguh, happy sesangat.

Bapak aku sorg yg kelakar. Suka wat lawak, cerita dia xpnah xbuat aku kering gusi. Dia suka mengajuk bahasa tamil bila dia acah2 jadi bomoh nk ubatkn luka aku. Kira jampi la. Hahaha.. Dulu, arwah bapak aku usha sedaya upaya utk cari durian, bila tibanya musim durian time bulan puasa. Sanggup pegi cari durian, nak bagi anak2 makan, dia? Cukup skdr tgk anak makan…

Mak aku org yg paling aku syg, di buatnya juadah sedap2 sbgai upah aku berpuasa. Boleh katakn menu stiap hari di tetapkn oleh aku. Bab makan aku ada kuasa veto beb. Haha

Abg aku yang sulong, cool and steady. Aku xda sngt memori masa kecik ngn dia, sbb beza umor kami jauh. Aku baru start nak ingat, dia dh smbung blajar kat uni. Bgi aku dia sorg yg ada lucu n kelakar. Sma mcm karakter bapak aku.

Abg aku no dua kaler metallic (if you know what i mean ??) dia suka bawak aku jenjalan naik basikal. Bawak pi mancing bagai. Bnda2 berat biasa dia yang buat. Aku kecik lg, so, aku tukang tengok.

Kakak aku plak suks niaga, dari kecik tolong mak niaga. Duit dia yg pling bnyak. Smpai skrg pn dia msih niaga. Kecik2 dlu dia tuksng isi borang, sbb tulisan cantik n smua nama n ic surat beranak adik beradik dia ingat.

Abg aku no tiga lembut n tegas. Dia suka masak, sbb suka tlg mak kat dapur. N dia paling cerewet. Bnda simple pn dia memilih, kalau boleh smua bnda nk perfect.

Abg aku yang ke empat pling pendiam n suka menyendiri. Tpi bila suruh buat, dia buat je. Kecik2 dlu obses dengan pistol, senapang. Kat tangan x lekang dgn senapang.

Yg ni klakar, abg aku yg kelima, satu2 nya abg aku yang suka main sensorang, dia punya imaginasi siap gaya macam dragonball super saiyyya,belari dpn cermin mcm watsom yambek. Kalau tinju hebat macam sapok biki. Aku suka tgk, then, gelak Guling2 ??

Yg last, aku. Hahaha… Aku ank bongsu, of course paling manja. Tpi, xsmua yg aku nk, aku dpt. Ye la, family bkn senang, tpi aku syg sgt family aku!

Tpi.. Itu dulu…

Bila parents dah xda, smua bawak haluan masing2..smua dh kawen, so, diorng spent masa dgn family diorg plak. Aku je single. Aku kalau boleh xnk blik kg, xnk ingt kisah silam, sbb ia buat aku sedih.. Rindu kat parent…smlm,aku blik kg, jiran aku tkjut, sbb dh lma x blik. Aku plan nk raya kat rumah, walaupn takda sorg pn family aku yg blik beraya nanti. Diorg dh gtaw awal2.lgpn aku xkesah sgt… Aku cuma rindu suasana puasa yang dlu.. Meriah bersama… Nk mkn ketupat mak, nk dgar celoteh ayah, ragam abang2 n kakak..

Hari ni, lepas sahur, aku duduk bersandar, kt tiang seri rumah aku, tiang cengal rumah kayu. Dalam fikiran aku terbayang kami anak beranak suka ria. Bapal aku tgk berita, abg aku berlari dpn cermin almari pakaian, abg aku pijak belakang mak aku, urut mak aku smbil pegang kat almari, akak aku isi borang one off, abg aku dgn pistolnya duk tembak cicak, yg sulong buat keja skolah n yg no dua duk makan nasi kat dapur. Aku plak duk mengaji kt ruang tamu, smbil bersandar kt tiang feveret aku. Tiang cengal. Aku amati setiap inci rumah, menggamit kenangan silam ku yg xkn aku lupa. Andai boleh di putarkan waktu…….. Sudah tentu akulah orng yg paling happy. Kepada yg masih ada, janganlah lupa utk hargai…

Tiang cengal rumah kayu.
Alfatihah mak
Alfatihah ayah

– Bongsu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

187 Comments

    • gambar profile saya skrg ni rumah pusaka nenek.. xde sape duduk tp dlm setahun sekurang iaitu hari raya ke 2 ke 3 rumah ni akan bercahaya.. walaupun generasi tua ramai yg telah tiada.. kami generasi muda sepupu sepupu walaupun ramai yg dah berkeluarga sedaya upaya utk balik ke rumah pusaka..

  1. Kisah kita sama. Sy ada 10 beradik, parents dh tiada …adik bongsu masa arwah ayah meninggal umur 5 thn, 5 thn lps tu pula arwah mak meninggalkn kami. tp kami ada nenek. Stiap thn kami balik raya rumah nenek. Dan sy anak no 4 yg mengambil alih tempat arwah mak. Bila cuti sem, diorg akn tinggal dgn sy, sy yg bertgjwb urus kebajikan adik2. Sedih mmg sedih, tp itu lh… sedekah al fatihah sj yg mampu. Yg tinggal hnya memori. Yg tk pnh terpadam.

  2. Sedihnya. Blh bayang mcm mana. Xpa Allah kan ada. Doa2 byk2 pada Allah supaya semua blh berkumpul semula. Awak jd mastermind perhaps?

  3. Tolong share and viral sampai adik beradik dia perasan. .aku faham sgt perasaan dia sbb aku pun dah takde ayah tp alhamdulillah mak ade lg..tp dia ni dua dah takde..akak dan abg sibuk dgn hal masing walhal adik beradik ikatan yang takkan putus..kalau kita senang tp adk brdk kita tak pernah merasa kesenangan tu jgn mimpi kita akan masuk syurga

  4. Sedihhhhhhhhh… dpt imejin… bile ayah meninggal ikatan sesama adik beradik masih kuat biasanya. Bile mak yg meninggal mmg susah nak maintain lg hubungan tu.. sedih.
    Apepon semua ni mengingatkan kite yang hidup kt dunia ni sementara je. Apa2 yang best pon nanti yang tinggal cuma kenangan..

  5. confessor cuba la bincang dgn adik beradik.. lau x tiap2 tahun raya di kg.. mungkin blh buat reunion 2 thn sekali.. try your best.. may Allah bless your family

    • Tapi yela kn,ptt adik beradik tu ade common sense la kn. Die dhla ank bongsu,takat nk tanya tu blh la. Tp klu nk paksa kakak abg blk,mmg x dpt la. Kesian~ doa byk2. InsyaAllah makbul

  6. Anda mencari DUIT RAYA lebih?Jom jawab beberapa survey dari syarikat terkemuka.Mereka sedia membayar anda.Jangan risau.Tanpa modal,bukan SCAM atau MLM.Jawap survey dan anda dibayar.Ketahuilebih lanjut dengan..—>https://amirjoho.sharethisstory.net/my-1097542-9200?utm_source&utm_medium&utm_campaign

  7. Kalau sy jd confessor, setiap tahun…and setiap kali ade masa terluang sy akan balik ke kampung tu. Meriahkn rumah dgn cara kita sendiri. Jgn bg sunyi :) lama kelamaan mgkin adik beradik yg lain akan balik bersama2 kita. Memories remain.

    • Jemput org masjid/surau buat tahlil ke bila2 senang. Buat open house bila raya. Bak kata abah sy, bila kita selalu join masjid, sekampung kenal kita. senang kalau nk buat ape2 kt rumah. Itu pengalaman kami lah.. :) mgkin yg lain ade idea lebih baik.

  8. Sedihnya…moga adik beradiknya lain sedar tanggungjawab kt adik dorg tu… to the confessor… moga dpertemukan jodoh yg baik dan mulakan hdup yg bru. Be strong!!

  9. Sedihnya…lps baca.confession awk ni sya pun fikir bnda yg sama..and takot jgak kne hadapi situasi yg sama..yelah jdi ank bongsu and kakk semua dah khwin..arwah abah pun dah meninggal lama dah…

  10. Baliklah. Itu nasihat sya. Tdk kira siapa kita hri ini, bliklah di mna kita dtg n berasal. Kenangn lalu mmg tdk dpt ditukar ganti, tp jgn krn itu maka saudara hdak mnangis setiap hri. Byk yg boleh kita buat utk ibubapa wp mrk telah tiada, n lbih baik jika dilakukn dlm rmh pusaka. Bsolat, mgaji, mjamu org mkn dll. Selalulah jguk kubur mrk. Bg ank2 yg baik, ibubapa yg pg sebnar tdk pnh mati, mrk tetap hdup dlm hati ank2. Yg memisahkn hya batasan bumi, di akhirat insya allah btemu lg. Saudara boleh anjurkn majlis di rmh pusaka itu, mudah2an akn mgikat semula kshsyg dgn adik beradik yg hlg selama ini. Jgn biarkn mrk hanyut dlm dunia keluarga mrk, usahskn bawa mrk pulang n sama2 hdupkn kshsyg yg pudar itu. Semoga allah memudahkn urusan. Amin.

  11. ok, dpt dirasakan nostalgia yg mengimbau2 waktu ko duduk kat tiang seri tu. semua kenangan ditayangkan depan mata mcm kita tgk wayang kan?

    anyway, selamat hari raya

  12. Alhamdulillah, family sebelah mak even tok dgn tokwan dah meninggal, adik beradik mak still balik rumah kg time raya, nak sambut awal puasa pon balik. Esok semua mesti balik nak sambut raya, sepupu sepapat semua balik…harap2 la benda ni kekal sampai bila2. Walaupun semua ada family masing2. Pantang ada cuti semua nak balik kg, xkira la thaipusam ka, deepavali, CNW, Xmas semua balik. Bila kenang2 adik beradik la tempat kita nak mengadu time susah pon.

  13. Al-Fatihah buat arwah mak ayah confessor. Kita serupa..anak bongsu dr 7 beradik..cuma aku ada 3 abg, 3 kakak.. 4 dah kahwin, sorang bakal menyusul, tinggal 2 beradik perempuan yg tgh blajar lagi. Alhamdulillah, ma abah aku ada lagi. Dan aku pon mcm kau confessor, selalu gak terfikir bila ma abah dah tak ada nanti mcm mana, ma abah plak selalu sakit2. Pikir nak sambung blaja pon rasa macam susah hati, sbb abg kakak pon semua jauh2 keje, dpt jodoh pon org jauh, tak kisahlah tu rezeki msing2. memg diorang semua baik tp bila dah ada family sendiri kan…kita pon paham kan diorang dah ada family…tapi tu lah, aku tak bleh nk bayang bila semua dah kahwin n ada life msing2. Harap semuanya baik2 aja. Semoga ko tabah and diberi keberkatan dlm hidup ya confessor! :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *