Tip Lakukan Rawatan First Aid

Assalamualaikum dan hai semua, thanks in advance admin kalau approve. tapi harap sangat approve hehe.
hai korang, aku nak share pengalaman aku yang ade kawan yang ada syncope (bagi yang tak tahu, syncope adalah lack of blood flow to the brain) so dia easily collapse/black out kat kawasan campus. dan aku perasan orang2 sekeliling yang berniat baik nak tolong dia selalu salah cara bagi first aid. dan first mistake adalah jengjengjeng..

1. contoh, dia gelap mata semasa dalam keadaan berdiri, aku selalu perasan orang2 yang datang tolong (ye aku tolong sekali fyi) akan cuba papah dia untuk berjalan ke kereta/ambulans. untuk pengetahuan korang, please remain dulu dalam keadaan tu atau bagi dia duduk kat kerusi, bagi relax kejap. sebab kalau korang terus gagahkan dia untuk berjalan, dia dalam keadaan separa sedar boleh terus fully unconcious sebab blood flow dia xsampai.

2. bila dia collapse & terbaring, macam yang first, relax dulu. sebab orang yang pitam ni biasanya dia akan sedar beberapa minit kemudian, dia macam machine yang terputus power supply, pastu kalau sambung balik power supply tu dia boleh function balik macam biasa. haa gittew. hahaha. tak semestinya kena terus rush ke hospital. kalau dia tak sedar for a long period then only rush ke hospital k. hahaha aku pernah masa mula2 tak biasa dengan keadaan kawan aku ni siap kena marah dengan doktor sebab patient dah sedar, tapi bawak jugak pergi hospital. doktor tu punye geram kat kitaorang sampai dia cucuk iv drip kat member aku ni, berparut sampai sekarang. hahaha marah betei.

3. bab aurat, haaaa ni aku pantang gak ah. pernah sekali tu kawan aku ni black out, ada sorang laki tu kemain beriya2 suruh aku bukak tudung dia sebab ‘darurat’ katanye. hahaha. sebenarnya tak semestinya KENA bukak tudung. korang cuma perlu ‘loosen up’ any restrictive clothing atau bahasa melayunya, pakaian yang mencerut tubuh patient untuk lancarkan segala yang tak lancar, air flow, blood flow etc. bagi aku jagalah aurat dia walaupun dia unconcious. malu kot dia sedar2 tudung, baju semua dah takde. adoiii

4. ok part CPR tu HANYA bila patient tak bernafas, tak batuk atau tak bergerak2 contoh, dada tak turun naik, no pulse n so on. tak payah nak ngengada nampak orang pengsan je terus nak bagi CPR. huh!

hahaha tu jela antara kesalahan yang selalu aku perasan. aku tahu niat orang2 yang tolong ni baik, tapi dorang terlampau cemas. haha. so aku harap confession aku ni mampu serba sedikit bagi input kat pembaca tentang first aid orang yang pengsan/pitam/gelap mata/black out n so on, you name it. black out bukan koma, koma tu memang langsung xrespon. black out ni dia tak sedar kejap je dan dia masih boleh respon tapi dia akan rasa tak larat, penat & rasa pening sangat waktu tu (kawan aku cerita ape dia rasa haha). tu jela geng! adios!

– I

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit