Tip Membelanjakan Duit Gaji

Assalamualaikum kepada semua pembaca tegar IIUMC. Aku tergerak nak share cara hidup aku dengan pembaca2 sekalian mengenai pengurusan perbelanjaan. Ramai yang kita tengok zaman sekarang especially orang yang duduk kat KL ni berbelanja di luar kemampuan masing2.

Macam mana aku tau ramai yg berbelanja di luar kemampuan masing2? Aku pelik kenapa bila harga minyak masak, gula, dan petrol orang banyak merengek cakap itu ini. Tapi hakikatnya kita tengok di mall, masih lagi penuh orang yg makan di restoran mewah2. Dah makan kat restoran mewah2, upload kat FB or instagram, bagi org lain terleleh air liur. Yg ni bab makan je baru, belum minum di coffee shops yg mahal2, dok tayang sana sini but hakikatnya, sanggup x makan sehari dua utk dapatkan instagram-able selfie dekat coffee shop. Selain itu, tengok saja lah betapa lajunya no plat di KL yg baru introduced beberapa bulan plat V, sekarang dah VE dah. Ternyata di media sosial orang dok merungut mengenai kesempitan ekonomi masing2 tetapi hakikatnya hidup mereka still tidak di calibrate untuk fit dengan pendapatan masing2.

Golongan Gen Y sekarang ada golongan yg paling pentingkan pandangan dan pendapat orang mengenai mereka. Bagi aku, kalau jumlah like yg ko kejarkan, maka makin kuranglah duit2 anda untuk di belanjakan di tempat yg betul. Jadi kat sini aku akan bagi typical breakdown percentage of perbelanjaan yg sedikit sebanyak boleh membantu pembaca2 di IIUMC untuk merangka bajet bulanan yg lebih kukuh dengan deficit seminimum yang boleh.

Katakan gaji anda sebulan ialah RM 2500 (average gaji), ini breakdown in percentage dan nilainya berdasarkan nilai RM2500:
> 10% – Parents (RM250)
> 15% – Kereta (RM375)
> 11% – KWSP (RM 275)
> 25% – Savings (RM 625)
> 39% – Perbelanjaan harian termasuk sewa rumah/bilik, makan minum, minyak dan toll (RM 975)

So korang bayangkan lah, dengan gaji RM2500 kalau ko nak beli kereta Persona, cuba tanya diri balik, mampu ke x mampu nak bayar kereta ni. Dengan bajet RM 375 bulanan untuk kereta, ko hanya mampu membeli kereta second hand or xpayah beli kereta dulu kalau dah ada motor dan sebagainya. Melainkan kerja ko memerlukan kereta untuk travel sana sini, ingat lah, kalau ko beli more than yang mampu bayar RM375, ko akan mula kacau bajet ko by cutting down on your savings.

Untuk makan minum pula, ikat lah perut mana yg perlu. Janganlah dok pergi makan sana sini, satu meal more than RM 10 sebab hanya akan menyebabkan anda terjebak dengan penggunaan kredit kad. Sebab dengan gaji RM 2500, ko dah entitle to apply for a credit card. Elakkan lah menzalimi diri sendiri dengan berhutang dengan credit card. My advice, if you cant afford, dont pretend like you can afford it.

Akhir kata, marilah kita mula merangka bajet perbelanjaan bulanan kita dengan lebih baik. Jangan lah blame kerajaan bila bentangkan belanjawan banyak deficit padahal belanjawan bulanan kita pun penuh deficit. Berhentilah menzalimi diri sendiri dan keluarga anda kerana bila hidup sudah dipenuhi hutang, orang yg selalu mencari kau hanyalah bank bukan kawan2 ko.

Salam.

– Mr E

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit