Umpama Pengemis

Assalamualaikum semua. Harap admin post la confession ni, dah beberapa confession fasal belajar tak cukup duit, pengorbanan abang untuk adik-adik. Aku terpanggil nak kongsi pengalaman fasal mohon zakat/baitulmal. Tak menarik sangat kisah ni, cuma nak kongsi.

Serba sedikit fasal aku; umur 20++ masih belajar ipta, tinggal di PPR Kuala Lumpur, keluarga alhamdulillah cukup makan pakai bersederhana.

Walaupun aku punya keluarga yg cukup makan pakai tapi macam biasa ada masa duit tu macam air mengalir kena bayar itu ini. Aku mohon duit zakat dari zaman diploma, sekarang dah nak habis degree. Lebih kurang 4 tahun aku bersabar setiap kali mohon zakat. Memang sangat tak terkejut ramai yg putus asa mohon duit zakat, umpama pengemis dibuatnya.

Masa diploma aku ada ptptn, masuk degree aku tak buat pinjaman ptptn. Ni pun sebab zakat untuk degree setahun 4k, setahun ye bukan satu sem. Bapak aku ada rezeki lebih, degree ni dia support sikit. Aku pun setiap kali cuti sem akan kerja part time. Kira boleh survive la walaupun semua benda mahal, yuran pengajian bertambah.

Mulanya aku taknak mohon zakat tapi ada sorang pakcik ni yang suruh aku mohon. Katanya jangan malu, orang belajar ada hak untuk mohon. Lagipun gaji bapak aku sebulan lebih kurang 2k, faham je la dekat KL dengan gaji macam tu memang payah la kena berjimat cermat. Aku pun mohon la.

Ni pengalaman aku sepanjang mohon zakat. Kalau tanya berapa kali ulang alik ke pusat zakat/baitulmal yg dekat dengan HKL tu, ada la 3-4 kali setiap kali mohon. Duit tambang pun hmmm berpuluh habis.

Untuk permohonan yg masih belajar, setiap permohonan kena buat macam first timer. Memang leceh la dokumen segala mak nenek kena ada. Kalau ada benda tak cukup/lengkap memang kena reject dan ulang prosedur dari awal.

Tu baru kisah nak mohon. Belum lagi pihak pengurusan tinggalkan tanda tanya kita ni dapat ke tak zakat yg dipohon. Aku tunggu hampir 2 bulan setiap kali mohon. Kalau call pusat zakat tu memang payah sangat, kena call beratus kali baru ada yg jawab. Nak dapatkan pengesahan je, kalau dapat alhamdulillah. Kalau tak, kita usaha la cari duit cara lain.

Ni pengalaman aku yg mohon zakat untuk belajar. Belum lagi yg mohon sebab susah, keluarga sakit dan sebagainya. Memang leceh yg teramat sangat. Sedih dibuatnya macam pengemis. Tetiba teringat kisah lelaki ambil duit dekat gereja nak beli susu anak sebab mohon zakat kemain payah.

Sepanjang aku mohon, memang aku ajak kawan-kawan yg lain mohon sekali. Zakat ni bukan setakat minta bantuan sebab belajar, susah, sakit. Korang pun boleh mohon untuk kahwin, adik-adik nak tuition, bayar sewa rumah, elaun sara diri dan sebagainya.

Ada syarat yg dikenakan, insyaAllah ada rezeki memang akan dapat. Cumanya kena sabar la sebab memang leceh sangat nak mohon zakat. Tak tau la kenapa leceh sangat prosedur mohon zakat ni.

Korang boleh google pusat zakat/baitulmal setiap negeri ada. Untuk yang nak sambung belajar, ada certain negeri yg bagi duit pendahuluan (tak perlu bayar semula). Macam aku nak sambung degree dulu dapat 1k dari kerajaan negeri, ni pun prosedur payah sangat berapa kali ulang alik menara dbkl.

Sebenarnya banyak tempat yg kita boleh mohon bantuan kewangan tapi kena pandai dan rajin cari. Jangan malu nak mohon kalau kita tau keluarga kurang berkemampuan. InsyaAllah dipermudahkan semua yg penting niat nak belajar dan mahu ubah nasib keluarga.

Pesanan untuk adik-adik yg nak sambung belajar, berjimat cermat jangan susahkan mak ayah. Tak perlu pun konon living the fab life, duit tak cukup, belajar lingkup. Duit yg dapat tu gunakan sebaik mungkin, jangan joli sakan beli latest iPhone. Tahan nafsu sebegitu, nanti dah berjaya bukan setakat iPhone public phone merah yg dekat London tu pun kau boleh beli.

Itu je dari aku. Sebak tau baca kisah yg tak berkemampuan nak belajar apa semua. Harap pihak pengurusan zakat lebih efisyen dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab agihan duit zakat kepada yg selayaknya.

Maaf ada salah silap sepanjang penulisan. Terima kasih semua yg jalankan tanggungjawab bayar zakat, sesungguhnya kalian berjaya mengubah nasib golongan yg memerlukan.

– S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit