Usaha Selagi Mampu

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

kisah yang ingin aku ceritakan ini hanya sekadar untuk pengajaran…

Aku seorang pelajar yang dikatakan biasa-biasa sahaja dan tidak berapa menyerlah berbanding rakan-rakan yang lain. Tetapi aku cuba berusaha sehingga lah aku dapat capai apa yang aku hajati. Di sebalik usaha itu, ada pahit getir dan liku-liku yang harus aku tempuhi dan paling menyakitkan ialah kerja dalam berkumpulan. Secara kebetulan aku dipilih oleh pensyarah untuk mengetuai kumpulan dan berhak memilih ahli-ahli kumpulan. Semasa pemilihan dibuat, aku memilih ahli kumpulan yang sama rata. Tak terlalu pandai dan juga tak terlalu lemah.

Ceritanya bermula apabila tugasan aku dan ahli kumpulan untuk membentangkan idea untuk projek kami.Pada awalnya semua idea yang telah dibincangkan telah ditolak oleh pensyarah, pada waktu itu kumpulan aku paling akhir idea diterima.Dan aku lah orang yang paling sedih pada ketika itu kerana merasakan pensyarah aku tidak berapa menyukai aku. Selepas itu aku meneruskan usaha aku dan 2 orang lagi ahli kumpulan aku untuk memikirkan idea.Tempoh masa yang diberikan hanya sebulan setengah sebelum dibentangkan. Setelah idea itu diterima, pensyarah aku amat teruja dengan idea kami dan bertanya dimana lagi 2 orang ahli kumpulan, aku hanya tunduk membisu. Dia seolah-olah faham akan situasi yang aku hadapi dan tersenyum.

Maka bermulalah kerja pembahagian tugasan oleh setiap ahli kumpulan, masing-masing aku berikan tugasan mengikut kemampuan mereka. Satu kumpulan ada 5 orang. Dalam tempoh menyiapkan projek aku bertungkus lumus habiskan waktu untuk menyiapkan kerja dengan 2 ahli kumpulan yang agak rajin dan bekerjasama. Dan paling menyakitkan hati aku apabila kerja yang aku tugaskan untuk 2 orang lagi ahli kumpulan yang agak handal dari aku tiada perkembangan. Setiap minggu aku mengikuti perkembangan mereka. Tapi mereka agak lambat. Dan aku mula desak mereka untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Apa yang dirancang, berbeza dengan hasil yang mereka berikan dekat aku.

Mereka terlebih handal dari aku, tetapi tidak menggunakan peluang itu sebaik mungkin. Aku tidak mahu kumpulan aku gagal disebab mereka berdua. Jadi aku berkeras dengan mereka berdua sehinggalah mereka berasa rimas. Hasil kerja yang diberikan ala kadar sahaja. Hampir setiap hari, aku terserempak dengan 2 orang daripada ahli kumpulan aku keluar dengan teman wanitanya dan paling menyampah, dia sangat rajin menyiapkan kerja teman wanitanya berbanding projek kami., menarikkan?.. Ape yang aku tugaskan,dia buat “cincai boncai”. Yeah, dua-dua lelaki itu memperhambakan usahanya bukan untuk diri sendiri.

Masa pon berlalu, dikala kumpulan lain hampir menyiapkan projek, aku masih mengejar dengan segala usaha yang ada. Naik turun tangga jumpa pensyarah, minta nasihat dan pendapat. Akhirnya bahagian aku dan 2 lagi ahli kumpulan selesai juga dan hanya perlu gabungkan kesemua tugasan untuk perbentangan. Aku berikan tugasan terakhir ini dengan harapan hasilnya memuaskan. Pada malam sebelum perbentangan, salah seorang ahli kumpulan aku berjanji pada pukul 6petang akan berikan kesemua hasil kerja projek kami. Tetapi janji tinggal janji, aku hubungi dia banyak kali. Tetapi dia asyik melengahkan waktu dan berjanji akan berikan pada pukul 10malam. Aku pon tunggu 10 malam dengan tak makan, aku tunggu juga. Tapi malangnya dia mungkir janji lagi. Waktu itu air mata aku menitis, aku menangis kerana risau akan pembentangan hari esok. Semasa aku menangis seorang lagi ahli kumpulan aku tengah duduk dengan teman wanitanya tanpa menghiraukan aku.

Tepat 12 malam, barulah semua hasil kerja digabungkan diberikan kepada aku.Aku juga tahu sebab ape dia tangguhkan masa, sebab dia bantu teman wanita dia siapkan projek akhir . Paling aku terkejut hasil gabungan tersebut tidak seperti yang aku jangkakan. Aku terpaksa bersengkang mata tak tido buat balik semula kerja tu. Tapi dia tidur dengan lena tanpa rasa bersalah. Masa ni aku tabahkan jugak hati ni. Pada Hari perbentangan projek, aku dan 2 ahli yang lain datang tepat pada masa, manakala lagi 2 ahli kumpulan lewat.

Semasa menunggu giliran untuk membuat perbentangan, salah seorang ahli kumpulan aku yang buat keja sambil lewa tu berkata yang hasil kerja projek kumpulan ni biasa-biasa sahaja. Mudahnya dia berkata macam tu. Tiba giliran kumpulan aku, pensyarah bertanya adakah kerja kumpulan ini dilaksanakan dengan penuh kerjasama, kalau nak diikutkan jujur memang aku akan ceritakan semua. Tapi aku nak budak dua orang tu sedar sendiri kesilapan mereka. Jadi, aku nak jaga hati mereka aku ia kan sahaja. Sungguh tak malunya bila mengaku kerja yang orang lain buat sebagai kerja sendiri. Aku harap pada masa depan mereka sedar akan kesilapan mereka.

Selepas perbentangan, Setiap kumpulan diberikan undian dan kumpulan aku mendapat tempat ketiga daripada 10 kumpulan. Dan yang paling aku teruja, pensyarah memberikan perhatian pada idea dan projek aku walaupun mendapat tempat ketiga. Pensyarah itu tersenyum pada aku, 2 orang ahli kumpulan menunjukkan riak wajah yang nampak tidak membanggakan. Mungkin mereka tahu tiada apa yang hendak dibanggakan disebabkan mereka tidak ikhlas melakukanya. Tapi aku bangga dengan diri sendiri kerana dapat menempuhi segala liku2 dengan 2 orang lagi ahli kumpulan yang lain. Pengajaranya, Usaha selagi masih mampu walaupun banyak halangan. Allah akan berikan ganjaran pada orang yang berusaha dan hormati lah orang lain, berikan kerjasama.

Sekian,Terima kasih.

– Miss k

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit