Wanita Berani Adalah Wanita Yang Kuat

Salam 1Malaysia. Confession ini dibuat berdasarkan kisah mak cik aku. Aku harap kita semua bolehlah dapat semangat dari cerita dia.

Mak cik aku nie dilahirkan dalam keluarga sangat miskin. Kau boleh bayangkan rumah kayu yang sempit, ada satu bilik tidur, satu bilik air dan ruang tamu. Tak ada kerusi, tak ada katil. 7 adik beradik tidur di ruang tamu yang atapnya berlubang. Kalau hujan memang kena bersedia tadah air. Miskin mereka pun, atuk dan nenek aku masih berjuang untuk hantar mereka semua ke sekolah rendah dan menengah. Anak-anak atuk nenek aku nie semuanya bijak-bijak belaka, malangnya sebab kemiskinan mereka tak mampu sekolahkan anak mereka ke peringkat tertinggi (kita rakyat Malaysia sebenarnya beruntung ada PTPTN untuk membantu golongan yang tak mampu nie tau) dan adik beradik lain terpaksa bekerja untuk ‘support’ adik yang lain untuk sambung belajar. Antara yang terpaksa lupakan hasrat belajar tue ialah mak cik, mak aku dan beberapa adik yang lain lagi.

Mak cik aku nie anak sulung, jadi aku faham tahap stress dengan bebanan tanggungjawab dia tue memang sangat menakutkan sbb aku pun anak sulung, haha. Dengan stress, kekadang dia tak boleh berfikir dengan elok dan kesilapan dia yang dia sendiri rasa kesilapan besar ialah ‘perkahwinan’. Dia kenal dengan seorang lelaki dan berkahwin atas dasar suka sama suka walaupun ditentang oleh atuk nenek aku. Bila dah kahwin, dia lagi ‘stress’ sebab sebelum kahwin dia letak harapan tinggi pada suami dia untuk bantu menaikkan taraf hidup. Malangnya suami dia tue memang tahap pemalas setinggi gunung bab cari duit. Nasib baiklah suami dia tue boleh jaga anak dorang lagi.

Bila masuk anak kedua, mak cik aku decide untuk kerja luar negara. Dia jadi pembantu rumah di negara orang. Yang pertama dekat Arab (tak silap aku). Dia jadi pembantu rumah kat sana tapi malangnya dia ditipu oleh ejen yang tak bayar gaji dia dengan majikan yang tak elok. Jadi dia buat keputusan untuk bekerja di Singapura. Bila tiba di Singapura, dia dapat majikan yang sangat baik dan supportive. Hidup dia jadi senang dekat sana. Dia boleh kirim duit tanpa masalah sehinggalah satu masa, suami dia buat hal dengan ada perempuan simpanan. Hati dia memang retak sangat. Bayangkanlah, dia sanggup berhijrah ke negara orang, alami semua dugaan dan cabaran semata-mata nak bantu dan beri kesenangan kepada suami dan anak-anak tapi si suami yang senang lenang kat negara mereka boleh pergi cari perempuan lain?

Lepas dia tahu suami dia buat hal, dia terus pulang ke negara dan uruskan penceraian mereka. Anak-anak mak cik aku nie dia bawa balik kampung untuk nenek dan atuk aku bela dan dia balik semula ke Singapura. Kali ini dengan azam untuk jadi wanita berjaya dengan sokongan majikan mak cik aku yang baik hati. Majikan mak cik aku sarankan untuk mak cik aku pergi Kanada sebab majikan dia percaya peluang mak cik aku cerah. Mak cik aku yang patah hati nie pun sambut baik cadangan dia sebab di sendiri perlukan peluang baru. Setibanya di Kanada, mak cik aku berjaya mencari dapat kerja privately jaga orang tua pada sesi pagi hingga ke petang, kemudian petangnya dia amik kerja waitress dekat satu kedai makan nie. Itulah kehidupan harian dia sehingga terdetik satu saat dimana mak cik aku (masa tue dia dah berumur diantara 30-40 an) untuk sambung belajar. Dengan keputusan sekolah menengah dia yang cemerlang di negara dia, dia berjaya menempatkan diri di sebuah kolej swasta. Bertahun berlalu akhirnya dia berjaya menggengam sekeping kertas yang menunjukkan dia sudah mempunyai ilmu. Lepas dia graduate dia mohon kerja fisioterapi di hospital kanada. Dengan tekad, dia berjaya mendapatkan tempat. Bermulah episod peningkatan hidup dan cahaya dalam hidup dia.

Kini dia seorang ahli fisioterapi yang berjaya dia negara orang, mempunyai rumah mewah di negara dia dan yang paling penting, dia berjaya membesarkan anak-anak dia sendiri setelah lama terpisah. Dia juga dah mampu beri kehidupan senang pada ibubapa dia. Dari asal miskin sekarang kaya, dari tak berpelajaran tinggi kini berpengetahuan luas mengenai dunia dan pendidikan. Dari kesilapan kini kejayaan. Betapa indahnya ‘result’ kalau kita mampu berani seperti dia. Aku selalu ingat nasihat dia. Antara nasihat yang dia selalu beri ialah,

– always believe in yourself, don’t afraid and always be brave to push yourself (dulu dia takut sehingga satu masa dia tahu dia tak boleh takut. kalau dia ikut perasaan takut tue, mungkin sekarang dia masih di takuk lama)
– it’s never to late to do something great (apa-apapun yang terjadi, selagi kau masih ada harinie, kau masih boleh ubah hidup untuk masa depan bukan secepat esok tapi nanti)
– knowledge and education is really important. make sure you have it (pendidikan itu penting sangat, ada pendidikan knowledge kau lebih tinggi. jangan mengalah dengan pendidikan. Tua-tua pun boleh lagi belajar tau)
– don’t bother with negativity (masa dia bercerai, ramai mulut puaka tuduh dialah penyebab suami curang sebab workaholic sgt. masa dia jadi pembantu rumah, dia diejek dan dipandang rendah dgn org dan majikan. masa dia miskin, keluarga kaya hina mereka sekeluarga dan macam-macam lagi. Tapi itu semua.. Hanya merendahkan diri kau. Jangan amik kisah sebab kau yg cipta apa kau nak)
– there are no mistakes that aren’t meant to be corrected (kesilapan dia ialah kawin dengan orang salah tapi kesilapan tue bukan sesaja. Ada hikmahnya, dan hikmahnya dia dapat kasih sayang anak, tingkatkan hidup di dan senangkan ibubapa. Dia hilang satu tapi dia dapat tiga)

Banyak lagi nasihat dia, bagi aku insan berjaya adalah seseorang yang berani menjalani segala keperitan untuk mengubah hidup. Jadi, kepada kita-kita yang tengah putus asa, ada masalah atau rasa macam tersekat. Believe that you have chances. Tinggal berani tak berani je untuk bangkit.

Sekian, itu sahaja celoteh.

Terima kasih para pembaca.

– chances

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit