Wanita Jepun

Terima kasih kepada pihak IIUM jika post confession saya ini . kisah ini berdasarkan pengalaman aku sendiri . kini, rata-rata rakyat Malaysia sedang heboh dengan drama hit surihati Mr.Pilot , maka aku akan membuat flashback tentang hidup aku yang aku mungkin dapat relate dengan drama tersebut. Pada suatu petang yang dingin , aku baru sahaja pulang daripada kelas pathology jam 5 petang. Aku berasa sangat penat , pening dan stres yang melampau . ini semua kerana aku hampir grad dan semakin menghampiri untuk mendapat title Dr. Tersebut pada tahun akhir tersebut. Akan tetapi , semakin aku mendekati jalan penamat , semakin banyak cabaran dan dugaan untuk bergelar seorang doktor . Untuk pengetahuan semua , aku menuntut ilmu di negara matahari terbit ,jepun .sudah pasti , menuntut ilmu di negara yang menggunakan bahasa selain BM dan English sangatlah mencabar .tetapi ku tabahi jua untuk mencapat hasrat diri , ibu bapa serta ahli keluargaku .

Oleh sebab aku terlalu stres dengan course yang aku ambil ini , dicampurkan lagi dengan segala cabaran yang aku harus tempuhi , banyak kali juga aku terfikir untuk membunuh diri . ya , you read it right , bunuh diri.suicide. Astaghfirullah . aku tahu benda ini sangatlah tidak patut bagi muslimah seperti aku untuk berfikiran sedemikian . aku tidak mempunyai ramai rakan di sini , kerana malaysian students di sini pon berapa kerat sahaja . aku juga tidak berminat untuk join usrah2 di sini kerana aku pada waktu tersebut sangatlah jahil . agama mungkin hanya pada IC . aku mahir agama sedikit sebanyak pon kerana subjek pendidikan islam sewaktu SPM dahulu .hidup di jepun , tidaklah mudah . aku mendapat biasiswa daripada MARA . elaun yang diberikan memang banyak , tetapi sejujurnya cukup2 sahaja . sara hidup di sini terlalu tinggi , sistem pembelajaran yang sangatlah berbeza dan laju . kerana perkara2 inilah aku hampir sahaja ditarik biasiswa dan sebab ini jugalah aku banyak kali terfikir untuk commit suicide . sejujurnya , aku terpengaruh dengan budaya orang jepun dari segi cara menangani masalah kehidupan dengan membunuh diri . perkara ini juga sangat normal di sini , dan aku sendiri mempunyai seorang rakan warga jepun yang telah commit suicide dengan menggantung dirinya sendiri di dalam bilik . aku hampir mengikuti jejak langkah rakanku itu .

Tetapi , aku berjaya jumpa solution . ada orang beritahu aku , “ do what you love , leave the hatred’’ .well , aku sangat tertarik dengat ayat itu , akan tetapi , apa yang aku boleh lakukan di jepun ? hobi yang aku suka lakukan sudah pasti akan menelan perbelanjaan yang tinggi , kerana aku suka shopping ! haha . maka , aku pon search lah internet tentang perkara apa yang aku boleh lakukan di jepun untuk menambah income . sedang aku asyik mencari apa2 yang patut , mata aku akhirnya tertumpu pada satu perkara . Modelling agency . well , aku akui yang aku mempunyai rupa paras yang cantik dan elegant . alhamdulillah akan pemberian ini . ibuku juga merupakan seorang muallaf cina dan bapaku pula merupakan melayu kacukan eropah . akan tetapi , aku inherit lebih gene daripada ibuku dan sedikit je dari bapaku . aku juga tidak kelihatan seperti melayu pada luaran , dan mungkin kerana itu jugalah ramai pelajar malaysia tidak approach aku , kerana mereka ingat aku merupakan warga tempatan di sini . back to the topic. Aku pon tertarik untuk mengisi form yang tersedia . mungkin nasibku , agency tersebut mahu recruit new model , di mana tarikh akhir pengertaan pada keesokan harinya . Alhamdulillah , dipendekkan cerita , aku antara yang bertuah untuk terpilih menjadi salah seorang model di agency ‘x’ .

Maka , bermulalah hidupku menjadi dua personaliti yang berbeza . seorang pelajar dan juga seorang model . semua ini gara-gara aku ingin mencari duit lebih untuk dibelanjakan dan ingin melakukan perkara yang aku minati . well , to be honest , life aku berubah 360 darjah setelah aku mengelami dunia modelling , which is more glamour and seronok ! dan sudah pasti , aku semakin jauh dengan allah . aku terlalu seronok dengan diriku yang baru ini , sehinggakan aku menjadi seronok dengan course medicine ini . sudah tidak stress . bila tidak stress , aku semakin happy . bila aku happy , aku tinggalkan terus amal ibadatku . benarlah apa yang ibu bapaku katakan , belajar di luar negara ini banyak dugaan . anda jangan hairan , aku sendiri pernah memakai bikini untuk suatu catwalk , ala2 Victoria’s secret gitu . akan tetapi ,pelik .pelik kerana aku sangat selesa mendedahkan auratku yang sangat vital itu . mungkin itulah punca rezekiku .

Suatu malam , aku baru sahaja habis photoshoot untuk satu majalah fitness dan jam sudah menunjukkan 11 malam . pada ketika itu , aku berada berdekatan dengan bandar Chiba . sewaktu aku mengemas barang2 aku untuk bersiap siaga pulang ke kamarku , tiba2 aku perasan ada orang sedang cuba mendekati aku di bilik tersebut( di mana aku seorang sahaja pada ketika itu) . aku menoleh kebelakang , rupa-rupanya , ianya boss aku . boss aku mendekati aku dengan wajah yang sungguh ‘passionate’ akan sesuatu . akan tetapi , dia memandang aku dari bawah sehinggalah atas . aku takut . aku serta merta ingat Allah . aku terus rasa tiada apa lagi yang dapat membantu aku kecuali tuhan aku . aku mahu jerit , tetapi entah , aku menjadi bisu . diam seribu bahasa . dalam beberapa saat sahaja , boss aku , nakamura , terus mengergah aku dan meraba aku . Ya Allah , bukan ini yang aku mahukan . aku benar-benar ingin bertaubat pada ketika itu juga . Boss memang berniat untuk merogol aku . aku tidak mempunyai apa-apa . aku hanya mampu menjerit sahaja .aku jerit sekuat hati ‘’AHHHHHH!!’’ dan aku juga berusaha untuk melepaskan diri . sewaktu dia ingin menarik pakaian aku , aku berjaya meloloskan diri dari genggamannya dan bergegas mengambil langkah seribu sambil menjerit . aku berlari selaju mungkin sehinggalah aku terlanggar seseorang sehingga aku terjatuh .
Aku pandang ke atas , rupa-rupanya ianya seorang lelaki , rakyat malaysia . kebetulan dia baru sahaja pulang daripada masjid di bandar Chiba itu . beriktikaf mungkin .segera aku meminta bantuan daripadanya untuk menyembunyikan aku dengan berbahasa melayu sahaja . kerana aku tidak mampu berfikir waras pada ketika itu .

Okay , aku masih ada banyak assignment untuk dihantar pada esok hari kepada prof . bila aku berminat , aku akan sambung . ataupun tidak

-geisha-

– geisha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit