Yakin Redha Pasrah

Assalamualaikum. Pertama sekali thanks to admin yang approve confession ni. Ada cerita yang aku nak kongsi ngan korang. Memula sekali, aku ni perempuan. Dah kahwin. And kisah aku ni biasa biasa saja.

Perkahwinan atas dasar keluarga. Mungkin agak janggal sekarang ni kita dengar. Yelah,sekarang trend cintan cintun. Aku, seriously aku tak pernah couple. Bukan nak kata aku baik. Tapi aku memang tak pernah couple. Muka tak lawa. Badan besar.yelah, 71kg baq ang. Mana nak ada pakwe.

Dulu masa sekolah ada jugak keinginan nak couple. Sebab tengok orang lain dok syok je sembang penaik balak memasing. Dapat hadiah bagai. Dapat surat cinta. Heaven la masa tu. Bila masuk U, pun ada jugak keinginan tu. Tapi aku matikan je hasrat aku tu sebab yelah takkan aku nak ngorat laki kan. Hmm..laki nak ngorat aku? Macam dok kata la. Aku bukan taste mana mana lelaki kat kolej masa tu. So, sedar diri lah akan aku. Hmm…

Tapi, dalam tak berharap tu datanglah sorang mamat ni. Dia junior satu sem dengan aku. Dia ni kalau dengar je aku nak apa apa dia mesti datang dulu. Contohnya aku sembang ngan kawan aku, aku nak tengok movie. Esok tu mamat ni datang jumpa aku bagi pendrive yang ada movie yang aku nak tengok tu. Aku pun macam pelik. Tapi aku ambil je pendrive tu. Tak lama lepas tu member aku cakap mamat tu nak try aku. Ah, sudah. Aku taknak! Sebab mamat tu bukan taste aku (jahat gila haha). Yela, taste pompuan kan hensem,putih,macho,gagah bla..bla..bla.. tapi aku tak layan mamat tu. And mamat tu pun pindah kolej lain lepas tu. Aku tak tahu sebab apadiapindah and aku yakin bukan sebab aku. Haha

So,aku memang tak pernah bercinta. Tapi masa aku belajar kat U, aku pernah set target umur 25 nak kawin. Tapi ngan sape? Ah berharap jelah bahawa prince charming datang. Sampai la aku grad. Masa aku grad tu umur aku 24. Means next year aku 25 and target aku adalah kahwin selain cari kerja. Sampai hujung tahun aku tak jumpa jodoh aku. Then masuk la tahun seterusnya, umur makin meningkat . Target last year tak tercapai. Kadang kadang rasa cuak jugak.”tak laku ke aku ni?” sebab dah la tak pernah couple, nak kahwin pun target tak tercapai. Tak pe,kumpul duit. Aku bukak kelas tuisyen hujung minggu. Dalam pada masa sama, aku gigih buat solat hajat,istikharah, tahajjud, dhuha..dan segala solat sunat yang lain. Aku doa sungguh sungguh. Sebab umur dah nak 30. Tak ada kawan laki, nak couple jauh sekali la. So tahap cuak tu over jugak la. Dengan desakan masyarakat yang lapar nasi minyak aku..memang over la tahap ke-cuak-kan aku Ha..ha..

Kalau pi kenduri orang dok tanya bila lagi..bila lagi.. semak betul. kang dah kawin tanya anak pulak. Dah ada anak bila nak menambah. Kang dah anak ramai cakap ramai pulak. Sepak nak??! Tapi aku husnuzon je la. Allah knows best kan. Doa je masa tu. Sampai la satu masa tu bapak sedara aku buat kenduri anak bongsu dia. So kami satu family ni balik kampung nak makan kenduri sepupu aku tu. Masa tu korang nak tau niat aku apa? Haha..niat aku adalah nak mempromote-kan diri aku. So, masa tu aku pakai jubah and shawl Neelofa. Shawl Neelofa ok. Punya la nak promote-kan diri.. tapi aku tak de la cakap kat sesape yang niat aku tu. Just buat macam biasa je la.

Masa kat kenduri tu aku memang follow je mak aku. Mak aku sembang ngan mak cik tu, aku ikut. Buat senyum senyum kambing sikit kat mak cik tu. Pastu mak aku sembang dengan kawan dia pun aku ikut. Buat sengih sengih kerang busuk sikit. Sampai la mak sedara aku panggil mak aku.
“kak, ni kawan lama hang nak jumpa.”
“sapa?”
“hang pi la jumpa dulu.”

Then aku follow mak aku lagi pergi jumpa kawan dia. Mak aku sembang rancak dengan kawan lama dia tu. Yela, lama tak jumpa. Aku ni bosan pulak rasa. So,aku bangun pergi ambil air, apam balik, pulut udang, kenduri kan. Makan je la selagi mau. Aku pun buat muka bosan. Tetiba aku dengar kawan mak aku cakap, “yang ni bila lagi kak Pah?” Mak aku cakap, “insyaalah tak lama lagi. tapi calon calon nya tak ada lagi.” Then kawan mak aku cakap, “Tak pa,nanti kami bawa orang.” Aku dengar tu pun aku menyampuk dengan spontannya, “lupa nak beli teropong. Tak nampak jodoh dok kat mana.” Makanya meriahlah meja tu dengan ketawa mak aku dan kawan mak aku.

Seminggu kemudian ayah aku cakap ada orang nak merisik aku. Orangnya kawan mak aku yang jumpa masa kenduri sepupu aku tu. Reaksi aku masa tu speechless. Satu hari tu aku buat kerja tak jadi. Ada je benda tak jadi. Serba tak kena. So seminggu kemudian datanglah rombongan merisik. Kawan mak aku tu cakap nak bagi kat anak laki dia. Aku ni malu pun ada. Bila kenang kembali reaksi spontan aku menyampuk orang tua menyembang masa kenduri tu. Yang sebelum tu dah berapa banyak orang aku dengan mak aku jumpa kat kenduri, aku siap buat senyum kambing lagi tak ada mak cik tu nak tanya aku. Ni bila aku buat muka bosan, buat perangai makan banyak, menyampuk cakap orang tua ada pulak orang nak tanya. Heish. Aku masa tu redha je la.andai itu jodoh aku.
Tapi dalam pada masa yang sama aku dok fikir macam macam. Baik ke si dia tu? Kalau dia jahat macam mana? Kalau depan depan family je dia baik macam mana? Kalau dia tinggalkan aku macam mana? Dah la tak kenal, macam mana nak hidup ni? Aku gemuk.boleke dia nak terima? Macam macam yang jahat aku fikir tau. Kadang kadang sampai tak lena tidur.

Solat solat sunat yang aku buat sebelum ni memang aku teruskan macam biasa. Minta petunjuk yang baik baik. Lepas babak merisik tu aku berkawan dengan si dia. Kawan dalam sebulan macam tu aku tanya mak aku yang si dia ni ok ke tak. Bla..bla.. aku tanya mak aku. Mak aku yakinkan aku yang family dorang ni baik baik. Yela best friend kan. Ayah aku pun cakap benda yang sama. Dorang dari family yang baik baik. So, aku pasrah dan redha. Lepastu aku bertunang dengan si dia.

Lepas bertunang, aku start diet. Jaga badan bagi sihat.fit. nanti nak pakai baju pengantin mesti nak nampak gojes kan. Hehe. So sku start diet. Aku makan macam biasa. Cuma aku kurangkan kuantiti ikut keperluan kalori seharian. Then hari hari aku skipping. Buat skipping sampai peluh lenjun. Aku follow website diet macam Kevin Zahri dan Susu Sejat. Alhamdulillah berat badan turun 11kg dalam masa 6 bulan.

Alhamdulillah sekarang dah kahwin dengan si dia. Segala yang buruk buruk aku fikir dulu sebenarnya tak de la seburuk yang disangka. Semuanya ok , family mertua pun baik baik. Yang penting restu family. Alhamdulillah. Ape yang aku dok bayangkan indah indah masa baca novel cinta memang aku dapat rasa. Ha ha.. best bercinta lepas nikah ni.

Pada yang rasa dia single sampai sekarang,jangan risau. Allah dah aturkan yang terbaik untuk semua hambaNya. Yang penting jangan pernah lalai untuk berdoa. Doa dengan sesungguh hati dan yakin Allah tu dengar doa kita. Yakin akan kekuasaan Allah.
Jadi sekarang fokus aku untuk cuba menjadi yang terbaik buat diri sku sendiri, suami, dan family. So, jom kepada semua isteri isteri diluar sana,jom jadi yang terbaik. Tak kira siapa anda,jadilah yang terbaik. Yang penting konfiden !

– Nana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit